Chapter 20

24.3K 869 14
                                    

Aku keluar dari tandas seraya duduk disebelah Airil. Kedudukanku agak membelakangkan dia, tidak mahu lelaki itu melihat wajahku yang sembab dan sedikit pucat. Tengku Airil merenung gadis disebelahnya. Dia berdehem, Sepi.
"A... aku nak buah" ujar lelaki itu. Aishhh... kenapa aku gagap pulak ni?! Matanya tidak berubah kemana-mana, dia hanya melihat wajah bersih gadis itu. Kening yang cantik, mata yang menawan, bibir yang comel, kulit putih kemerahan. Cantik... lebih cantik dari Tengku Dania. Tanpa menghiraukan tanganku yang terluka, aku mencapai buah oren didalam plastik lalu memotongnya perlahan. Dahiku berkerut, tanganku menggeletar. Airil melihatku aneh. Pompuan ni kenapa? nampak sangat tak ikhlas buatkan untuk aku... Wajahnya masam.
"Kau ni kenapa? tak reti potong buah ke? perempuan saja... Aku taknak oren, aku nak epal hijau tu... Buangkan kulitnya sekali" arah lelaki itu seraya melihat wajahnya yang selamba. Aku mengikut arahannya. Sedaya upaya aku cuba mengupas kulit epal itu. Beberapa kali pisau yang aku pegang tersasar. Sakitnya hanya Allah yang tahu... Tiba-tiba, Airil menarik tanganku. Aku mengaduh perlahan. Dia agak terkejut melihat luka tanganku yang membengkak dan masih terdapat darah yang keluar. Hatinya timbul rasa kasihan.
"Nurse! tolong bawakkan antiseptik, ubat luka dan bandage untuk tangan!" jerit lelaki itu. Aku memandang wajahnya. Apabila dia melihat kearahku, aku menunduk memandang lantai. Airil... masih tak ingat siapa aku kan? Seorang nurse masuk kedalam wad dan meletakkan barang yang Airil mahukan diatas meja. Airil menyapu ubat di luka tanganku dengan berhati-hati.
"Kau ni cuai betul! kenapa tak cakap tangan kau luka? Nak potong je buah tu, nak tunjuk kuat... Dah tahu sakit tak payah potong, kalau darah kau terkena buah tu... jadi pulak aku raja bersiung..." bebel lelaki itu. Aku mencebik dan akhirnya menangis kerana terharu. Lelaki itu terdiam. Dia mengeluh perlahan. Suasana sepi semula, hanya kedengaran esakanku yang masih belum mahu berhenti. Aku rindu dia yang ini, aku rindu suami aku!
"Dahla jangan nangis lagi. Aku tak suka" ujar lelaki itu, mendatar sahaja suaranya. Aku menahan esakanku. Airil membalut tanganku dengan cermat. Tangan lelaki itu sudah tidak berapa sakit. Wajah serius Airil aku pandang dengan perasaan penuh cinta. Sesekali dahinya berkerut apabila tersilap membalut tanganku dengan bandage itu.
"Kenapa kau tengok aku macam tu? Dah bosan hidup?" soalnya dingin tanpa melihat kearahku.
"Awak" panggilku perlahan. Dia memandang kearahku.
"Terima kasih" ucapku ikhlas seraya tersenyum manis melihatnya. Airil terpaku melihat senyuman gadis itu. Setelah siap, dia terus berbaring dan menutup matanya.
"Dahla, aku ngantok. Jangan kacau aku" Jantungnya berdegup tak berirama. Perempuan ni ada hubungan dengan aku? Dia cuba mengingatinya kembali tetapi kepalanya terasa sangat sakit. Airil mengeluh perlahan sebelum menenangkan hatinya. Aku melihat tanganku yang berbalut itu dengan hati yang riang. Perlahan-lahan aku bangkit dan berbaring di sofa. Setelah membaca doa tidur dan doa tambahan, aku terus tidur. Rasa letih gila hari ni, tak tahu kenapa... Tapi aku dah tenang sekarang.

"Airil, kita kahwin. I dah cakap dengan mama I. I akan jaga you dengan sepenuh hati I" ujar Dania bersungguh-sungguh. Tangan Airil digenggam erat. Tengku Airil terkedu. Plastik makanan ditanganku terlepas. Kahwin? Dania nak kahwin dengan suami aku?! Aku...
"Eh, Syaz masuklah... kenapa duduk luar?" soal Tengku Ain seraya melihat mataku yang berair. Dia memegang bahuku.
"Sayang, kenapa menangis ni... hmm?"
"Mama... Tengku Dania nak kahwin dengan abang Airil" Tengku Ain terlopong. Terus sahaja dia masuk kedalam wad bersama Tengku Sulaiman. Aku pula terduduk di kerusi luar, cuba berfikir dengan waras. Adakah Airil akan terima? Airil masih tak tahu siapa aku... Aku cuba mendengar perbualan antara mereka.
"Mama, izinkan Airil kahwin dengan Dania... Dania cintakan Airil. Airil cintakan Dania kan?" soal Dania seraya melihat kearah Airil. Lelaki itu berasa ragu-ragu. Aku rasa aku perlu cuba rancangan aku, mungkin kebenaran akan terbongkar...
"Yes, Airil cintakan Dania sepenuh hati Airil. Mama, Airil ambil keputusan nak berkahwin dengan Dania" Tengku Airil memberi kata putus. Tengku Sulaiman dan Tengku Ain terlopong, terkejut. Aku memejamkan mata, rapat. Ingin mencerna kata-kata Airil.
"Tengok, Airil pun dah setuju. Bolehkan mama? papa?" soal Dania, teramat gembira. Rancangannya mengahwini Airil akan berjaya. Dia sudah terbayangkan harta kekayaan keluarga itu yang melimpah ruah.
"Memandangkan Airil pun belum berkahwin. Jadi, bolehla kami bersama" ujar Airil penuh yakin. Dia masih menunggu. Aku menggenggam tanganku kuat walaupun terasa perit. Aku... tak boleh biarkan benda ni berlaku! aku kena kuat! Tengku Ain dan Tengku Sulaiman memandang antara satu sama lain.
"Kami..."
"Mama, tolongla... Dania tak sanggup kehilangan Airil. Kami dah berjanji nak hidup bahagia bersama-sama. Mama dengan papa pun mesti mahukan Dania jadi menantu kan?" soal Tengku Dania seperti mendesak.
"Tapi... tak boleh, sebab..." senyuman Dania mati. Tak guna betul orang tua ni!
"Tak boleh? kenapa..." kata-kata Airil terputus apabila aku masuk dan mencelah.
"Mestilah tak boleh, Syaz isteri abang!" jeritku kuat. Yes! Aku dah cakap. Tengku Ain dan Tengku Sulaiman tersenyum. Akhirnya, Syaz cakap jugak... Aku melihat Dania terkejut gila! Biarlah... Wajah Airil aku pandang pula. Dia... tersenyum?!

(Complete) Boss aku ketua Gangster?!Where stories live. Discover now