Bab 26

6.8K 158 2
                                    

" I dah kata tak suka tu tak suka lah! You ni tak paham bahasa ke apa hah?! " jerkah si isteri pada suami. Bukankah berdosa bagi seorang isteri meninggikan suaranya terhadap suami? tapi hakikat itu lah yang terjadi pada pasangan ini.

" You ni memang tak reti nak hormat I as your husband ke pe? I balik je ada je benda yang tak puas hati. Eh fedup lah,kau tau fedup! " balas si suami dengan nada yang dua kali lebih tinggi dari si isteri namun hanya senyuman sinis yang diberikan pada sang suami.

" I pedulik apa. Kau cermin dulu dirikau tu sebelum kau nak kata kat aku. eh kau sedar tak yang kau tu aku kutip,kutip macam sampah yang berkeliaran kat tempat pembuangan sampah!!" kata- kata si isteri semakin menyakitkan hati si suami, yang lebih mudah diklasifikasikan sebagai kurang ajar.

" kau!!!!.."

"sudah!!!!!!!!!" kata-kata si suami terhenti, tangan yang turut melayang ke udara pun turut berhenti dari terus hinggap di permukaan muka si isteri apabila terdengar pekikkan dari arah pintu rumah mereka yang merupakan anak pasangan tersebut,farish.

ya,ya dan ya si Farish Raykal Bin Dato Faizal lah siapa lagi yang ada dalam watak ni. Dia lah yang duk memekik kat depan pintu apabila sudah acap kali melihat pergaduhan diantara kedua ibu bapanya. Punca berlaku dia sendiri tidak pernah tahu sehinggalah pada suatu ketika dia secara tidak sengaja mendengar punca atau pun penyebab pertelingkahan antara kedua ibubapanya terjadi dan telah menyebabkan suatu perasaan yang tidak sepatutnya di simpan oleh manusia, iaitu dendam!..(hahaha acah acah je penulis ni.. ayat nak gebang je maaf.)

selepas pekikan secara automatik pertelingkahan kedua ibubapanya terhenti dan bapanya dato faizal melulu berlalu pergi dari ruangan tersebut manakala ibunya Datin maimun terus berlalu keluar dari perkarangan rumah mereka tanpa menghiraukan perasaan anaknya yang sering kali melihat pertelingkahan kedua ibubapanya sejak dari berumur 8 tahun.

Farish merupakan anak kepada Dato Faizal Bin Kamal dan Datin maimun Bt Dato Johari.Kehidupan serba serbi mewah tetapi sejak berumur 8 tahun dia hilang kasih sayang kedua ibubapanya yang memperlakukannya seperti anak angkat.Ibubapanya mula berubah apabila menyebabkan suatu peristiwa dimana kesilapan bapanya Dato Faizal dan sikap kurang sopan ibunya terhadap suami yang merubah segalanya dan telah membuatkan hatinya menjadi bertambah dendam dengan mengetahui punca hubungan ibubapanya yang kian retak, dan satu saja penyelesaian baginya adalah dengan membalas dendam!.

" Aku akan balas semua ni! kau tunggu jelah!" monolog farish dalam hati dengan mengenggam lima jari tangannya yang menandakan geram yang teramat.. (hah macam ni 👊 lah lebih kureng)

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Pintu bilik hospital yang menempatkan qasrina ditolak dengan perlahan-lahan lalu masuk ke dalam ruangan tersebut dan melihat qasrina yang masih terlena selepas rezqin menceritakan hal sebenar pada qasrina manakala rezqin masih setia menunggu qasrina di kerusi bersebelahan katil qasrina.

" assalamualaikum. " khal dan khai memberi salam dengan serentak pada rezqin yang kelihatan masih belum menyedari kehadiran mereka di ruangan tersebut.

" Waalakumsalam. eh khal,khai " rezqin menjawab salam yang diberi oleh khal dan khai apabila terdengar orang memberi salam dengan bersalam tangan dengan khairul.

