Bab 38

787 38 9
                                    

"Baby, kejap ya."

Ardelia hanya diam ketika Zuhail menyandarkan telefon bimbit itu pada pen holder. Dia dapat lihat suaminya itu menarik laptop milik Yusra mendekat.

Baru sahaja dia nak bersuara, tiba-tiba pandangannnya terhala ke arah Yusra yang nampaknya sedang mencapai telefon milik suaminya.

"Hi Ardel, you tengah buat apa tu?" sapa Yusra sambil menilik latar belakang tempat Ardelia berada.

"Wah lepak lepak atas katil ya. Bestnya you... tak payah kerja kan?" giatnya sambil berpura-pura tersenyum manis.

Ardelia turut memaksa senyum. Dia tak tahu nak membalas apa kerana nampak sangat bunyi nada Yusra yang seakan mahu menyindirnya.

Yusra menukar kepada mod kamera belakang menunjukkan Zuhail yang sedang fokus pada laptop merah jambu milik Yusra. Dua saat sahaja skrin menayang wajah Zuhail sebelum kamera kembali bertukar ke mod kamera depan. Tertayang wajah ceria Yusra yang sedang menongkat dagu.

"I pinjam husband you kejap tau, I nak suruh dia ajar I buat analisis...boleh kan? Takkan you nak jealous kan?"

Zuhail panggung wajah. Dahinya berkerut.

"Bak sini balik phone I tu Yusra!" ujar Zuhail dengan nada sedikit bengang. Tangan dihulur untuk meminta telefon yang berada di tangan Yusra.

Yusra mengacah-ngacah. Sekejap di hulur, sekejap dia tarik balik telefon bimbit itu sambil tersenyum nakal.

Zuhail mula mendengus kasar.

"Jangan main main boleh tak Aina Yusra? You nak suruh I ajar buat analisis kan? Boleh fokus tak? Dari tadi lagi I suruh you betulkan part ni, tak siap siap lagi! Sini phone tu!"

Yusra buat buat gelak.

"Nah, ambillah balik...garang sangat you ni, nak gurau gurau pun tak boleh. Biasa boleh jer bergurau, mentang mentanglah wife call, terus sombong dengan I" usiknya sambil pbuat nada pura-pura merajuk.

Zuhail mula menjeling tajam. Mengarut sungguh! Telefon bimbitnya yang dihulur oleh Yusra dirampas kasar.

Zuhail tenung skrin.

"Baby sorry ya. Kejap tau baby...boleh kau tunggu tak?"

Ardelia angguk perlahan.

Zuhail sandarkan balik telefon bimbitnya pada bekas pen di meja sebelum memusingkan komputer riba milik Yusra ke arah gadis itu. Ardelia diam memerhati dari skrin.

"Ni, boleh tak you masukkan dulu data dekat bahagian 'yes or no' ni? Wife I dah tolong you kan haritu, takkan nak kemas kini data ni balik pun you tak boleh buat. I rasa dah lama tau wife I bagi dekat you file excel ni."

Yusra mula mencebik sambil matanya memfokuskan pada skrin yang ditunjukkan oleh Zuhail

Ardelia pasang telinga apabila Zuhail menyebut tentangnya. Dia jadi teringat semula pada file excel maklum balas responden pada kajian penyelidikan Yusra yang dia hantar dulu.

Nampaknya betul seperti yang dia agak, Yusra bodoh bodoh tunjukkan data tak kemas itu pada Zuhail. Dia cuba kawal riak muka yang hampir terlepas senyum sinis.

Kelakar sungguh si Yusra itu baginya.

"Ala... I sibuk lah sebelum ni, stress dengan kelas lagi, nak prepare bahan mengajar tutorial lagi, nak fokus research lagi. I ingatkan wife you tu dah kemaskan semua dalam excel. I dah suruh dia buat, wife you tu yang cikai buat kerja." kutuk Yusra selamba.

Ardelia kerut dahi sambil menggelengkan kepala.

"Jangan nak membongaklah Yusra. Wife I dah tolong you untuk bahagian responden dan maklum balas tu, dia nak pindahkan maklumag dari google form dengan kertas maklum balas dalam excel secara satu satu, takkan nak kemaskini data sendiri ikut kategori penyelidikan pun you nak suruh orang lain buat? Baik wife I je lah buat PhD kalau macam tu." sindir Zuhail.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now