Bab 45

5.1K 151 9
                                    

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rezqin melepaskan keluhan yang panjang. Betul ke apa yang aku buat ni?. Desis hati rezqin, kereta yang dipandunya diberhentikan bebetul di hadapan rumah mertuanya.

Enjin dimatikan lalu ia menekan loceng rumah mertuanya. Sejam yang lalu daddynya telah memberikan alamat rumah kediaman ibu bapa isterinya dan nak tak nak ia kena hadapi demi isterinya,Qasrina.

Loceng di tekan buat kali pertama tapi tiada sahutan apa-apa kali kedua juga dan bila masuk kali ketiga keadaan masih sama dan rezqin berkira-kira untuk masuk ke dalam CR-Vnya tapi tetiba pintu pagar terbuka dengan sendiri dan rezqin dapat melihat...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Loceng di tekan buat kali pertama tapi tiada sahutan apa-apa kali kedua juga dan bila masuk kali ketiga keadaan masih sama dan rezqin berkira-kira untuk masuk ke dalam CR-Vnya tapi tetiba pintu pagar terbuka dengan sendiri dan rezqin dapat melihat kelibat seorang wanita.

Wanita itulah ibu kepada qasrina lalu ia memberi salam pada ibu mertuanya dan menyium tangan milik ibu mertuanya itu.

"assalamualaikum ibu." ucap rezqin dengan sedikit jangal,ini kali kedua pertemuannya dengan ibu mertuanya.

"waalaikumsalam rez,qas mana?" soal Puan mastura dengan harapan anak yang dirinduinya ada di hadapan matanya.

" ibu, rez datang ni ada benda nak bagitahu ibu dengan ayah. Ayah ada?" soal rezqin tanpa menjawab soalan ibu mertuanya.

" ayah ada kat dalam, kamu masuk dulu kita cakap kat dalam ye." ujar puan mastura pada menantunya dengan lembut. Hal dulu sudah lama ia maafkan kesalahan keduanya tiada sedikit pun marah atau dendam dihati ia sayang keduanya dan dia tahu rezqin dapat menjaga anaknya dengan baik.

Rezqin yang mendengar kata-kata puan mastura menganggukkan kepalanya lalu kunci kereta di tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar miliknya dan mengikut langkah puan mastura masuk ke dalam rumah.

" kamu duduk lah dulu,ibu ke atas kejap panggil ayah." ujar puan mastura lalu berlalu naik ke atas.

Rezqin gugup, gugup menghadapi kedua mertuanya. Dulu ia pernah berjanji dengan qas untuk bawa qasrina berjumpa berdua dengan ibubapanya tapi...

" awak,saya rindu ibu dengan ayah." ujar qasrina dengan sebak lalu memeluk badan suaminya. Air mata dirembes keluar dari tubir mata qasrina.Hatinya bebetul merindui ibu dan ayahnya.

aku yang mendengar kata-kata isteriku mengusap belakang badannya,lalu berkata " menangis lah sayang, menangis semahu-mahu awak..lepaskan semuanya,saya akan selalu ada di sisi awak."

" a-awak, bila saya boleh jumpa ibu dengan ayah? saya rindu nak balik rumah ibu ayah." ucap qasrina dengan tersedu-sedu.

" sayang, pegang janji-janji abang ni. Abang akan bawak sayang jumpa ibu dengan ayah dekat rumah sayang tu. abang janji abang buat apa saja asalkan sayang happy." janjiku. tangannya ku genggam,memberikan dia kekuatan.

" abang janji ye dengan qas,abang jangan pergi jumpa ibu dengan ayah sesorang,kalau abang nak jumpa ibu ayah..abang kena bawak qas sekali tau, jangan tinggalkan qas sensorang." ujar qasrina padaku. matanya memandang mataku untuk seketika.

Tangannya ku cium lalu berkata " abang janji sayang, kita akan hadapi semua ni berdua."

ya Allah...qas maafkan abang. abang tak dapat tunaikan janji abang, abang terpaksa sayang...maafkan abang. Desis hati rezqin. Tanganya diraup kemuka dan dalam pada itu, ia melihat kelibat bapa mertuanya.

