Chapter 17

21.1K 854 5
                                    

     Setelah leka berbual dengan papa dan mama, mereka pun pulang ke rumah. Aku masih disini, mahu menjaga suami aku yang tak kenal siapa aku. Aku mengeluh perlahan seraya duduk menghadap Airil yang nyenyak tidur. Tengku Dania dah hilang kemana entah, bosan la tu duduk luar sorang-sorang. Aku menongkat dagu memandang lelaki itu. Hmmm... tanganku gatal menyentuh wajahnya yang sedikit calar. Kesiannya suami aku ni... Tiba-tiba seorang nurse masuk kedalam dan meletakkan makanan untuk Airil. Dia juga meletakkan sehelai tuala diatas meja. Nurse ni nak mandikan suami aku ke? Baik aku buat sendiri.
     "Nurse... biarlah saya yang bersihkan dia" ujarku sambil tersenyum. Dia seperti teragak-agak.
     "Tapi..."
     "Takpe saya reti... lagipun dia suami saya"
     "Oh, okay... lepas makan, bagi dia ubat ni ya? Nak cuci luka sekali?"
     "Boleh je"
     "Nanti saya hantarkan ubat sapu" Aku mengangguk mengiakan. Nasib baik nurse ni memahami aku... First sekali, kena dekatkan diri dengan Airil dulu. Lantakla dia nak maki hamun aku pun, kena sabor jelee...

     Tengku Airil membuka matanya. Dia memandang kiri dan kanan. Tiada? Matanya tertumpu kearahku yang tegak seperti patung. Dia mengeluh keras.
     "Heii... kau lagi?! Dania! Dania sayang!" panggil lelak itu seraya memanggil 'kekasihnya'. Aku memeluk tubuh sambil memandang kearahnya. Gediknya suami aku ni...aku menggeleng.
     "Aku dah halau sayang kau tu, tak payah cari dia" ujarku selamba. Seronoknya berbahasa aku, kau dengan dia... kekeke. Dia memandang aku tajam. Aku bangun lalu mengunci pintu, tak payahla si Dania tu menyibuk. Baik betul nurse tadi, aku mintak kunci... senang je dia bagi.
     "Woi, kenapa kau kunci pintu? kau nak buat maksiat ngan aku ke?! pandai betul berlakon alim, pakai tudung konon" perli lelaki itu, wajahnya berubah cemberut. Aku tersenyum jahat. Maksiat? heii... lawak betul suami aku ni... Aku nak kacau dia sikitla, perlahan-lahan aku mendekatinya... dia mula berubah riak. Dengan tangan dan kaki berbalut tu nak lawan aku? hahaha... Aku memanjat katil Airil. Wajahku semakin dekat dengan wajahnya. Aku hanya membiarkan jantungku yang berdegup laju. Mata kami bertembung. Dia hanya diam. 'Abang...ni Syaz, Syaz rindu abang...tolong la ingat balik!' bisik hatiku sebak. Bibir kami hampir bertaut. Airil memejamkan mata. Duk!! Aku menghentak dahinya dengan dahiku. Dia mengaduh sakit. Aku turun dari katil dan berbaring di atas sofa.
     "Sakitla sial! Dahla aku tengah sakit boleh pulak kau sakitkan aku lagi? kau ni memang gatal miang ke?..." bebel lelaki itu, entah apa-apa yang dia cakap aku tak tahu. Aku hanya diam. Air mata yang mengalir, aku kesat perlahan. Aku berbaring menghadap sofa, sedaya upaya menahan sebak. Sakit jugak dahi aku ni... tapi, sakit dihati sebab dia tak kenal aku lebih perit. Ya Allah, kembalikanlah ingatan suamiku...Setelah tidak mendapat maklum balas dari aku, dia kembali senyap. Aku memandang lelaki itu. Aikk... senyap pulak?
     "Dah habis?" soalku bersahaja. Aku kembali duduk disebelahnya. Airil menjelingku tajam.
     "Kau ni siapa hah? Tak pun orang gila atau sewel? Ke... kau ni pengintip Black Dragon? Kau nak bunuh aku? mentang-mentangla aku sakit sekarang ni" Dahi lelaki itu dari tadi berkerut, marahkan aku. Aku hanya mengangkat bahu. Dia mesti tak ingat musuh dia tu dah tumpas.
     "Kau nak makan tak?" soalku tidak menghiraukan lelaki itu. Dia diam. 'Huh, lapar la tu... senyap je' bisik hatiku meluat melihat ego lelaki itu. Aku mengambil bekal yang aku masak di atas meja. Kubuka bekas itu. Masih panas dan berbau lazat. Ayam masak lemak cili api, makanan febret aku dan juga Airil.
     "Kau nak makanan hospital yang tawar tu ke... makanan yang sedap nak mampos ni?" soalku sambil buat muka toya. Dia melihat sedikit makanan bekal yang aku pegang. Aku melihat dia menelan liur. Bibirku tersenyum kecil. Rasa nak ketawa pun ada, tapi kesian pulak kat dia.
     "Mama ke Mak Tam yang masak?" soalnya sambil berdehem. Baunya begitu menusuk hidung.
     "Kalau aku yang masak, kau nak makan?" soalku sambil menggaul nasi dan kuah menggunakan sudu. Wajah lelaki itu berubah.
     "Heh... taknak aku. Mesti tak sedap kau masak." ujar Airil tidak berperasaan. Aku tersenyum sinis. Yeke? Sakit pulak hati aku ngan dia ni!
     "Hmmm... memang tak sedap. Aku tak letak racun pun dalam tu, kau kena makan jugak. Nah, makan sendiri" aku meletak bekal tersebut diatas meja. Lelaki itu hanya diam. Makanan hospital untuk lelaki itu aku capai. Aku menyuap sesudu kedalam mulut. Tawar pun, tawar la... daripada membazir macam tu je, untuk kesihatan jugak. Lelaki itu hanya melihat aku, wajahnya masam. Gayanya seperti 'aku sakit tangan la, macam mana nak makan?!' Aku melihat Airil yang cuba untuk mencapai sudu. 'Haa... baru kau tau erti kesusahan, tu pun tak nak jugak mintak tolong aku' bisik hatiku. Aku menyimpan senyum. Sudu ditangan lelaki itu aku rampas. Aku menyuap sesudu nasi kedalam mulut lelaki itu. Dia seperti teragak-agak tetapi menyambut juga. 'Makanla abang, Syaz masak special untuk abang' bisik hatiku gembira. Kami hanya diam. Habis jugak la dia makan, kut la tinggal untuk aku sikit. Aku mencuci mulut lelaki itu perlahan, dia masih melihat wajahku. Ada sedikit rasa terharu tapi hatinya yang sekeras batu itu menolak kembali rasa terharu tersebut. Kenapa perempuan ni selamba dek je pegang aku? Pipiku memerah.
     "Apa tengok-tengok?!"marahku. Airil mencebik. Pompuan ni... macam aku pernah tengok. Aku ada hubungan apa dengan dia?

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now