Bab 36

5K 149 4
                                    

~ Nurul Qasrina Adwa ~








coretan hati 💞
~ Qasrina Adwa ~
Waktu berjalan dengan begitu pantas,sedar tak sedar kandungan qasrina sudah masuk bulan kelapan. Pahit getir dalam alam perkahwinan yang pada mulanya tidak pernah terduga terjadi akhirnya membawa satu cahaya dengan adanya suami dan calon anak yang bakal dilahirkan dalam masa sebulan lebih. Kehidupan dengan seorang suami yang terlalu muda untuk menyandang gelaran suami sekali gus dalam masa sebulan ke depan akan menyandang gelaran ayah bagi anaknya cukup memberinya sinar kebahagiaan walaupun kehilangan kasih sayang kedua orang tuanya yang telah membuangnya akibat daripada kejadian pahit. walaubagaimana pun dia tetap bersyukur dengan semua yang terjadi dan menganggap yang semua terjadi pasti ada hikmah di sebalik semua ni.

Di awal perkahwinan yang tidak pernah di ingini dengan seawal usianya 18 tahun dan membuatnya dibuang keluarga telah menyimpan sebuah dendam yang bersarang di hati buat suami. walau begitu sekeras mana pun hati seorang wanita tetap sahaja akan cair dengan berkat kesabaran,keperihatinan dan penyesalan oleh suami. Baginya kini masa lalu biarkan lah ianya berlalu,kini kehidupannya sebagai seorang  isteri buat suami yang dulunya di benci.

Perasaan sayang yang pada mulanya hanya lah sebatas sahabat semakin lama mekar menjadi cinta dan selayaknya untuk si suami.

**************************************

~ Rezqin Danial ~

Hati mana yang tidak pedih apabila dibenci oleh isteri sendiri? hati mana yang tidak menyesal apabila melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap seorang perempuan yang di sayangnya? Hati mana yang tidak sedih apabila melihat orang yang di cintainya di sakiti,disakiti oleh dirinya sendiri. Hati mana yang tidak gundah apabila melihat orang yang di sayangnya di buang keluarga akibat dirinya?
Kenangan silam membuat rasa bersalah terus memburu di hati.

Tabah lah wahai isteriku, semoga kau selalu berada di sampingku mengharungi liku-liku kehidupan bersama.

satu yang ia minta, semoga kehidupan nya bersama orang yang disayangi akan terus bersamanya walau badai melanda sekalipun.

(p/s : setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya. Tak semua pasangan akan terus bahagia andai tidak diuji.)
****************************

kenapa hati aku rasa macam tak sedap je? Apa yang aku buat asyik tak kena je ni. semalam pinggan pecah hari ni gelas pulak. Desis hati qasrina.

" Qas? " seru rezqin dengan mengoncang sedikit lengan isterinya apabila melihat isterinya tengah mengelamun di sampingnya yang duduk bersebelah dengannya di ruang tamu.

" hah? y-ye apa awak cakap? " gelabah qasrina apabila suaminya mematikan lamunannya.

Rezqin mengelengkan kepalanya apabila melihat perangai pelik isterinya. Nafas ditarik lalu mengengam tangan isterinya dan berkata "qas, jujur saya cakap saya risau tengok awak ni."

Qasrina yang mendengar kata-kata suaminya mengerutkan dahinya sehinggakan menampakkan garis-garis halus didahi akibat kerutannya.

" k-kenapa awak risau tengok saya? " tanya qasrina lalu menatap mata suaminya.

" Qas, kalau ada something yang awak rasa tak kena please just talk to me. " rezqin membalas pandangan isterinya lalu berkata tanpa menjawab soalan dari isterinya.

" saya okay lah." kata qasrina lalu matanya terus beralih dari terus memandang mata suaminya.

" awak tipu. I know you qas, please apa yang ganggu fikiran awak? " pujuk rezqin lagi. Dia tidak mahu fikiran isterinya penuh dengan bermacam-macam fikiran yang boleh menyebabkan stress.

" s-saya."

" awak percayakan saya kan? bagi je tahu apa yang ganggu awak sejak akhir-akhir ni qas? " pintas rezqin apabila melihat ke enganan isterinya untuk berkata sesuatu. Tangan isterinya di letakkan di dadannya supaya isterinya mempercayainya.

air mata qasrina gugur secara tiba-tiba yang menyebabkan kekuatiran dari si suami.

" qas, i knew ada benda ganggu fikiran awak kan? " soal rezqin lalu menarik isterinya ke dalam dakapannya.

Qasrina menangis semahu-mahunya dalam dakapan si suami lalu berkata dengan sedu-sedan " s-saya takut. s-saya tak tah-tahu apa yang ganggu p-pikiran saya yang saya tahu saya takut."

" shuh, awak ada saya kan? kenapa perlu takut qas? " pujuk rezqin lagi lalu mengusap belakang isterinya.

" saya t-tak tahu." ujar qasrina yang masih lagi menangis.

" dah,dah tak nak menangis terus. awak ada checkup kan hari ni? then nak ikut saya tak? saya bawak awak pergi jenjalan nak tak?" pujuk rezqin lagi yang qasrina masih dalam pelukkannya.

qasrina tidak menjawab kata-kata suaminya melainkan mengangguk kan kepalanya di dada suaminya menandakan yang ianya mahu.

Rezqin yang memahami isyarat isterinya terus melepas kan pelukkannya lalu menarik isterinya ke atas.

" Jom,sekarang awak siap-siap dulu saya tunggu kat bawah kay." ujar rezqin pada isterinya apabila melihat kerutan di dahi isterinya apabila memandangnya pelik.

Qasrina mengikut kata-kata suaminya lalu berlalu naik ke atas untuk bersiap-siap.

••••••••••••••••••••

Perkahwinan Terpaksa (slow update)Where stories live. Discover now