Rezqin bangun, bangun dari sofa yang didudukinya lalu ia berkira-kira untuk menyalam tangan bapa mertuanya. Ia berharap bapa mertuanya menyambut salamnya dan akhirnya tangannya disambut lalu ia menyium tangan bapa mertuanya.

Dalam pada itu encik zahar mempelawa rezqin duduk kembali dan rezqin hanya akur lalu bertanya padanya " ada apa kamu datang ke sini?" katanya dengan nada yang sedikit tegas.

" saya datang sini nak bagitahu tentang qas." ujar rezqin dengan nada yang kendur.

Puan mastura yang pada masa tu sedang menghidang air pada menantunya terhenti apabila mendengar ucapan menantunya tadi lalu mengambil tempat disebelah suaminya,Encik zahar.

" kenapa dengan qasrina tu?" soal encik zahar dengan nada yang masih lagi dingin manakala puan mastura tekun mendengar rezqin dan encik zahar bercakap.

" Qas dekat hospital, dan dia...." kata-kata rezqin terhenti apabila telefon di poketnya berdering minta diangkat lalu ia melihat panggilan tersebut daripada daddynya dan nak tak nak ia terpaksa meminta izin untuk menjawab panggilan kerana dia takut panggilan tersebut tentang qasrina.

" ya Allah, baik daddy dani datang sekarang." ujar rezqin di corong telefon dengan cemas.

Encik zahar yang masih dalam keadaan terpinga-pinga apabila mendengar kata-kata rezqin tidak sepenuhnya.

Selepas menamatkan panggilan rezqin terus menatap kedua mertuanya yang masih terpingga-pingga lalu berkata  "ibu,ayah jom ikut rez pergi hospital.." rezqin melihat riaksi kedua mertuanya. "Rez mohon kat ibu ayah..Qas kritikal,dia perlukan ibu dengan ayah..tolong yah rez mohon sangat-sangat kalau ayah tak boleh maafkan rez,rez paham tapi tolong maafkan qas dia sakit yah tolong lah.." rayu rezqin pada bapa mertuanya.

Puan mastura yang mendengar kata-kata menantunya hanya mampu mengucap apabila diberitahu tentang keadaan anaknya.

" bang, anak kita bang... tolong bang saya nak tengok dia." rayu puan mastura pada suaminya yang masih lagi mendiamkan diri.

Tiada apa-apa tindak balas dari encik zahar,dia masih mendiamkan diri. Rezqin yang hampir putus asa hanya mampu berkata " tak pelah yah,rez pergi dulu nak tengok keadaan qas. Rezqin harap sangat ayah datang."

" Rez.." panggil puan mastura. Rezqin yang mendengar namanya dipanggil memusingkan kembali badannya menghadap puan mastura.

"qas sakit apa nak. kenapa dengan dia?" soal puan mastura dengan deraian air mata.

" qas.. tak pelah ibu datang sendiri tengok keadaan dia,rezqin tunggu kedatangan ibu dengan ayah." ujar rezqin lalu menaiki keretanya dan memecut    CR-Vnya ke hospital.

" Abang! abang dengar tak rez tu cakap apa!" ujar puan mastura dengan nada yang tak dapat ditahan lagi. " abang sedar tak qas tu sakit! sakit bang!" sambungnya lagi dengan amarah.

Encik zahar masih lagi diam membisu dan menambahkan perasaan amarah isterinya. " benci sangatkan abang dengan darah daging abang macam tu! sekarang abang puas!puaslah kan qas tu sakit! abang menang bang." ujar puan mastura dengan marah lalu berlalu naik ke atas dengan deraian air mata.
••••••••••••••••••••••••

" mummy!!" panggil rezqin dengan cemas apabila melihat kelibat orang tuannya.

"dani...ya Allah, mana mertua kamu nak?" soal datin laili pada anaknya lalu mencari kelibat besannya.

" dani, tah lah my dani sempat bagitahu yang qas masuk hospital je then dani terus datang sini sebab daddy kata qas kritikal,betul ke my?" soal rezqin pada mummynya.

" Qas tadi dia..." 

Perkahwinan Terpaksa (slow update)Where stories live. Discover now