Chapter 12

24.2K 915 11
                                    

Aku merenung jauh kearah sawah yang terbentang luas, nyamannya... Sudah beberapa jam dia disitu menenangkan fikiran, hari pun mula beransur malam. Apa yang Airil dan keluarganya sedang buat dirumah aku? ke mereka dah balik? harapnyalaa... Aku teringat semula kata-kata lelaki itu, minggu depan kahwin? kenapa yang cepat sangat? kenapa dia tak kahwin dengan pompuan yang lebih kaya, lebih baik dari aku, lebih cantik...
"Eiii...tak pahamla aku!" jeritku runsing.
"Apa lagi yang kau tak paham?" soal seseorang, aku mengalihkan pandangan. Wajah lelaki itu tenang sahaja, dia duduk disebelahku. Aku mengeluh perlahan.
"Kenapa awak nak kahwin cepat sangat? awak ni miang keladi ekk?" soalku tak puas hati.
"Sebab... lepas kita kahwin nanti, saya kena ke oversea setahun untuk teman papa uruskan syarikat dia disana" Tengku Airil masih tak mengalihkan pandangannya dari wajah cantik gadis itu. Sebenarnya sudah lama dia mengekori Syaz, cuma gadis itu yang tidak mengetahui kewujudannya. Marah sangat sampai aku ikut belakang dia pun tak sedar. Dia risau jika berlaku perkara yang tidak diingini. Semasa berjalan tadi pun ada mata yang memandang gadis itu, hatinya jadi kacau atau lebih tepat lagi... dia jealous sebenarnya.
" Apa masalahnya, awak kahwinlah dengan saya lepas balik dari oversea" ujarku bersahaja. Tadi kau taknak kahwin sangat Syaz oii...
"Taknakla... kalau saya balik nanti awak mesti dah suka orang lain, awak tak risau kalau saya jatuh cinta dengan minah-minah cun kat sana?" Tengku Airil mengangkat sebelah keningnya. Aku terdiam. 'Mana boleh!' jerit hatinya. Tengku Airil mengambil sebatang rokok dari poket bajunya, sebelum sempat dia mencucuh rokok tersebut...aku terlebih dahulu merampasnya dari bibir lelaki itu. Tengku Airil terkejut, dahinya berkerut. Aku hanya tersengih memandangnya.
" Kalau awak nak kahwin dengan saya, awak kena berhenti merokok. Boleh?" soalku seraya bangkit dari situ. Aku tak tahu apa yang aku buat ni betul ke tidak. Lelaki itu memikirkan sesuatu. Dia juga ikut aku bangun bersama.
"Deal" lelaki itu memberi kata putus sambil tersenyum.

