Bab 19

444 18 4
                                    

Bilik Siswazah Fakulti Sains dan Matematik

"Tak datang pula Yusra harini?" tegur Aidil, salah seorang Teaching Assistant di fakulti itu.

Zuhail menoleh sekilas sebelum bahunya dijongket tanda malas ambil tahu.

'Bagus lah. Tak kuasa dia nak melayan.'

Zuhail berharap si Yusra tu seriklah untuk nak kacau dia sebab memang dia tunjuk jelas yang dia tak berminat mahu bermesra dengan perempuan itu.

Haritu waktu dia larikan diri, dia dengar cerita dari rakan-rakannya yang Yusra mengamuk. Nasib baik laptopnya yang ditinggalkan di atas meja tidak diapa-apakan. Kalau tak memang dia hempuk perempuan tu. Memanglah dia boleh membeli beribu laptop, tapi isi dalam hasil penat lelahnya itu tidak mampu diganti.

*Ting

Baru nak kembali fokus pada kerja, dia terima pesanan whatsapp dari Ardelia.

"Sir jangan order, saya dah order makan lunch untuk kita."-Shuttlebae

Zuhail kulum senyum sambil tengok jam digital di sudut atas skrin telefon. Baru pukul 11 pagi Ardelia cakap dia dah order makan. Nampak benar membohongnya. Ardelia sengaja bagitahu begitu sebab taknak bagi dia order makan lah tu.

Tak apalah, sekali sekala merasa cinta hati belanja makan. Biar Ardelia puas hati dapat bayar makanan untuk dia pula. Lagipun dia suka juga nak tahu Ardelia belikan makanan apa untuk dia.

Tengahari itu bila semua orang dah keluar pejabat barulah Zuhail menapak naik ke tingkat paling atas.

Tersengih bila tengok Ardelia dah siap hidangkan makanan dan bancuhkan teh o untuk mereka berdua. Comelnya lahai! Bila lah Ardelia ni nak jadi bini dia kan...

"Bakal isteri solehah sungguh aku tengok gaya kau ni..." tegurnya dari belakang.

Ardelia yang mendengar terus menoleh. Bibir dicebikkan. Pura-pura tak terkesan lah macam biasa. 

"Wow macam mana kau tahu aku nak makan nasi goreng paprik ni?" soal Zuhail terkejut melihat nasi yang sudah terbuka penutupnya.

"Sir ada cakap haritu kan..."

"Bila?"

"Aik? Haritu kan sir ada cakap dalam kereta." Ardelia garu kepala.

"Oh, iye eh, aku ada cakap eh? Lupa lah. Bila tengok muka kau mana aku nak ingat benda lain dah. Apa yang kau cakap tu lagi penting untuk aku ingat." seloroh Zuhail sambil menarik kerusi untuk duduk.

Ardelia menggelengkan kepala. Tak habis-habis.

Mereka duduk menjamu selera sambil tengok podcast. Kalini Ardelia tak buka podcast seram sebab Zuhail dah melarang. Jadi dia cari lah podcast yang kelakar.

Zuhail tenung lama wajah Ardelia yang sedang khusyuk mendengar podcast diselang selikan dengan suapan nasi ke mulut.

"Kau akan habis praktikal minggu depan ke?"

Ardelia panggung kepala sebelum mengangguk sambil kunyah nasi dalam mulut.

Zuhail mengeluh. Ardelia dah nak habis praktikal. Cepat sangat masa berlalu!

Banyak sangat benda yang terjadi dalam masa tiga bulan itu buat dia rasa gelisah bila waktu Ardelia berada dekatnya makin tamat.

"Habistu, lepas ni kau nak buat apa?"

"Kau dah fikir ke kau nak pergi mana?"

Zuhail risau tiba-tiba. Sekejap sangat tiga bulan yang dia ada bersama Ardelia. Dia jadi takut Ardelia akan pergi tinggalkan dia lagi.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now