Bab 44

5.1K 155 7
                                    

Pada mulanya ia ingin berjumpa dengan doktor yang merawat anaknya tetapi disebabkan doktor yang merawat si bayi ada kecemasan ia terus menuju ke ruangan si bayi.

suasana di dalam bilik yang merawat anaknya sunyi seketika hinggalah dato razlan bersuara. " dani, daddy nak tanya kamu."

" hmm, daddy nak tanya apa dia? " soal rezqin pada daddynya tetapi matanya masih melekat di hadapan katil bayinya.(?) (hospital swasta punya so dia meminta anaknya diletakkan di bilik khas untuk anaknya dan diberi pengawasan yang lebih)

" daddy nak tahu kamu dah bagi tahu mertua kamu ke pasal keadaan qasrina ni?" soal dato razlan pada anaknya.

Rezqin yang mendengar kata-kata daddynya terus mengalihkan matanya melihat si bayi ke arah daddynya. Suasana senyap seketika,rezqin mengambil nafas lalu dihembus "belum." jawabnya singkat.

" dani, daddy bukan apa. daddy tahu hubungan kamu dengan mertua kamu ni masih lagi tidak baik tapi walau macam mana sekalipun qas tu tetap anak diaorang,mereka perlu tahu keadaan qasrina nak." pesan dato razlan pada anaknya, dia tidak mahu anaknya mengetepikan mertuanya walaupun hungungan antara mereka tidak begitu baik.

" tahlah daddy, dani...hmm " ujar rezqin seketika " dani memang ada niat nak bagitahu tapi masalahnya dani sendiri tak tahu rumah ibubapa qas dekat mana tetambah no telefon diaorang pun dani tak de dy,haisyyy"sambungnya lagi dengan keluhan di akhir ayatnya.

" tak pelah nanti daddy tolong kamu carikan no telefon mereka. ingat pesan daddy ni utamakan mertua kamu tu juga." nasihat dato razlan lagi.

" baiklah dy,dani ingat." kata rezqin.

•••••••••••••••••••••••••

Pada waktu itu mereka berjumpa di salah satu kawasan yang sunyi dari orang ramai. Adieba yang memilih tempatnya kerana ia tidak mahu sesiapa tahu yang ia telah melakukan satu kesalahan yang baginya besar kerana cuba untuk membunuh.

" kau ni bodoh ke apa? aku suruh bunuh dia bukan kasi dia jadi macam mayat hidup!" marah lelaki tersebut pada adieba yang datang terus memarah.

Adieba yang dari mula mendengar kata-kata makian menjadi semakin geram dengan tindakan lelaki di hapannya ini memakinya tidak putus-putus. Rahangnya diketap dan tanpa dapat ditahan lagi ia terus bersuara dengan lantang."ni semua salah kau! kau tipu aku! kau cakap sekarang siapa perempuan tu? kenapa kau nak sangat bunuh dia hah! aku sabar je kau maki aku dari tadi tapi kau dah lebih!!"

Adieba ingat yang lelaki hadapannya ini akan mengamuk lagi teruk padanya tetapi sangkaannya meleset malah lelaki hadapannya ini mengelakkannya."hahaha kau tu yang bodoh! kalau kau nak tahu dia tu isteri si rezqin tak guna tu! kalau kau nak tahu lagi aku dah lama berdendam kat perempuan tu!" kata lelaki tu dengan bongkaknya.

Adieba yang mendengar kata-kata lelaki tadi terkejut,ini bermakna ia cuma digunakan! 'tak guna kau!' desis hati adieba.

"jadi kau cuma jadikan aku kambing hitam kau untuk kau balas dendam? kau memang tak guna!arghhhh." amuk adieba.

Lelaki itu tersenyum sinis akhirnya dendamnya dapat jugak dibalas walaupun tidak sepenuhnya sekurang-kurangnya hatinya puas dapat melihat rezqin dan qasrina menderita." so kau nak buat apa dengan aku? kau nak bagitahu rezqin aku yang suruh kau buat semua ni? " soal lelaki itu dengan angkuhnya.

" kau!!!!" hati adieba betul-betul mengelegak sehinggakan dia tidak mampu terus berkata-kata.

" eh perempuan, kau ingat kalau kau bagitahu rezqin aku yang suruh kau buat ni semua kat anak bini dia,kau ingat dia nak ambik kau jadi bini dia ke hah! kau rasa apa yang dia akan buat kalau tahu kau yang buat semua ni? hmmm aku rasa mesti dia sumbat kau dalam penjarakan sebab cuba bunuh orang yang dia sayang." ujar lelaki itu lagi menambahkan panas dihati adieba lalu terus berlalu dari kawasan tersebut.

ya Allah, apa yang aku dah buat ni?.hati adieba menangis mengenangkan betapa bodohnya dia melakukan semua ni.