Hari yang dinanti-nantikan pun tiba...bukan aku tapi Tengku Airil. Aku masih tak percaya yang aku akan kahwin dengan dia... aku baru kenal dia tak sampai sebulan tapi kami dah nak berkahwin. Aku kaku tidak bergerak apabila Cik Rana, si tukang solek a.k.a mak andam mula melakukan tugasnya di wajahku.
" Cik Rana, kalau taknak bubuh lipstick, maskara, bulu mata palsu semua tu boleh tak?" soalku seraya melihat wajah Cik Rana yang macam mengalahkan aku yang nak kahwin, dia kahwin ke aku? berapa kilo bedak yang bertempek kat muka dia tu?
"Syaz... kamu tu nak kahwin bukannya main bola sepak, dah taknak bubuh semua... apa aje yang nak letak kat muka tu?" soal Cik Rana seraya menggores sesuatu dimataku, aku tak tahu apa kejadah yang dia letak kat muka aku. Yang pasti aku tak selesa...
"Alaa...letak bedak dengan pelembab bibir dahla... simple-simple je" jawabku bersahaja. Cik Rana memikirkan sesuatu, muka budak ni dah lawa sebenarnya.
"Yelah-yelah, Kak Rana letak apa yang patut je...nak jugak nampak seri pengantin kan?"
"Okay" Aku tersenyum mengiakan, mataku masih tertumpu dikaca tv. Cerita doraemon wehh...best! Setelah beberapa minit bermake up, aku memakai gaun pengantin yang disediakan oleh Tengku Ain a.k.a bakal mama aku . Serius aku cakap cantik gilerr gaun yang dia pilihkan untuk aku , dengan tema febret aku, biru dan putih. Perrghh...tapi harga memang telan air liur. Aku berpusing-pusing dihadapan cermin dengan muka teruja. Gila, aku ke tu? Cett...perasan cantik pulak.
"Anak mak dah siap? Masya Allah cantiknya Syaz..." Mak Senah terkejut melihat anaknya yang dirasakan seperti bukan anaknya. Syaz tidak pernah dilihat bersolek selama dia hidup, memang cantik! Aku tersipu-sipu.
"Ade-adelah mak ni, janganla puji...maluu" ujarku agak gedik. Mak Senah ketawa kecil melihat anaknya. Dia memegang pipi aku.
"Syaz dah nak kahwin, jangan lupa...Syaz ada tanggungjawab besar lepas ni. Syurga bukan lagi dibawah tapak kaki ibu tetapi suami, nanti masak sedap-sedap untuk dia, jangan lawan cakap suami,ikut perintah dia, jangan tinggal solat. Ingat tu?" soal Mak Senah bernada sebak, aku memang tak tunggu dah. Nangis terus! Aku peluk mak erat-erat. Lepas ni aku kena ikut ke mana je suami aku pergi, dah tak boleh duduk dengan mak!
"Syaz ingat mak! tapi Syaz takkan lupakan mak...mak jaga diri baik-baik masa Syaz takde tau?" soalku seraya mengusap air matanya. Mak Senah tersenyum sambil mengangguk.
"Dahla jangan nangis...habis make up tu, dah nak mula tu...jom"
"Alamak... takut la mak. Mak jelah pergi kahwin, hehe..." gurauku seraya memegang erat tangan mak. Jantungku mula berdegup laju.
"Ishh...ada pulak disuruhnya aku kahwin? Syaz kena relax... tarik nafas dalam-dalam, hembus" Aku mengikut kata-kata mak. Setelah sampai, aku duduk bersimpuh di belakang Tengku Airil a.k.a bakal husband aku. Gilerr...rasa macam nak pengsan!
"Aku nikahkan dikau Tengku Airil Syazwan bin Tengku Sulaiman dengan Syazliana Humaira binti Muhammad Kamarul dengan mas kahwin rm1000 tunai" ujar tok kadi seraya menyalami tangan lelaki itu.
"Aku terima nikahnya Syazliana Humaira binti Muhammad Kamarul dengan mas kahwin rm1000 tunai" lancar sahaja sebutan Tengku Airil dengan sekali nafas, aku menghela nafas lega. Habis sudah zaman bujang aku.
"Sah, sah?" soal tok kadi tersebut. Setelah semua mengatakan sah, sudah sahla aku menjadi isterinya yang sah! Terdengar serentak perkataan SAH! dari luar rumah, mesti konco-konco Airil tu... Semuanya segak berpakaian kot putih. Tak nampak langsung macam gangster, pandai betul mereka sorokkan identiti sebenar. Tengku Airil menghampiri aku seraya tersenyum manis. Aku terkaku melihatnya yang segak dengan baju pengantin yang juga ditempah khas untuknya. Senyuman yang sangat...
"Cantik betul kau hari ni..." bisik lelaki itu. Aku melihat kebelakang, dia cakap ngan aku ke?
"Saya?" ujarku dungu. Tengku Airil memandangku tajam.
"Taklah... aku cakap dengan cincin ni" lelaki itu menarik jari runcingku sebelum menyarungkan cincin. Jantung aku dah mula racing. Tengku Airil menarik perlahan kepalaku sebelum mencium dahiku lama. Terasa syahdu... tiba-tiba, migrainku datang kembali. Kenapala sekarang jugak kau nak sakit? arghhh!! Aku memegang kepalaku yang berdenyut hebat. Tengku Airil yang merasakan aku mahu jatuh, terus dia memangku tubuhku. Aku terdengar sayup-sayup suara memanggil namaku dan semuanya gelap...

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now