Bab 12

275 17 3
                                    

Kafetaria LakeView

"Makan Sir." 

"Hai Sir."

"Good afternoon Sir."

Zuhail hanya senyum tipis sambil mengangguk kepala sahaja membalas sapaan pelajar pelajar yang mengenali dia. Sejak akhir akhir ini memang ramai penuntut universiti itu yang makin mengenalinya. 

Maklumlah semester itu, kelasnya makin bertambah gara-gara kejayaan semester lepas di mana tiada pelajarnya yang mendapat markah gagal dalam keputusan peperiksaan akhir. Jadi pihak fakulti menambah bilangan kelas yang perlu di ajar untuk kelas tutorial.

Terpaksa lah dia terima sahaja padahal dia tak mahu.

"Meletop letop kau sekarang Zus." usik Isyraf sambil tersengih-sengih. Suka dia dapat mengusik Zuhail. Zuhail mana suka diberikan perhatian sebegitu. Sebab itulah di UNM atau di Astana Group, identitinya tak terlalu menonjol kerana Zuhail lebih suka buat kerja belakang tabir. Diam-diam kerja dah siap.

"Haih, entahlah." keluh Zuhail. Dia bukan mahukan perhatian sebegitu pun. Jadi makin tak selesa dah untuk dia makan tengahari di kafetaria LakeView tersebut sebab pelajar pelajar asyik toleh toleh pada mereka. Nak berbual bangang bangang pun dah tak boleh. Kena jaga imej sebagai Teaching Assistant.

"Bell jadi ke sambung kerja dekat tempat dia praktikal tu?" soal Isyraf pada Dayne.

"Haah jadi. Khamis ni dia datang sini sebab nak hantar borang apa entah dekat pejabat hal ehwal pelajar." jawab dayne.

"Zus, kau masuk hutan tak hujung minggu ni?" soal Dayne pada Zuhail.

Zuhail menggeleng.

"Tak, Mika baru keluar hospital. Aku tak rasa nak masuk hutan dalam keadaan macam ni. Aku perlu ada dengan Mika. Kenapa kau tanya?"

"Tak adalah, aku ingat nak ajak kau pergi main badminton dekat Arena malam Sabtu. Kau nak join tak?"

"Taknak lah aku. Kepala aku dah cukup berat dah sekarang ni. Macam macam hal. Dah lah esok aku kena panggil pergi Pentadbiran. Serabut aku. Dan berbulan-bulan isu tak settle lagi. Dorang ingat aku hamak sangat ke dengan duit."

"Adoi, dorang still nak nego dana lagi ke? Haih, sebabtu lah aku nak ajak kau keluar peluh sikit malam-malam. Kasi relaks badan sikit. Kau aku tengok dari minggu lepas lagi dah serabut. Jom lah ikut kitorang. Bell tu dah rindu nak jumpa abang nombor tiga dia." ujar Dayne.

"Hmm, tengoklah nanti macam mana..." balas Zuhail mendatar. Satu sahaja sebab kenapa dia berat hati nak pergi ke Arena. Dia takut dia makin teringatkan Ardelia! Ardelia dan Arena adalah satu kaitan yang sangat besar padanya. 

"Eh, kau cakap Mika baru lepas keluar hospital, so polis akan tahan dia ke macam mana? Gila wei kalau kena masuk lokap." celah Isyraf.

"Tak, peguam Mika sarankan dia serah diri sebelum polis tahan. Lagi elok macam tu. Sebelum polis keluarkan waran tahanan baik Mika pergi jer balai untuk bantu siasatan."

"Betul jugak tu. So bila dia nak ke balai?"

"Mungkin esok ataupun lusa."

"Kau ikut?"

"Aku nak ikut, tapi si Zaf nak temankan. Aku rasa better juga Zaf yang teman. Tapi entahlah, Mika macam taknak cakap dengan dia pulak. Aku pun penatlah tengok dua orang tu."

Dia tak rasa nak bagitahu Dayne dengan Isyraf lagi yang Zarif memang perlu ke balai juga untuk serahkan sampel DNA bagi ujian DNA pada janin yang telah dijumpai oleh pihak forensik di dalam rahim Ailin. 

"So aku ganti Zaf dekat Astana for few days. Aku mungkin tak datang UNM sampai Khamis. Mungkin Jumaat baru aku masuk sebab aku kena jumpa Kak Intan." sambung Zuhail.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now