Bab 26

490 28 6
                                    

Ardelia berdiri tegak di depan rak pelbagai jenis pakaian muslimah feminin di butik pakaian yang disyorkan oleh Arabell. Dia rambang mata sampai fikirannya jadi kosong.

Dia betul betul tak pandai.

Malah, dirasakan pakaian pakaian di butik itu tersangatlah tidak sesuai untuknya.

Arabell pula bagaikan berada di tempat paling menyeronokkan pada gadis itu. Sedari tadi hanya Arabell yang galak kesana kemari di segenap ruang butik. Tiada rak dan rail pakaian yang tidak diintainya untuk mencari pakaian yang sesuai buat Ardelia.

"Ardel!" 

Ardelia berpaling ke arah Arabell yang rancak menggamitnya.

"Sini!"

Dia melangkah mendekati Arabell yang sedang membelek satu jenis pakaian yang seakan-akan jubah tapi lebih feminin dan menarik dengan potongan bentuk tubuh yang lebih berbeza dari potongan jubah.

"Ardel pakai abaya macam ni pun cantik." ujar Arabell sambil menunjukkan pakaian itu. 

Tengok, Arabell siap tahu apa nama pakaian tersebut. Kalau tanya dia, sah dia hanya jawab jubah. Sebab dia memang tak tahu.

"Lawa sangat ni Bell. Sesuai ke dengan Ardel?" katanya perlahan sambil menyentuh lembut kain abaya yang ditunjukkan oleh Arabell. 

Cantik dan nampak sangat feminin.

"Ish, apa pula cakap macam tu. Ardel cantiklah lah kalau pakai apa apa pun."

Ardelia memeriksa tag harga.

Nak memilih pun kena tengok harga dulu. Gajinya bukan banyak mana.

RM120.

Dia mengangguk perlahan. Masih dalam bajet. 

"Baju macam ni sesuai lah untuk half formal setting."

Ardelia mengangguk faham sebelum menarik satu helai abaya hitam.

Abaya itu ditunjukkan pada Arabell.

"Hitam?" dia menyoal rakannya. Meminta pendapat.

Melihatkan warna pilihan Ardelia itu, Arabell laju menggelengkan kepala. Siap dengan lima-lima jari menolak pemilihan Ardelia.

"No no no. Ardel pergi waktu tengahari kan? Tak sesuailah hitam. Hitam kalau malam cun lah. Beli soft colour. Putih?" Arabell menarik Abaya jenis high density chiffon berwarna putih gading itu ke arah Ardelia.

Melihatkan warna itu laju laju Ardelia pula yang menggeleng.

"Over sangat lah kalau pakai putih Bell..."

"Cantik apa?"

"Tak boleh. Nampak terlalu lain macam."

"Pink? Purple?"

Kepala Ardelia tetap juga tergeleng geleng. Tangannya masih membelek setiap warna abaya yang disangkut bersusun.

Mata dan tangannya terhenti pada satu warna.

Berpaling ke arah Arabell yang berada di sebelah, gadis itu turut memandang ke arahnya sebelum mengangguk laju laju.

"Nude brown! Bell rasa sangat sesuai dengan Ardel. Tak terlalu menonjol, tak terlalu plain."

"Kan, simple tapi cantik."

Arabell menarik abaya nude brown itu lalu digayakan di depan tubuh Ardelia yang mula bergerak ke arah cermin panjang yang tersedia.

"Lembut jer rasa chiffon ni. Tak panas sangat."

Ardelia membelek abaya itu.

Abaya itu adalah abaya two pieces. Dimana bahagian outerwear adalah seperti cardigan sedikit tebal jenis kain luarnya, yang punya tali warna senada. Manakala bahagian dalam bertali halus pada kedua belah bahu.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now