Bab 16

499 27 10
                                    

Suasana dalam kereta terasa sunyi selepas Zuhail menutur ayat itu. Ardelia juga tak tahu nak memberi reaksi apa.

"Ardelia, kau tak perlu susah hati dengan setiap kata-kata aku. Walaupun aku tak bergurau dengan apa yang aku cakap dekat kau, tapi itu tak bermaksud kau perlu tergesa gesa untuk buat keputusan. Ambillah selama mana masa untuk kau fikir."

"Setiap kata-kata yang aku cakap pada kau ni hanya untuk kau tahu yang aku serius dengan semua ni."

Ardelia kekal diam.

Dia sebenarnya tak tahu nak balas apa. 

Zuhail kerling Ardelia di sebelah. Terasa menyesal rosakkan mood. 

"Shuttlebae, boleh tak kau senyum untuk aku?"

Ardelia yang menunduk tadi mula menoleh ke arah Zuhail.

Lantas satu senyuman badut dia hadiahkan buat lelaki itu. Dia pun tak suka rasa canggung yang bertandang jadi dia mahu kembalikan suasana ceria.

Zuhail tergelak.

"Amboi! 'Ikhlas' betul senyuman kau tu ya..." perli Zuhail. Lega tengok Ardelia masih mahu bergurau dengan dia.

Ardelia mencebir.

"Wahhh tengok tu sir banyaknya gua!" ujar Ardelia sambil tuding pada permandangan di luar kereta.

Mereka sudah tiba di kawasan Gua Musang.

"Itulah, bukan satu jer gua rupanya dekat kawasan ni." ujar Zuhail sambil mengerling sekilas ke arah permandangan di sisi jalan.

"Sir agak agak lah kan, kenapa tempat ni nama dia Gua Musang?"

"Sebab dalam gua tu banyak musang lah kut." laju Zuhail menjawab

"Hahahaha sir main bedal jer kan?"

"Aku mengaku aku tak tahu. Tak sempat nak ambil tahu. Hidup aku penuh fikirkan kau jer sekarang ni."

"Elehh... mana pergi Zuhail the Encyclopedia ni?"

"Zuhail yang itu cuti kejap sebab nak bagi laluan dekat Zuyik the sweet man nak lalu."

Ardelia gelak kuat.

"Bukan Zuyik the buaya darat man?"

"Hey jangan samakan aku dengan makhluk tu okay, aku ni setia pada yang satu."

"Uuu yakinnya kamu."

"Sebab aku yakinlah aku cakap macam tu."

Ardelia mencebir.

Zuhail jerling GPS pada skrin dahsboard kereta. Lagi 15 minit sebelum mereka sampai di stesen yang akan menjadi tempat berkumpul para hikers yang menyertai ekspedisi bersama mereka.

"Kita dah nak sampai dah dekat stesen kereta api."

Ardelia tepuk tangan.

"Tahniah sir kerana berjaya memandu sampai ke sini."

"Tahniah untuk kau juga sebab berjaya teman aku sampai ke sini."

Serentak tawa keduanya meletus.

.............................

"Simpan lah selipar tu, tukar pakai kasut yang aku beli semalam."

Ardelia membongkok untuk menarik kotak kasut yang diletakkan di tempat letak kaki kereta Zuhail.

"Seat tu kebelakangkan."

Ardelia panggung kepala pandang Zuhail.

"Macam mana?"

Enchanting YouWhere stories live. Discover now