Bab 9

306 20 3
                                    

Pusat pelajar, UNM

Zuhail masuk ke ruangan kedai fotostat itu sambil matanya meliar mencari kelibat Ardelia. Beberapa kali berpusing mencari barulah dia perasan Ardelia sedang membongkok mengisi kertas A4 di dalam tray mesin fotostat besar.

"Sibuk nampak" tegur Zuhail.

"Ardelia yang sedang membongkok, bangun berdiri dengan wajah berkerut.

"Oh, Sir kenapa datang sini?" soal Ardelia mendatar.

"Aku datang nak hantar ni." Zuhail angkat plastik yang dipegang.

"Apa tu?"

"Makan ni, aku bungkuskan kau nasi ayam, jangan skip makan. Kerja kerja juga, makan jangan skip." ujar Zuhail sambil dia letakkan bungkusan plastik merah itu ke atas para.

"Susahkan sir jer." makanan itu dijeling sekilas.

"Tak susah. Jadi makan jer tak payah fikir banyak."

"Okay saya makan, terima kasih banyak banyak sudi bawakan saya makanan. Tapi lain kali tak perlulah sir tapaukan makan untuk saya lagi."

Mati senyuman Zuhail.

Kenapa dia rasa suara Ardel sedikit tak ramah nadanya. Dia cuba buang rasa sangsi. Muka dimaniskan.

"No problem, Thesis kau dah nak hantar ke?" soal Zuhail, mahu memanjangkan topik perbualan.

"Belum lagi, baru dalam proses semakan."

"Sekarang dah week 10 kan? Bila due date nak kena hantar?"

"Before week 13."

"Oh, ada masa lagi. Lepastu kau ada presentation akhir ke?"

"Haah saya ada presentation akhir dalam minggu study week."

"Makin sibuk lah kau lepas cuti mid sem kan..."

Ardelia angguk kepala.

Melihat respon yang tak mesra dari Ardelia, Zuhail sedikit kecil hati.

"Tak apalah, sambunglah buat kerja kau, makan juga sambil-sambil tu. Habiskan. Aku pergi dulu." ujar Zuhail sebelum dia keluar dari ruangan kedai fotostat itu.

Berjalan menuruni tangga, Zuhail mengeluh berat. Entah kenapa dia rasa sedih.

Serasanya mereka lebih akrab sejak balik dari berkhemah dulu. Lepastu mereka siap boleh duduk makan bersama ketika dia join acara larian beberapa minggu lepas. Kenapa di hujung hujung semester ini Ardelia melayannya bagai nak tak nak sahaja. Kosong tanpa gula perbualan mereka.

Sudahlah mereka tak dapat selalu bertemu. Dia faham, mereka sama-sama sibuk, apatah lagi Ardelia sendiri yang merupakan pelajar tahun akhir.

Ardelia sudah semester akhir. Beberapa minggu lagi bakal tamat pengajian dan Ardelia bakal melalui kehidupan praktikal. Habis peperiksaan akhir nanti gadis itu pasti akan meninggalkan UNM.

Dia sebenarnya nak ajak Ardelia jumpa, sekadar nak berborak berdua, tapi gadis itu nampak benar sibuk. Habis shift di Arena, gadis itu akan terus pulang. Tak sempat dah nak main badminton sama-sama. Nampak sangat Ardelia nak jauhkan diri dari dia.

Dia pula akan ke Bangkok bermula minggu depan selama dua minggu lamanya. Makin lama lah dia tak nampak wajah Ardelia nanti. Dia nak bagitahu Ardel tapi Ardel nampak macam tak berminat nak bercakap dengan dia. Entah kenapa jadi begitu.

Dia sebenarnya nak cakap dekat Ardelia tentang pemergiannya ke Bangkok. Mana tahu gadis itu nak order ole ole dari Bangkok tapi cara layanan Ardelia tadi membantutkan niatnya.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now