Bab 21

8K 200 2
                                    

" khal betul ke ni?" soal khairul pada tunangnya itu.

" Saya rasa dah betul dah ni, tapi..."

"awak jangan memacam khal, dah tiga round dah kita pusing ni." pintas Khairul dengan bengang,sebelum khalisya menghabiskan ayatnya.Mana tak bengangnya dah dekat dua jam dia memandu tetapi tidak sampai-sampai juga.

" awak ni kan! boleh bagi saya habiskan dulu tak? dah stop!" kata khalisya dengan separuh menjerit di sebelah khairul yang memandu kenderaan.

*srttttttttttt...
Bunyi tayar berlaga dengan jalan raya apabila kenderaan honda city yang dipandu oleh khairul berhenti secara mengejut. Sedikit je lagi comfirm khalisya masuk hospital sebab terlanggar dashboard depannya itu tapi nasib baiklah dia sudah memakai tali pinggang awal-awal kalau tak haish dah lama dah dia terkulai kat situ. Dicubitnya peha tunanganya itu atas dua sebab, satu sebab potong percakapan dia tadi kedua sebab memberhentikan kenderaan macam tu je, nasib baik pakai talipinggang kalau tak dah lama jalan dulu dah. Nanti tak pasal-pasal tak jadi kawin.

"auchhh!! sakitlah khal!" bentak Khairul dengan muka yang memerah akibat dicubit tadi.Dia mengosok-gosok pehanya yang dicubit khalisya,Berbisa oii.

" awak lah sapa suruh potong cakap saya.Saya tak habis cakap lagi dah menyampuk." marah khalisya.Disilangkan tangannya di dada dengan gaya seakan merajuk.

" Dah saya benganglah dah dua jam tau saya drive tapi tak jumpa-jumpa jugak,mana saya tak marah." kata khairul pada khalisya yang tengah monyok disebelahnya itu.

" Awak ni kan!!!!!!!!eee eeee saya tengok awak kat sebelah saya ni kecik besar kecik besar je tau. Kalau tadi saya mati macam mana? tak sempat nak kawin tau."kata khalisya dengan geram sambil menunjuk-nunjuk buku lima yang tak berapa nak besar kat khairul.

" dah dah awak ni overlah khal. ni mana rumahnya qasrina?" kata khairul.

" tu depan sikit lagi tu, dah lah cepat jalan." kata khalisya dengan muncung.Dah macam rupa itik pun ada.

khairul tanpa kata dia terus menekan pedal minyak untuk meneruskan perjalanan yang khalisya katakan tadi.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Dalam bilik tidur.

" awak, saya ingat nak balik rumah sana balik lah." soal qasrina pada rezqin.

" Tapi kan awak tengah sarat qas? boleh ke nanti awak duduk rumah sorang-sorang kalau saya ada klass." tanya rezqin pada isterinya. Diambil kedua tangan isterinya lalu dipegang erat.

" saya baru nak masuk empat bulan, saya larat lagi nanti dah sarat baru lah kita duduk rumah mummy balik. Boleh lah awak." pujuk qasrina dengan bersungguh-sungguh. habis digoncangnya tangan Rezqin yang memegang tangannya itu.

Rezqin hanya diam memerhati qasrina yang cuma memujuknya sambil memikir baik buruknya.

" Awak, jangan lah pikir lain.Saya bukan tak suka duduk rumah mummy tapi." kata qasrina yang tidak menghabiskan kata-katanya. Dia mengis.

" Bila pulak saya pikir bukan-bukan. awak ni sekarang cepat sangat terasa, dah ni menangis pulak dah." kata Rezqin sambil mengelap air mata isterinya.

" saya cuma nk berlajar berdikari, saya nak belajar urus rumah tangga sendiri." kata qasrina dengan sedu. Lagi dipujuk lagi banyak air mata keluar.

" alololo, sayang kenapa ni? okay..okay saya paham nanti saya bagi tau mummy kay, dah taknak lah menangis nanti baby ikut cembeng bila dah besar." pujuk rezqin lagi.

" saya taknak nanti, nak sekarang. Boleh lah awak..saya nak balik arini jugak, please baby rindu nak balik rumah dia." kata qasrina lagi. Bersungguh-sungguh betul qasrina ni nak balik rumah dia dgan rezqin tu.