"sorry baru sempat melawat, tadi ada klas btw qas macam mana? what's going on here?" soal khalisya. Padahal semalam baru khalisya dan khairul datang ke rumah berjumpa qasrina tetapi pagi tadi dia diberitahu qasrina dimasukkan hospital lewat malam tadi.

" so far sekarang dah okay, cuma tulah hmmm" ucap rezqin pada kedua pasangan tersebut. Dia menceritakan perkara yang terjadi pada qasrina sehingga dimasukan di hospital.

" tak pelah rez, ni semua dugaan buat korang berdua." ujar khairul dengan menepuk bahu rezqin supaya rezqin tabah menghadapi setiap ujian yang mendatang,manakala khalisya hanya mampu mendiamkan diri selepas mendengar kata-kata rezqin dan berlalu ke arah sahabatnya yang masih tidak sedarkan diri.

--------------

Selepas beberapa hari di tahan di hospital akhirnya qasrina dibenarkan discharge dari hospital dan sudah beberapa hari jugak rezqin tidak menghadirkan diri ke kelas atas alasan menjaga qasrina di hospital sepanjang qasrina ditahan.

Rezqin yang menguruskan segala perihal tentang qasrina, mummy dan daddynya bukan tidak mahu membantu tetapi rezqin yang menolak pelawaan mummynya untuk menjaga menantunya sementara rezqin ke kelas tetapi ditolak oleh rezqin atas alasan untuk berdikari.Dia tidak mahu menyusahkan kedua ibubapanya walaupun usianya yang masih muda.

Keadaan suasana di dalam kereta sunyi.Qasrina yang masih dalam keadaan lemah tidak mampu berkata-kata kerana tidak mempunyai banyak tenaga dan membuat keputusan untuk mendiamkan diri manakala rezqin hanya meneruskan perjalanan ke rumah mereka,

mesti tertanya-tanya kenapa tak duduk dengan mummynya rezqin selepas kejadian qasrina masuk hospital dan kenapa mummy rezqin tidak melarang kerana masalahnya bukan tidak mendesak qasrina duduk bersama mummynya tetapi qasrina sendiri yang mendesak untuk duduk di rumahnya dan rezqin.Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa dan disebabkan hal tu jugak lah qasrina sempat bergaduh dengan rezqin dan akhirnya rezqin dan kedua ibubapanya akur akan permintaan qasrina.

What do you mean?
When you nod your head yes
But you wanna say no
.......
telefon milik rezqin berbunyi lagu what do you mean yang memecahkan suasana di dalam kenderaan tersebut dan tertera nama "Adieba".

Qasrina yang mendengar telefon rezqin yang berbunyi di atas dashboard kereta dan tertera nama adieba dipaparan telefon suaminya hanya mampu melihat suaminya menjawab panggilan tersebut. Walaupun ucapan rezqin hanyalah "ok" "baiklah" di corong telefon tetapi hati qasrina mula berfikir perkara negatif dan perasaan cemburu mula bertandang dihatinya.

$$$$$$$$



ok first for all, minta maaf sesangat sebab lambat update. second maaf sebab kalau rasa jalan cerita ni makin lama makin ke laut,bukan setakat ke laut dah tapi dah macam ke tong sampah dah ni hmmm maaf ye. Btw akan ada watak baru.. LAGI!!!! hehe maaf lah n her name is Adieba hmm masalah betul sebab my adikks  adieba yazmeen onnnn haha grau je x de on pun hmm dye yang beria-ria suruh tambah dia dalam watak ni walaupun kena jadi jahat janji ada dalam watak..haha so sebagai kakak yang bertmbang rasa why not tunaikan jelah permntaan minah kecik sorng ni eh kecik ke 16tahun? haha pape jelah hehe.. so sapa rasa macam "eh asal jalan cerita ni makin lama makin teruk? tak masuk akal. stupid story ke pe" terus terang je tak per im okay with that thing. btw thnx pada yang still support this story.. sorry for late update guy

Perkahwinan Terpaksa (slow update)Where stories live. Discover now