Chapter 7

22.5K 874 3
                                    

"Bos... Syaz telah jatuhkan imej syarikat kita bos. Dia suruh saya rahsiakan perkara ni, tapi Saya taknak bersubahat dengan dia. Bos kena tengok apa yang dia dah buat!" ujar Salina dengan wajah cemas. Tengku Airil terus bangun dari duduknya dengan riak kaget. Lelaki itu bergerak dengan pantas menuju ke tempat yang dimaksudkan. Dari jauh dia dapat melihat beberapa orang pekerjanya sedang mengerumuni sebuah bilik yang menempatkan kertas-kertas lama. Tengku Airil terkaku apabila masuk kedalam bilik tersebut. Dadanya berombak kencang...antara geram, amarah, malu dan...kecewa melihat aksi panas gadis yang dipercayainya itu. Dia mengurut kelopak matanya. Sungguh dia tak sangka dengan sikap sebenar gadis bertudung itu, rambut dan tubuhnya yang sedikit terdedah itu dipandang sepi. Wajahnya berubah bengis. Hilang rasa cinta akan gadis itu yang sedikit mahu berputik dihatinya, hilang terus! Rupanya semua perempuan sama sahaja.
"Umm..."Aku masih mamai, masih belum sedar akan apa yang berlaku. Tubuhnya masih terasa hangat hasil dari dadah yang disuntik kedalam tubuh. Dia cuba untuk sedar dari tidurnya yang dirasakan agak pelik itu.
"Tak guna!"Tengku Airil terus membelasah dua orang pekerjanya sendiri, yang melakukan onar dengan gadis itu. Hatinya sungguh sakit. Dia mahu meredakan tekanannya dahulu. Tengku Airil berpaling ke belakang dengan pandangan maut. Dia melihat pekerjanya yang terkejut dengan perlakuannya itu.
"Korang buat kerja masing-masing sebelum aku bunuh sorang-sorang"ujarnya dengan wajah bengis. Semua mencicit pergi ke tempat masing-masing. Mereka semua takut dengan pandangan lelaki itu, dan tidak sangka dengan perangai sebenarnya.
" Kau berdua aku pecat! dah, blah!" ujarnya tegas sambil menendang salah seorang dari lelaki itu, teserlah sikap gangsternya. Mereka berdua pantas keluar dari bilik tersebut dengan tubuh yang bengkak dan lebam. Tengku Airil meraup wajah dengan kasar. Kertas tebal disebelahnya itu diambil lalu dia menepuk bahu gadis itu. Terasa jijik dengannya. Aku tersedar. Suasana bilik yang asing itu aku pandang, jariku menenyeh mata yang masih terasa berat. Peliknya tidur aku kali ni... aku terkejut apabila terpandang wajah Tengku Airil yang berada dihadapanku dan wajahnya tegang, kenapa?
"A...awak.Apa yang dah berlaku? Saya dekat mana ni?" Aku memandang sekeliling.
"Mulai esok aku taknak tengok muka kau lagi." suara lelaki itu mendatar. Dia bangun seraya mahu meninggalkan aku. Aku terpana.
"Ke...kenapa? apa salah saya?" ujarku perlahan mulai sebak.
"You're fired! And stop being an actor again in front of me. Aku tak suka ada pelacur dalam syarikat aku"ujar lelaki itu tanpa perasaan sebelum berlalu dari situ. Aku terkedu. Jantungku berdebar-debar.Perlahan tanganku menyentuh tudungku yang tersingkap serta dua butang bajuku yang tercabut. Bibirku bergetar . Ya Allah...! a...apa aku dah buat?! apa yang terjadi kepada tubuhku Ya Allah?! Astaghfirullahhal'azim...masya-Allah! Aku beristighfar. Air mataku sudah tidak sempat dibendung. Aku teresak-esak seorang diri disitu. Ujian apakah yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah?! Selama ini aku menjaga kesucian tubuhku hanya untuk lelaki yang bergelar suami. Aku menekup kepalaku dilutut , aku tak dapat menahan sendu yang semakin bermukim. Tengku Airil dah benci aku, semua orang dah jijik dengan aku, kerja aku dah tak ada...mak, maafkan Syaz. Syaz lalai mak!
"Astaghfirullahhal'azim, Syaz!" panggil Kak Zar seraya menerpa kearahku. Aku pantas memeluknya sambil menangis, aku amat perlukan seseorang bila aku sedih. Nasib baik Kak Zar masih percayakan aku.
"K...Kak Zar! Syaz dah hilang kerja... Tengku Airil dah t...tak percayakan Syaz lagi dah, Syaz jijik dengan diri Syaz"ujarku dengan suara tersekat-sekat menahan sendu.
"Shhh...jangan nangis dah, cuba cerita pada Kak Zar perkara sebenar.Kak Zar tahu macam mana sikap Syaz, jangan risau...cuba cerita, mungkin Kak Zar boleh tolong" pujuk Zarina, kasihan melihat gadis itu. Dia tahu gadis itu tidak bersalah, tadi dia ada juga terdengar perbualan Sara dan Salina tentang rancangan yang apa-apa entah. Tetapi dia tak tahu pula itu rancangan jahat mereka mahu kenakan Syaz. Dia mendengar dengan penuh teliti apa yang diceritakan oleh Syaz. Dan dia pasti sejak awal Tengku Airil dilantik menjadi CEO syarikat ini, dia sudah tahu tentang perasaan lelaki itu terhadap Syaz.
Setelah meluahkan apa yang terbuku dihati, aku menyuruh supaya Kak Zar tinggalkan aku sendirian. Takut Kak Zar kena marah pula dengan bos. Mungkin ini yang memang tertulis untuk aku. Aku kena bersabar... Aku bersandar di dinding bilik itu seraya memejamkan mata yang bengkak kerana banyak menangis. Masih menunggu masa untuk pulang ketika semua orang tiada. Entah kenapa aku rasa sedih sangat sebab Tengku Airil tak percayakan aku. Aku kena terangkan jugak perkara sebenar pada dia... Kak Zar cakap reaksi Tengku Airil tadi menakutkan... nasib baik dia datang sebelum perkara lebih teruk berlaku kepada aku . Kenapa Kak Sara dan Kak Sal sanggup buat aku macam ni? Kejamnya...

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now