•••••••••••••••••••••••••••

aku dekat mana ni? kenapa suasana nyaman sangat, bau rumput dan tanah yang berbau harum seperti selepas hujan. Rama-rama bertebangan dan bunyi deruman ombak bebetul menyamankan hati aku, kenapa aku berpakaian putih? mana rezqin?kenapa aku kat sini? kenapa perut aku kempis? banyak persoalan bermain di fikiran aku tapi aku tidak mengendahkannya dan tetiba datang seorang kanak-kanak perempuanyang ku kira berumuran 2 atau 3 tahun lalu menghulurkan tangannya padaku.

Pada mulanya ku ragu untuk menyambut hulurannya dan berpikir mana kedua orang tuanya biarkan anak sekecil ini berkeliaran sendirian tetapi tangannya tetap saja menghulur pada ku dan ku sambutnya lalu bertanya padanya " sayang siapa nama? kenapa main sensorang kat sini? "

Kanak-kanak ini tidak menjawab pertanyaanku tetapi hanya tersenyum kearahku. Aku yang masih lagi menunggu jawapan darinya terus menundukkan badanku biar setingginya dan bertanya lagi "kenapa tak nak jawab soalan aunty? "

Aku memberi senyuman padanya dan dia membalas senyumanku ini. " kakak cantik lah,boleh tak kakak jadi mama saya? " soal anak kecil ini dengan petahnya.

aku yang pada mulanya terkejut mendengar kata-kata petahnya kerana kata-katanya tidak seperti budak yang seumuran dengannya yang berkata dengan petah. aku akhirnya membalas senyuman padanya lalu berkata " boleh sayang, tapi mana mama adik? nama adik siapa?" soal ku dengan soalan memula ku tanya padanya yang tidak berjawab.

" mama... adik tak ada nama, adik sayang mama sangat-sangat." ujar anak kecil ini padaku lalu mendakap badanku dalam pelukkannya.

Aku turut membalas pelukkannya lalu berkata tanpa aku sedar apa yang ku kata padanya " mama pun sayang adik sangat-sangat, mama panggil adik qalish? sebab mama suka nama tu."

" alish sayang mama,mama jom ikut alish jenjalan nak?" ajak anak kecil ini.

aku menganggukkan kepala lalu mengikut langkahnya membawa ku ketempat yang bagi aku nyaman sesangat tapi aku tidak tahu aku dimana. Di sini hanya ada aku dan qalish, dan selama ini jugak dia dan aku begitu rapat sehinggalah aku mendengar suara-suara seperti seseorang yang aku kenal tapi aku tidak dapat meneka siapa yang  berkali-kali kata padaku yang menyuruh aku cepat sedar tetapi selama aku disini aku hanya ingin terus menerus berada disini bersama qalish kerana aku sudah begitu menyayanginya begitu juga dengannya.

tapi kali ini suara itu kedengaran lagi sekali dengan satu cahaya yang membuat mataku silau, aku mendengar suara tu berkata "qas,awak tak nak sedar ke? tengok baby kita." suara itu, aku kejar bersama qalish sehingga di suatu tempat dan tetiba qalish berkata padaku "mama,mama ikut lah suara tu."

Aku yang mendengar kata-katanya terus mengelengkan kepala tanda 'tidak mahu' kalau tanpanya " abis qalish macam mana? " soal ku padanya.

dia berkata dengan senyuman yang bagi aku begitu menawan " qalish tak ikut mama tapi qalish tunggu mama kat tempat lain.Qalish sayang mama."

" mama tak nak tinggalkan alish." ujar ku, aku tidak sanggup berpisah dengannya kerana aku sudah begitu sayang padanya.

" alish tunggu mama dekat suatu tempat dengan papa. Mama ikut kay." pujuk si kecil itu lagi dan akhirnya aku mendengar kata-katanya dan sebelum mengikut suara tersebut aku menciumnya dengan penuh syaduh dan kasih sayang dan aku berharap semoga aku dapat berjumpa dengannya seperti yang ia kata padaku.

" bye sayang." ujar ku lalu mengikut jejak suara. kulihat si kecil melambai dan terus tersenyum seperti tiada apa-apa yang terjadi.

Aku berjalan dan terus berjalan sehingga cahaya yang begitu menyilaukan mataku lalu ku masuk ke cahaya itu dan tetiba.....

•••••••••••••••••••••••••••

okay dearrrr semua hari ni saya kasi double updatesss hehe and maaflah kalau yang bab ni melalut banyak pulak hehe btw saya nak protome satu cerita ni tajuk dia " gadis kampung itu isteri aku" aiman017  cerita dia best baca lah nanti tau huhu okay lah byee kalau ada yang tak puas hati comment like usually ok..

#typo_bersepah

Perkahwinan Terpaksa (slow update)Where stories live. Discover now