Chapter 4

24.5K 940 2
                                    

"Argghhhh!! apa benda yang aku kena buat dengan benda tak guna ni?!!" marahku seraya menutup fail yang tertulis PA dihadapannya. Aku menekup wajah. 'Tak guna, rasa nak nangis...mak, nak balik!' bisik hatiku agak sedih. Hatinya bengkak dengan tuduhan Maria dan perlakuan Tengku Airil terhadapnya. Perutnya yang kosong sudah berirama lagu rock kapak. Kepalanya sudah pening kerana sejak pagi tadi perutnya tak diisi. Hari sudah petang dan dia masih di meja kerjanya. Kalau aku tak hantar kerja ni mesti kena pecat dengan dia... Tubir mataku mulai berair. Private assistant Tengku Sulaiman, Kak Ani dah berhenti kerja setelah pertukaran CEO baru kerana dia akan berpindah jauh dari Kuala Lumpur... Kalau Kak Ani ada, dia boleh la ajar aku benda alah ni! Aku nak tanya bos tapi hati aku sakit lagi, setakat dengar suara pun bernanah telinga...lagilah kalau bersua muka, pengsan pulak aku kat situ nanti. Tiba-tiba bahuku disentuh perlahan. Aku mendongak.
"Syaz, banyak lagi ke kerja ? Maaf ye... Kak Zar kena balik sekarang sebab mak mentua nak datang rumah" ujar Zarina dengan wajah kasihan. Sedih dia mendengar cerita Syaz yang terpaksa menjadi PA bos secara tiba-tiba. Walaupun untung dan gaji besar, tetapi Syaz masih baru disini... dia masih perlu belajar banyak benda tentang syarikat besar ini. Aku hanya tersenyum mengiakan.
"Jangan lupa makan, perut kosong tu.Akak balik dulu yaa, jumpa esok... Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawabku perlahan. Aku melihat jam di pergelangan tanganku. Dah 6 petang... dan ada yang dah balik pun. Kalau aku musnahkan fail ni pastu beritahu bos aku, yang fail ni...
"Ehem..." Aku terkejut. Jangan kata yang tu bos...
"Why? terkejut? Mari saya tengok fail tu" bisik Tengku Airil seraya mengambil fail di tanganku. Dahinya mulai berkerut apabila dia menyelak setiap helaian kertas didalam fail itu, wajahku hanya masam.
"Nothing?" soal lelaki itu mendatar. Aku hanya beriak selamba.
"Yup, sebab awak tak ajar saya langsung apa yang perlu saya buat dalam benda alah tu" ujarku sedaya upaya mengawal emosi, nak kata dia dungu...tak boleh sebab dia CEO, nak kata dia bijak... tak jugak. Tengku Airil mencampakkan fail tersebut di atas lantai, aku terkejut. D...dia nak marah aku ke? Nasib baik aku dengan dia je yang ada di area B ni, kalau tak... malu aku! Lelaki itu meletakkan tangannya di meja kerja, dan dia mengepung aku! Wajahnya mendekat. Jantungku mula berdegup laju, Shit! karang kalau aku smackdown dia baru tahu, tapi kenapa tubuh aku kaku sekarang?!.
"What are you doing?!" bisikku bernada marah. Lelaki itu hanya melihat kedalam anak mataku dengan wajah serius.
"Why don't you asking me how to do this job?" Soal lelaki itu lembut tetapi tetap beriak sama. Aku melihat kearah lain. Pandangan matanya sangat menusuk.
"Awak yang tiba-tiba suruh saya jadi PA awak. S...sepatutnya awak yang kena ajar saya, tak perlu saya tanyalah!" Aku agak menggeletar sekarang, Ya Allah...tolonglah aku yang lemah ini. Tengku Airil melihat wajahku yang sedikit pucat, wajahnya masih serius.
"You haven't eat since morning right?" Lelaki itu seperti tidak peduli dengan apa yang aku katakan. Aku melihat wajahnya untuk seketika. Macam mana dia tahu?
"None of your business" ujarku mendatar seraya memalingkan wajah. Tengku Airil mendengus .
"Suka hati kaulah, aku nak fail tu siap jugak hari ni" Dingin suara Tengku Airil memberi arahan. Dia berlalu dari situ meninggalkan aku. Aku tidak dapat menahan air mataku daripada jatuh. 'Kenapa awak kejam dengan saya?' Aku mengesat air mata seraya mengutip fail di lantai. Tiba-tiba aku terasa seperti mahu muntah, pantas tanganku menekup mulut. Mesti sebab perut aku kosong. Aku meneguk botol air mineral diatas meja. Tak boleh jadi ni! aku kena suruh jugak dia tolong aku!Aku duduk di kerusi sambil memikirkan sesuatu. Buat jelaa muka tak malu pun...pantas aku mengambil fail tersebut sebelum menuju ke pejabat lelaki itu. Aku mengetuk pintu seraya memberi salam... perlahan-lahan aku memulas tombol pintu lalu menapak masuk. Lelaki itu kusyuk menghadap laptopnya. Macho pulak aku tengok dia pakai spec...
"Why?" soalnya masih dingin. Wajahnya tetap statik tidak mengalihkan pandangannya kearahku. Aku mengetap bibir... terpaksa la aku minta maaf dulu.
"Saya nak minta maaf pasal tadi dan tentang air tu walaupun bukan saya yang buat, saya nak mintak tolong awak ajarkan saya tentang kerja ni" aku menghela nafas lega setelah bertutur. Lelaki itu hanya membisu. Aku bertambah geram. Tengok, bila suruh ajar. Dia jadi bisu pulak! Dahla tak bagi aku duduk... lelaki itu mengangkat wajah memandangku.
"Sila ulang sekali lagi" Lelaki itu menongkat dagu. Aku merengus perlahan. Memang bisu ke canne?
Belum sempat aku mengulanginya lagi... sakit migrainku tiba- tiba datang menyerang.Aku terjerit kecil. Fail di tanganku terlepas. Aku dapat melihat lelaki itu menerpa kearahku.
"Sakit..." bisikku perlahan seraya memegang kepala yang berdenyut hebat lalu semuanya kabur dan kelam...

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now