Rezqin nak tak nak terpaksa akur kata- kata isterinya itu, kang kalau tak ikut ada yang menangis dua hari dua malam kang. nanti susah pulak dia. Cukup sekali jadi dia taknak jadi lagi.

Semenjak kandungan qasrina mencecah dua bulan lagi perubahan qasrina berubah mendadak. Cepat terasa, mudah sentap padahal benda remeh je dan paling teruk lagi sekarang ni kalau keinginan dia tak diikutkan atau lambat hmmm menangis tak sudah-sudah. Teringat Rezqin pada mula- mula kehendak qasrina tak di ikuti ya Allah menangis tak sudah-sudah. Padahal bukan tak dipenuhi tapi lambat, menangis semalaman dibuatnya sampaikan Rezqin buntu nak buat macam mana.Jangan nanti baby keluar jadi cengeng sudah lah. Sekarang ni dia tak boleh lambat sikit, pasti ada yang tak tidur dibuatnya sebab menangis tak sudah-sudah.kekadang qasrina akan menalifonnya sebab mengidam kelam kabut dia kluar dari kelas beli benda yang qasrina nak.

-----------------------
Di ruang makan.
"mummy,daddy.Dani dengan qas nak balik rumah kami balik boleh tak?" suara Rezqin memecahkan keheningan di meja makan.

Suapan terhenti apabila rezqin menyarakan pendapat.Bukan pendapat tapi lebih menyuarakan hasrat.

" Kenapa, dani? qas? tak selesa ke duduk sini?" soal mummy dengan muka yang masih lagi terkejut.

" Bukan tak selesa, cuma qas yang nak duduk sana balik." kata Rezqin jujur.Dia taknak mummy dengan daddy terasa hati dengan dia dan qasrina.

" Yelah tapi kan sekarang qas tengah mengandung, nanti dia sensorang pulak bila dani ada klas. Kalau kat sini mummy boleh tengok-tengok kan qas." kata Datin laili dengan perihatin. Dia bukan tak setuju tetapi takut kalau apa-apa jadi.

Dato Razlan hanya memerhati isteri dan anaknya itu lalu menyambung kembali sarapannya itu.Dia tidak sama sekali membantah kerana segala keputusan semua ditangan anaknya. Dia tahu Rezqin akan jaga menantu dan cucunya itu dengan elok.

"mummy jangan risau,nanti kalau mummy free datang lah jenguk kami.Bukan jauh mana pun,lagi pun mummy tau kan Qas ni hah dia kata rindu nak balik sana.Kalau tak pun nanti sekali sekala kami tidur sini." pujuk rezqin lagi.Dia kena yakin kan mummynya itu kalau tak ada yang tak tidur malam ni.Di pandangnya Qasrina di sebelahnya itu,dia tahu qasrina sebenarnya taknak guriskan hati mummynya itu tapi hmm pembawakkan budak kan nak wat cam mana.

"hmmm, kalau macam tu mummy ikut lah kamu berdua punya keputusan. daddy pulak macam mana?" soal Datin laili pada suaminya itu.

"saya tak kesah asalkan diaorang pandai jaga diri. lagi pun Rezqin pun ada." kata Dato Razlan menyakin kan lagi isterinya itu.

" kalau dah macam itu ikut kamu berdua lah, kamu qas nanti jaga diri elok-elok tau pape call mummy kay." kata datin laili pada menantunya itu. Semakin hari semakin lama rasa sayang dia kepada qasrina melebih kasih sayang seorang ibu kepada anak kandung sendiri.

" baik mummy,insyaAllah.Qas nak minta maaf kalau buat mummy terasa." kata qasrina dengan rasa bersalah kerana dah buat mummynya terasa.

" ni kamu nak balik bila?" soal datin laili pada anak dan menantunya itu.

" kami ingat nak balik arini jugak, lepas sarapan." kata Rezqin.

" ouh tak perlah nanti kamu berdua siap-siap lah,dah sekarang sambung balik makan."kata datin laili.

*|*|*|*|*|*|*|*|*|*|*|**|*|*|*|**|*|*

Perkahwinan Terpaksa (slow update)Where stories live. Discover now