Bab 14

8.8K 233 3
                                    

"Assalamualaikum, kak Mira ni dani ni. Dani nak tanya besok akak free tak?" tanya Rezqin kepada kakak saudaranya itu.sebaik saja habis makan malam tadi Rezqin terus mengambil keputusan untuk membuat panggilan dengan kakak saudaranya itu.

"waalaikumsalam,ye Dani.hmmm,besok?akak tak sure lah kenapa erk? dani nak jumpa akak ke?" jawab Amira dengan mengepit telefon bimbitnya dibahu sebelah kanan manakala kedua-dua tangannya sebuk membelik fail-fail diatas mejanya.

"aah,Dani ingat nak bawak akak jumpa someone besok." jawab Rezqin yang duduk di pondok dekat dengan taman halaman rumah bapanya itu sambil memandang ikan-ikan yang berenang di dalam kolam yang berhampiran dengan pondok yang didudukinya itu.

"apa kata besok dani datang je lah tempat akak,bawak SOMEONE yang dani cakap tadi." Amira sengaja menekankan perkataan someone tu kepada adik saudaranya itu,macam lah dia tidak tahu someone yang dimaksudkan Rezqin tu siapa.siapa lagi kalau bukan Qasrina,isterinya adik saudaranya itu sementara itu dia menyandarkan diri pada kerusi yang didudukinya sekarang.

"hahaha akak ni macam tau-tau je.okaylah kak kalau macam tu besok Dani bawak dia jumpa akak." jawab rezqin dengan gelak ketawa.

sementara amira berborak dengan adik saudaranya, pembantunya memberitahu bahawa masa untuknya  pulang kerana sudah terlalu lewat dan telah dijemput oleh suaminya, iskandar.

"okay lah dani kalau macam tu . eh! abang is dah tunggu akak ni kang merajuk pulak dia akak cakap fon lelama.hehe n besok kita jumpa kat tempat akak je okay.assalamualaikum."

"waalaikumsalam dan tolong sampaikan salam kat abang is tu" jawab Rezqin di corong telefon lalu menekan punat yang berwarna merah untuk mematikan panggilan tersebut.

amira sudah berumah tangga kira-kira setahun yang lalu dan Rezqin dengan Amira memang dari kecil rapat walaupun perbezaan umur antara amira dengan Rezqin hampir 10 tahun tetapi ke akraban diantara mereka berdua ibarat adik dengan kakak kandung.Amira lah yang selalu dihubungi dikala dia memerlukan tempat meluahkan hatinya yang luka dan lara. Segala rahsianya Amira tahu,dan masalah yang dihadapi oleh adik saudaranya pun telah diketahui olehnya selepas dia diberitahu tentang berita tangkap khalwat diantara qasrina dengan rezqin dan dia percaya yang rezqin tidak sesekali akan melakukan hal tersebut tanpa sebab.

------

Hmmmm,what should i do? Ya Allah, kau bantulah hambamu ini. Rezqin berkata di dalam hati sambil meraup mukanya dengan tapak tangan. Dia buntu dengan semua dugaan yang melanda dirinya dengan qasrina.

lama dia termenung memandang ikan-ikan yang berenang dalam kolam tersebut.sehinggakan...

" Dani" sapa Datin Laili kepada anak tunggalnya itu yang duduk termenung memandang kolam ikan dirumahnya itu.
Dia merasa simpati terhadap nasib anak tunggalnya itu.

"eh mummy" Rezqin tersedar dari lamunannya itu setelah merasa bahunya disentuh oleh seseorang dan orang itu adalah mummynya sendiri.

"dani buat apa kat sini sorang-sorang?jauh termenung "tanya Datin laili kepada anaknya itu.

"dani just ambik angin je mummy, kenapa mummy kat sini?qas dengan daddy mana?" soal Rezqin pada mummynya itu.

"Qas ada kat bilik katanya nak solat, daddy lak macam biasalah kat bilik kerja dia tu." jawab Datin laili kepada anaknya itu.Dia tahu anaknya itu dalam keadaan runsing dengan semua yang melanda.Dia hanya mampu berdoa semoga hubungan anaknya dengan menantunya itu mampu mengharungi liku-liku kehidupan.

"ouh" jawab rezqi rengkas sambil kedengaran keluar keluhan dari mulut anaknya itu.

"hmm,dani mummy nak cakap ni kalau malam ni dani tido sini jelah ye lagi pun dah malam sangat ni" soal datin laili pada anaknya itu.

"dani okay je mummy tapi hmmm qas tu okay ke?"

" ouh qas okay je mummy dah cakap gan dia awal-awal tadi.okaylah mummy nak masuk dalam dulu,dani ni jangan duk termenung lelama kat luar ni kay." pesan datin laili pada anaknya itu.

"baik mummy,good nite" jawab rezqin sambil mencium pipi mummynya itu.

******

Ya Allah, kalau ini lah dugaan yang kau beri padaku aku redha ya Allah. kau buangkan lah perasaan hasrat dendam dalam diriku ini ya Allah. hanya pada-Mu aku memohon dan meminta berikan lah aku kekuatan untuk mengharungi dugaan yang telah engkau berikan padaku.Aamiin. doa qasrina dalam hati selepas menunaikan solat isyak. Dia pasrah dengan semua ni dan lelah untuk terus menerus hidup macam ini. dia perlu bangkit dan cuba menerima takdir yang telah ditetapkan untuknya.

sementara itu ketukkan pintu menyedarkan qasrina ..

"tok...tok..tok.."

Rezqin masuk kedalam bilik dimana bilik yang didiami oleh qasrina pada waktu itu, dan dia melihat qasrina melipat sejadah dan telekung menunjukkn bahawa qasrina baru selesai bersolat.

Qasrina mula rasa kekok kerana selepas peristiwa dimana dia ditangkap dengan rezqin ini lah kali kedua dia dengan rezqin sebilik dalam suasana yang sunyi dan dalam pada itu rezqin pun merasakan hal yang sama.

Rezqin tidak tahu untuk melakukan apa dan mengambil keputusan untuk terus tidur dengan mengambil bantal diatas katil dan berlalu ke sofa yang terdapat didalam bilik tersebut.

Qasrina memerhatikan tindak tanduk rezqin semenjak rezqin masuk kedalam bilik tersebut dan dia mula rasa bersalah dengan semua kelakuan dia selama ini dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapi rezqin dia tidak mempunyai kekuatan lagi untuk bersemuka dengan rezqin.

Rezqin sedar yang qasrina dari tadi asyik memandangnya sahaja dan untuk mengurangkan rasa kekok antara mereka rezqin mula membuka suara.

"Qas,besok qas ikut saya ye." kata rezqin pada qasrina.

" hmmm" hanya itu saja yang mampu diluahkan oleh qasrina.Suaranya seakan susah untuk menjawab soalan rezqin tadi.

" okaylah saya tidur dulu,assalamualaikum nite qas". kata rezqin pada qasrina dan berharap qasrina membalas balik tetapi hampa apabila dia melihat qasrina terus berbaring diatas katil dan melelapkan mata sebelum membalas kata-kata rezqin tadi.

hmmmmm,qas kerasnya hati awak tu qas sampaikan nak jawab salam saya pun susah. keluh rezqin dalam hatinya dan lama kelamaan matanya mula membawanya beradu.

----------- Bersambung------

have a nice read😊 lepas baca jangan lupa vote tau hehe. 😁 n i cant, tuk tahan x nak post bab baru n nampknya hehe tadaaaaaaa new chapter huhu hope you guys suka bab kali ni😘

Perkahwinan Terpaksa (slow update)Where stories live. Discover now