Bab 42

5.3K 155 8
                                    

" tak,tak.. perempuan tu tak boleh mati, tak boleh! arghhhh!!!!!! "

" ya Allah,aira kenapa ni nak? bukak pintu sayang! " arah puan juriah. Diketuk-ketuknya pintu bilik adieba tetapi tetap saja tidak dibuka malah dia mendengar seperti benda berkecai kemungkinan adieba membaling barang berkaca.

ketika ia ingin turun ke bawah ia terdengar suara jeritan dari bilik anaknya, dua tiga kali dipanggil-panggil tidak jugak dibuka sehinggalah dia mendengar anaknya menjerit-jerit kata ' Bukan salah aku! ' berulang-ulang kali di sebut sehingga menyebabkan bunyi bising di segenap bilik tersebut.

suaminya pula tiada dirumah, anaknya pulak sebegini dia tidak tahu untuk melakukan apa dan dia mengambil keputusan untuk menghubungi suaminya supaya cepat pulang ke rumah.

Bukan dia tidak perasan perangai aneh anaknya tetapi bila disoal anaknya sedikit mengelabah dan berkata ' tiada apa-apa. ' dan akhirnya dia terpaksa mendiamkan diri dari terus menerus bersoal pada anaknya kerana dia telah dinasihat oleh suaminya supaya jangan terlalu mendesak.

" aku tak salah lah! "

*bang!!!!

" aira!!! bukak pintu ni aira! mama ni sayang!" desak puan juriah lagi.

***************************

" Qas, bangun lah. Sampai bila qas nak macam ni sayang? " pipinya ku belai.Keadaannya masih lagi sama tiada tanda-tanda yang ia akan sedar.

kekadang aku dah macam orang gila bercakap dengannya seorang diri tanpa ia membalas kata-kataku. Aku tahu walaupun dia tidak membalas kata-kataku tapi dia mendengar apa yanga ku ucapkan. Makan minum ku mummy yang jaga,dia lah yang selalu hantar makanan buat ku katanya kalau tak dihantar entah aku makan ke tak sebab asyik duk terperap dengan qas je dalam bilik hospital. Hospital ini sudah serupa macam rumah baru ku.

Kelas aku tah kemana,rumah kekadang tak balik kalau balik pun aku cuma balik sekejap untuk mandi or tukar baju lepas tu aku datang balik hospital jaga qasrina dan anak aku yang masih lagi tidak bernama.

aku ingat lagi kata-kata qas yang waktu itu sedang duduk berdua meluangkan masa di ruang tamu. " abang, nanti anak kita lahir kan boleh tak qas nak letak nama untuknya? kalau boy qas kasi abang letak tapi kalau girl biar qas yang letak boleh tak abang?"

aku yang waktu itu mendengar kata-katanya, berkata  " boleh sayang, sayang nak letak nama apa?"

" ala..tak nak lah cakap sekarang nanti tunggu baby lahir dulu lah ye.. nanti tak suprise lah bang, hehe "  katanya dengan manja tangan ku dipautnya lalu melentokkan kepala dibahuku.

disebabkan kata-katanya jugak lah aku tidak meletakkan apa-apa lagi nama buat anak ku dan qasrina. katanya kalau perempuan biar ia yang berikan nama dan aku hanya ingin dia yang berikan nama buat anak kami.

Ye, anak aku dan qasrina seorang perempuan, doktor memberitahu keadaannya kini semakin sihat cuma ia tidak mampu bernafas dengan baik dan masih lagi dibawah jagaan rapi pihak hospital.

Hari ni genap seminggu qasrina tidak sedarkan diri.Bagiku seminggu ibarat setahun lamanya, aku hampir saja berputus asa tetapi selepas di nasihat oleh mummy aku kembali bangkit untuk terus memberi semangat kepada orang yang aku sayang.

Kata-kata mummy begitu mendalam sehingga baru ku sedar yang qasrina perlukan perhatian yang lebih dari ku untuk berinya semangat untuk terus berjuang. " Dani tak boleh terus menerus macam ni, macam mana qas nak sembuh kalau dani sendiri dah putus asa? qas perlukan dani untuk beri dia semangat untuk lawan sakit dia sayang, tak kan dani nak putus asa macam ni je? macam mana dengan anak kamu berdua? tak kesian ke dekat cucu mummy dengan menantu mummy sayang? mummy paham dani sedih tapi cuba dani pikir kalau qas tahu dani macam ni tak makan, diri tak terurus asyik terperap menangis je qas tak sedih ke sayang? mummy pasti qas lagi sedih tengok dani kalau macam ni. Mummy harap dani paham kata-kata mummy jangan cepat berputus asa. mumny percaya qas pasti sedar kalau dani selalu beri dia semangat sayang." kata-kata mummy tergiang-giang di telinga ku sebelum ia berlalu keluar dari wad qasrina.

Perkahwinan Terpaksa (slow update)Where stories live. Discover now