Bab 17

417 20 18
                                    

Kediaman Tan Sri Aziz

Yusra melangkah menuruni tangga untuk ke ruang makan. Terasa lapar kerana kali terakhir dia makan adalah selepas dia sampai ke rumah dari lapangan terbang petang semalam.

Langkah diatur ke meja makan. Yusra nampak Tan Sri Aziz sedang makan di situ.

"Morning daddy." Ujarnya sambil mengucup pipi lelaki itu.

Tan Sri Aziz mengerling sekilas.

"Its afternoon now Yusra." Ujarnya pendek.

"Alaa daddy ni, Yusra jet lag lah."

Tan Sri Aziz mengangkat tangan, memberi isyarat kepada pembantu rumah untuk datang.

"Mommy mana?" Soal Yusra sambil menari kerusi untuk duduk.

"Salon, as usual on Saturday like this."

"Dengan gang gang mak datin mommy tu ke?"

"Iyelah kut daddy pun tak tahu."

Pembantu rumah datang mencedokkan nasi ke dan lauk pauk ke pinggan yang berada di hadapan Yusra. Air anggur juga dituang ke dalam gelas kaca. Setelah mendapat keizinan dari Tan Sri Aziz barulah pembantu rumah itu mengundurkan diri.

Tan Sri Aziz memandang ke arah anaknya yang sedang mula menjamah makanan di pinggan. Bunyi sudu garfu berdeting penuh elegan.

Setelah berpuas hati melihat 'table manner' si anak gadis yang pernah diajar dulu belum hilang, dia mula bersuara.

"Yusra, daddy nak you continue sambung PhD dekat UNM."

Yusra meletakkan sudu dan garfu nya di sisi pinggan.

Dahi berkerut.

"I masih kena sambung PhD lagi ke daddy?"

Sangkanya bila daddy dia panggil balik, dia tak perlu lagi hadap perihal akademik. Dia malas dan cemuh. Buat apa belajar bersungguh sunguh padahal kalau dia tak sambung belajar pun dia boleh hidup senang lenang dengan harta daddynya.

"Zuhail tu bakal tamat belajar, untuk tambat hati dia Yusra pun kena setaraf." Ujar Tan Sri Aziz serius.

Yusra mendengus. Dia dah penat nak kena guna cara itu untuk pikat Zuhail.

"I bolehlah cuba pikat dia tanpa guna qualification academic daddy, lagipun Mikayla tu dah kahwin, Yusra dah tak perlu nak bersaing dengan dia untuk rebut perhatian Zuhail."

"Pikat tu tetap perlu berjalan and sambil sambil tu you kena juga sambung belajar, kalau tak macam mana Yusra nak jumpa Zuhail?"

Yusra pandang wajah si ayah dengan riak tanda tanya.

"Dari apa yang daddy check, Zuhail tu banyak habiskan masa di fakulti. Jadi you kena sambung belajar juga untuk senang nak dekat dengan dia. Waktu tu lah you kena cuba rapat dengan dia, ambil hati dia. Minta tolong dia ajar ke. Pasal thesis PhD you tu you jangan risau, daddy akan cari orang untuk tu."

"Hmm Daddy dah ada supervisor yang sesuai untuk Yusra ke? I don't want like my old supervisor yang suka perli perli I padahal dia dah terima duit dari daddy."

"No worries pasal tu, there's one person dekat fakulti tu yang boleh tolong Yusra. Isnin ni you pergi jumpa dia."

"Tapi daddy, Zuhail tu fakulti sama dengan Yusra ke?"

"Nope, tapi fakukti Yusra bersebelahan dengan fakulti Zuhail. Tak perlu risau pasal tu, daddy dah aturkan segalanya. You just need to play your part."

Wajah Yusra berubah ceria. Dia tahu daddynya akan sentiasa membantu.

Enchanting YouNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