Bab 22

7.8K 188 4
                                    

Sepanjang perjalanan ke rumah. Qasrina diburu dengan rasa bersalah. Dia takut kalau mummynya itu terasa hati dengan dia yelah bagitahu nak pindah balik rumah dia dengan rezqin secara mendadak dan pindah terus tanpa tunggu hari lain..

" Qas, kenapa ni?" tanya rezqin pada isteri di sebelahnya yang sedang memandu.

" hah? tak ada pape lah" nafi qasrina padahal hatinya sedang dilanda dengan rasa bersalah.

" qas jangan nak menipu saya boleh tak? saya tau ada yang tak kena.Cuba bagitahu saya apa yang buat qas macam ni?" soal Rezqin yang masih fokus dengan pemanduannya itu. Dia tahu yang qasrina sedang memikir sesuatu.

Namun,Qasrina mendiamkan diri tanpa menjawab pertanyaan suaminya.

^*^*^*^*^*^**^*

" assalamualaikum"
" assalamualaikum"
"Qas...oooo qas." panggil khal yang berada di luar pagar rumah qasrina dan rezqin itu. Di tekan loceng berkali-kali tapi tiada sebarang sahutan.

" khal, macam tak ada orang je ni. betul ke alamat awak ni?" soal khairul yang masih di dalam tempat duduk memandu. Dibukanya tingkap kereta sementara khalisya memberi salam.

" Betul lah. Saya dah try check banyak kali, nilah rumah dia." kata khalisya dengan bersungguh-sungguh. Di tunjuknya alamat rumah di telefon pintarnya kepada Khairul melalui tingkap yang terbuka untuk di perhatikan dengan lebih teliti.

"awak, jomlah kita balik. Panas lah." rengek khairul pada tunangannya itu. mukanya yang putih keputihan itu bertukar menjadi kemerahan akibat kena matahari yang dari tadi menunggu di luar rumah sahabatnya itu.

" awak ni, manja lah! ala tunggu lah sekejap.kita datang dari jauh tak kan nak balik dah?tunggu lah kejap" kata khalisya dengan tegas.

Haish, perangai macam budak-budak. panas sikit mula lah tu merengek. Tunang sapa lah ni. eh tunang aku jugak adoi... kata khalisya dalam hati.

Qasrina yang tidur di sebelahnya itu dipandang sekilas. Dia tak habis pikir apa yang menganggu pikiran isterinya itu. Daripada rumah mummynya lagi qasrina mendiamkan diri.

" eh, siapa tu." kata Rezqin pada dirinya sendiri.

^*^*^*^*^*^*

" Qas,saya nak tanya ni. Saya mohon sangat awak jujur dengan saya qas." kata Rezqin pada isterinya yang tengah menonton televison.

Qasrina yang sedang rancak menonton televison kesukaannya itu menoleh kearah Rezqin yang duduk di sebelahnya itu.

" hmmm, apa dia?" soal qasrina dengan nada yang pelik. Dipandangnya suaminya itu dengan perasaan yang pelik.Yelah tetiba je suruh dia jujur bagai.Angin mana tah takkan pasal khalisya datang tadi kot..

flashback....

"eh,siapa kat depan pagar tu? macam duk kenal je." kata rezqin.

Pada mulanya selepas beberapa jam duk menunggu namun tiada masih lagi tiada tanda-tanda bahawa qasrina akan pulang. Tetapi pada waktu khalisya ingin masuk ke dalam tempat duduk sebelah khairul dan khairul pun mula mahu beredar dari situ. Kenderaan Rezqin pun berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya itu.

" Eh khal, tu bukan kawan awak ke?" soal khairul pada tunangannya itu.

" aah lah wak, kejap erk saya check.saya macam kenal je." kata khalisya pada khairul. Khal menunjukkan lima buah jarinya tanda sekejap.Khalisya yang melihat kenderaan itu berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah tersebut segera keluar dari tempat duduk di sebelah khairul.
Rezqin yang melihat sebuah kenderaan berhenti betul-betul di rumahnya itu mengambil keputusan untuk menyapa kenderaan tersebut tanpa menganggu qasrina yang masih lagi terlelap di sebelahnya itu.

Perkahwinan Terpaksa (slow update)Where stories live. Discover now