Bab 23

454 24 6
                                    

Rumah Agam Tengku Zaid

Puan Sri Sharifah dan Mikayla keluar dari ruangan bilik Zulfa. Mikayla menutup perlahan pintu bilik untuk mengelakkan sebarang bunyi mengejutkan adik iparnya dari lena.

Di luar bilik sudah menunggu Tengku Zaid, Tengki Zarif dan Tengku Zuhail.

"Fafa okay ke?" Zuhail yang mula mula bertanya. Suaranya nada berbisik.

Lama tadi mama dan kakak iparnya berada di dalam bilik itu.

"Fa baru lelap balik. Dia tak sihat sangat tu. Suhu badan 38 degree. Penat sebab asyik mimpi kut, semalam pun dia nangis dengan kau kan...itu yang dia jadi tak larat pagi ni..." jawab Mikayla seraya mengeluh perlahan.

"Mika rasa perlu ke kita bawa Fafa pergi sesi kaunseling." aju Tengku Zaid pada menantunya memandangkan Mikayla sudah terbiasa.

Mikayla diam sejenak untuk memikirkan pertanyaan bapa mertuanya itu.

"Nak pergi sesi kaunseling tu tak ada masalah pun Mila rasa bah. Boleh juga check sama ada tahap trauma Fafa tu severe ke atau mild jer."

"Babah dengan Mama ada plan nak bawa Fafa pergi kaunseling ke?" soal Mikayla.

"Babah risau kalau biar lama -lama takut Fafa pendam sendiri. Okay ke kalau buat appointment dengan Dr Salwa yang selalu Mika jumpa dulu tu?"

"Boleh jer Mika buat appointment dengan dia, tapi kita kena slow talk dengan Fafa dulu pasal ni. Nak bawa untuk sesi kaunseling tu perlukan persetujuan tuan badan juga. Mika takut Fafa tak nak."

"Zaf pun setuju dengan apa yang Mika cakap tu. Tak semua boleh terima untuk dibawa jumpa psychiatrist."

"Kita tunggu dan tengok dulu lah untuk beberapa hari ni ma. Sementara tu rasanya boleh buat surat untuk Fafa cuti rehat dulu. Ɓiasanya pihak universiti nak surat tu kalau cuti lama. Lagi bagus kalau ada ada surat dari hospital." terang Zuhail yang sudah biasa dengan prosedur cuti pelajar universiti.

"Kamu boleh tolong sediakan surat tu Zuhail?"

"Boleh jer bah nanti Zuhail buat. Zuhail hantar ke UM pun tak apa."

.......................................

Fakulti Sains Matematik

Zuhail membukakan pintu pejabatnya luas luas sementara dia berdiri bersandar pada pintu.

"Haa, masuklah kalau tak malu..." selorohnya sambil tersengih.

"Tak, kitorang memang takde rasa malu..." balas Isyraf.

Jejak sahaja kaki ke dalam ruang pejabat itu, mata mereka terus meliar melihat sekeliling.

"Kemain bilik staff baru..." ujar Dayne.

Mereka berdua baru sempat nak melawat ruangan pejabat persendirian Zuhail setelah lelaki itu menerima jawatan sebagai pensyarah. Zuhail kini bukan lagi seorang teaching assistant sebaliknya seorang pensyarah baru subjek statistik bagi Fakulti Sains Matematik.

"Power kau Zus, kau belum hantar thesis lagi tapi dah ditawarkan jawatan pensyarah...belum grad PhD lagi orang dah kejar nak bagi kerja." puji Isyraf.

Zuhail tersengih.

"Ya, pihak pengurusan fakulti terpaksa cari orang untuk isi jawatan pensyarah baru sebab fakulti aku ni tak cukup tenaga pengajar tetap untuk subjek statistical math. Jadi Dr Rafizi suggest nama aku waktu dorang meeting JKHEA beberapa bulan lepas."

"Haah tak pelik pun lah lecturer yang belum dapat title doctor of philosophy." ujar Dayne.

Zuhail angguk.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now