Chapter 14

23.5K 818 5
                                    

Azan subuh berkumandang, aku mengeliat malas. Wajah Airil aku pandang lama.
"Abang... bangun, dah subuh"aku mengoyang bahunya perlahan. Tengku Airil bergerak perlahan, matanya terbuka sedikit. Jam dipergelangan tangan dipandang sekilas.
"Awal lagi..."ujarnya seraya menarik selimut, aku menahan.
"Abang... solat subuh"
"Solat?" Tengku Airil memandang wajahku lama. Aku mengangguk seraya bangun dari katil.
"Yes"
"Abang tak reti... sayang ajarkan boleh?" soalnya dengan wajah kasihan. Aku beristighfar didalam hati. Dia dah lupa atau memang tak pernah diajar solat? Ya Allah bantulah aku dan dia. Bibirku mengukir senyuman sebelum mengangguk.
"Okay, now... wake up first and clean your dirty body" arahku seperti mengarah anak kecil. Tengku Airil pantas bangkit dari katil dan mengikut arahanku. Aku mula melipat selimut sambil menunggu Airil mandi. Setelah itu, aku mengajarnya mengambil wuduk dan bersolat... Ya Allah, semoga apa yang aku ajarkan ini sahih dan betul. Aku meletakkan Al- Quran dihadapannya untuk bacaan surah. Alhamdulillah dia tak lupa surah Al-Fatihah. Aku memerhatinya solat subuh, walaupun agak kekok tetapi aku bersyukur hatinya masih beragama. Setelah habis, aku menyuruhnya berdoa dalam bahasa melayu. Doanya sangat menyentuh hati aku, doa untuk Allah tidak membolak-balikkan hatinya kepada agama lain, doa melindungi kesejahteraan kami, doa agar hubungan kami tidak retak... aku lihat dia menangis. Bila fikir balik, macam manalah suami aku ni boleh jadi ketua gangster?
"Aminn..." aku dan dia mengaminkan doa. Airil menoleh kearahku, aku tersenyum seraya mencapai tangannya. Aku mengucup tangan itu perlahan.
"Terima kasih sayang" bisiknya sebak. Aku mengangguk mengiakan.
"Sayang tahu kan esok abang dah nak berangkat?" soalnya seraya meletakkan songkok di lantai. Aku diam.
"Syaz memang tak boleh ikut?" Tangannya aku capai. Dia menggeleng. Aku mencebikkan bibir. Alaa...tak syok pulak dia tak ada nanti. Dia duduk bersila dihadapan aku.
"Syaz jangan risau... abang akan selalu contact sayang. Lagipun abang kesana untuk teman papa tengok syarikat disana, sambil-sambil tu abang dapat belajar benda baru. Sayang boleh teman mak dan mama kat sini. Balik nanti abang bawak sayang pergi honeymoon" ujar Airil sambil membelai-belai rambutku yang panjang dan lurus. Aku menepuk tangan tanda teruja. Wow, honeymoon!
" Kita nak honeymoon dimana?" soalku tidak sabar. Tengku Airil berfikir sejenak.
"Hmmm... kat sini jelah" ujar lelaki itu bersahaja. Mati terus senyuman aku. Cett... baik tak payah! Airil ketawa kecil.
"Nantilah kita fikir... yang pasti bukan negara ni"
"Yeahhh! luar negara!" jeritku gembira. Excited pulak aku ni. Dahla pergi honeymoon, bukannya melancong. Adehhh...
"Abang... Syaz turun dulu ya, nak tolong mama buat sarapan" Aku berlalu turun setelah mencium pipi lelaki itu. Tengku Airil hanya melihat kelibatku yang hilang di sebalik pintu, dia tersenyum sendirian. Haishh... setahun dia tak ada dengan aku nanti? lamanya...

"Sayang jaga diri elok-elok tau... jangan jadi jiwa kacau kalau abang tak ada dengan sayang nanti..."
"Abang, dari tadi pesan benda yang sama... Pergi cepat, flight dah nak lepas tu" ujarku sambil ketawa. Aku menyalam tangannya untuk kali-4. Tengku Airil mencium dahiku lama. Aku mengucup kedua belah pipinya pula. Dia buat lambat macam ni lagi susah aku nak lepaskan dia.
"I love you" bisiknya ditelingaku. Air mataku bergenang. Oh abang...
"Love you too" balasku sambil tersenyum. Tengku Airil menunjukkan cincin yang serupa denganku dijarinya lalu mencium cincin tersebut, aku juga melakukan perkara yang sama. Dia melangkah masuk kedalam flight bersama pembantu peribadinya seraya melambai kearah aku dan mama.  Tengku Ain memeluk menantunya seraya mengesat air mataku yang hampir jatuh.
"Relax sayang... doakan Airil dan papa pergi dan pulang dengan selamat." bisik wanita itu seraya menepuk-nepuk bahuku perlahan. Aku mengangguk sambil tersenyum. Aminn ya rabbal'alaminn...

18/2/2006

🍀Aku dah kahwin! dengan siapa? dengan lelaki yang aku tak duga, dia bos aku, dia ketua gangster(takleh blah! haha), dia lelaki baik, kiut, hensem dan... kadang-kadang miang jugak! Dia juga my hero...and he is Tengku Airil Syazwan! Aku harap sangat dia akan sentiasa sihat di UK sana.Arghhh!! satu tahun macam satu dekad! Abang, you know that i will always love you. Sebenarnya aku suka dia masa kat jalan raya lagi time traffic light merah, ingatkan dia hanya khayalan aku jee, hehe... tak sangka dia jodoh aku! oklah, tu je untuk hari ni. Moga cinta kami yang baru nak berputik ni berkekalan sehingga akhir hayat, aminn! 🍀

-Syazliana 💗 Syazwan
Forever and After-

Aku mengerutkan dahi, sejak bila aku tulis diari lak ni? lantakla... bosan-bosan sekarang ni. Buku diari tersebut aku letakkan didalam laci sebelum menguncinya. Okay, done!

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now