Bab 41

4.9K 171 6
                                    

" abang, qas rasa tak sedap hati lah sejak dua menjak ni." adu qasrina padaku. Tangan kirinya bermain-main di jari jemari kananku sementara tangan kiriku sedang memeluk perutnya yang buncit. Posisi kami pada waktu itu dalam keadaan qas di sebelah kiri ku yang sedang memeluk perutnya.

" Kenapa qas cakap macam tu? ada yang ganggu pikiran qas ke? " soal aku pada qasrina untuk menanyakan apa yang membuatnya merasa sebegitu.

suasana sunyi seketika, pandangan mata kedua-duanya di lekapkan di hadapan television tanpa qasrina menjawab pertanyaan ku tadi.

" abang.." panggil qasrina yang tangannya masih lagi bermain di jari jemari kananku.

" ye qas." sahutku.

" abang, if one day kan kalau terjadi apa-apa dekat qas or qas dah tak ada kan, abang janji dengan qas boleh? " qasrina berkata padaku secara tiba-tiba.

aku yang mendengar kata-kata aneh dari mulut comelnya itu terus memusingkan kepalaku kearahnya dan melonggarkan sedikit pelukkan ku tadi yang duduk berdekatan di sebelah kiriku. " kenapa qas cakap macam ni? " aku berkata dengan nada yang sedikit meninggi. " abang tak suka tau qas cakap benda pelik-pelik macam ni. " sambungku lagi tapi kali ini kata-kata ku kembali mengendur seperti biasa apabila aku baru sedar yang kata-kata ku tadi sedikit meninggi yang telah menyebabkan qasrina menghentikan jarinya bermain-main di jari kananku.

" qas, sorry. awak tahu kan saya tak suka awak cakap benda-benda macam tu.saya tak sengaja tinggikan suara dekat awak." ujar ku pada qasrina tentang aku tanpa ku sengaja aku meninggikan suaraku terhadapnya.

Qasrina masih lagi tetap mendiamkan diri dan telah membuat aku lagi merasa bersalah kerana meninggikan suara padanya. " qas, maafkan rez ye? Abang tak nak qas tinggalkan abang, abang sayang sangat dekat qas tu sebab abang tak suka qas cakap macam tu." pujuk ku lagi.

" Qas cuma nak abang janji dekat qas boleh? " ujar qasrina soalan yang memula menyebabkan aku meninggikan suara padanya.

aku tidak tahu berkata apa lalu ku tarik nafas dan akhirnya aku hanya mampu menganggukkan kepala tanda ' IYA '

" qas nak suruh abang janji apa dekat qas? "

" betul ni? " soalnya padaku dengan muka yang sedikit ceria dari tadi.

" ye sayang "

" abang kena janji dengan qas, kalau ada sesuatu jadi pada qas abang kena jaga anak kita elok-elok,abang jangan cepat putus asa dan kalau abang nak cari penganti qas tak pe qas izinkan. " kata-kata qasrina begitu menyentap hatiku. Lidah aku kelu untuk berkata-kata apabila mendengar kata-katanya.Aku memandang matanya untuk mencari sesuatu tapi entah lah aku tak jumpa apa yang aku cari di sebalik anak matanya melainkan melihat matanya yang bertakung dengan-air yang menunggu masa untuk menitis.

" encik rezqin." panggil seseorang dengan mencuit bahu ku sedikit yang menyebabkan aku tersedar dari lamunan.

rupa-rupanya aku mengelamun pasal qasrina. Ya Allah, kau sembuhkan lah isteri hamba ya Allah. Doaku dalam hati.

" hah, ye nurse? " jawabku apabila baru ku sedar yang aku mengelamun seketika sementara qasrina diperiksa oleh doktor. keadaan ku kini sedikit berantakkan dengan study then nak menjaga qasrina yang masih lagi tidak sedarkan diri dan anaknya yang masih lagi dalam inkubator.

" maaf ganggu encik, tapi saya panggil dua tiga kali encik tak jugak sedar tu yang saya cuit bahu encik sekali lagi maaf. ouh ye tadi doktor yang merawat puan qasrina ada pesan yang ia ingin berjumpa dengan encik di ruangannya." ujar nurse tersebut sebelum berlalu dari ruangan bilik qasrina.

aku yang mendengar kata-kata nurse tadi terus melangkah ke bilik doktor yang telah merawat qasrina untuk beberapa hari ini.

Pintu biliknya ku bukak dan ku lihat doktor yang merawat qasrina sedang membelek-belek fail-fail yang aku rasa fail pesakit terutama fail pesakit yang bernama qasrina tanpa sedar akan kehadiran ku di pintu lalu ku ketuk pintu bagi menyedarkan doktor yang bernama atikah itu dari membelek failnya.

* tok!! tok!! *

ketukkan di pintu menyedarkan doktor bernama atikah itu lalu menperlawa Rezqin duduk di kerusi yang berhadapan dengannya.

" ye doktor, ada perkembangan terbaru ke tentang isteri saya? " soal rezqin pada doktor dihadapannya ini.

Nafas ditarik lalu dihembus. Doktor atikah membelek fail di hadapannya lalu berkata pada rezqin " kami dah periksa keadaan puan qasrina,buat masa ni kami tidak tahu berapa lama dia akan sedar atau pun kemungkinan besar dia akan mengalami koma. Kita hanya perlu menunggu dan melihat keadaanya kerana selagi puan qasrina tidak sedarkan diri selagi itu kami tidak dapat mengetahui keadaannya yang sebenar. Kami memang dapat mengeluarkan racun dalam badan puan qasrina dari terus merosakkan antibodynya tetapi kami tidak dapat mengetahui kesannya pada badan puan qasrina kerana side effect dari racun tersebut mungkin akan menyebabkan puan qasrina lumpuh atau sebaliknya."

rezqin tergamam dengan penerangan doktor atikah lalu matanya menatap doktor atikah untuk memastikan kata-kat doktor tersebut.

tergamam

" mak-maksud doktor isteri saya mungkin koma? dan isteri saya kalau sedar pun dia mungkin akan lumpuh? macam tu ke doktor? " soal rezqin dengan bermacam soalan. Dia terkejut.

doktor atikah hanya mengangguk kan kepalanya bagi jawapan rezqin.

" kami akan cuba sedaya upaya untuk merawat isteri encik kami harap encik berbanyakkan berdoa tentang kesihatan isteri encik." ujar doktor itu lagi.

" Ba-baik lah doktor, terima kasih." rezqin berkata lalu keliar dari bilik doktor itu dan kini kakinya melangkah ke ruangan bayi untuk melihat anaknya yang masih lagi dibawah jagaan rapi pihak hospital.

~~~~~~~~~~~~~

ok first for all saya nk cakap maaflah kalau bahagian ni ada yng salah yelah saya bukan budak bljr medic or bio hehe saya cuma bdk account je kalau nak srh saya terang psl bhgian account ni blh lah (kot)so saya tak mahir bab2 ni so saya harap kalau ada yang salah dimaafkan lah or tak logik ke apa an sekali lagi maaf ye hehe 😁

Perkahwinan Terpaksa (slow update)Where stories live. Discover now