Bab 31

712 37 8
                                    

"Aku kenal."

Ardelia membalas renungan Zuhail. Wajah lelaki itu nampak biasa. Tiada riak asing selain dari tatapan lembut padanya.

"Oh, awak kenal? Ahh sebab awak dengan dia sama-sama teaching assistant ke?"

Zuhail meletakkan tapak tangan kanannya di atas kepala Ardelia.

"Taklah, Yusra tu just someone yang aku kenal sejak kecil due to her daddy yang agak rapat dengan Babah."

Ardelia diam mendengar.

Kenal dari kecil?

Hati kecil mula berdetak tak senang.

Mulalah dia nak terasa sesuatu dalam hati. Miss Yusra tu cantik orangnya. Macam model.

Tak mustahil lah dia jadi begini.

"Dia juga yang jadi plus one aku waktu Malam Gala Astana dan juga yang tumpang kereta aku. Ingat tak, aku ada call kau bagitahu ada orang nak tumpang tu? Yeah, itu Yusra."

Ardelia makin terkejut. Cuba disembunyikan rasa itu dengan pura-pura memberi tumpuan dengan cerita Zuhail. Air mukanya dikawal sebaiknya.

Tangkai hatinya mula dijentik rasa cemburu dan rendah diri. Secantik dan sepintar itu insan yang pernah berdiri di samping Zuhail. Pastinya bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengannya.

Zuhail menilik wajah isterinya.

Kedua belah tangannya mula menampung bahagian pipi Ardelia.

"Kenapa kau diam? Please say something. Jangan diam kalau kau ada sesuatu nak tanya. Tanya sahaja aku."

Ardelia mengangkat muka.

Mulutnya terketar mahu bertanya. Risau akan jawapan kepada persoalan dalam hatinya.

Wajah Zuhail direnung.

"Jangan senyap Shuttlebae. Aku tahu kau ada something nak tanya. Luahkan. Ask me." ujar Zuhail sambil diusap pipi Ardelia lembut. Mahu menenangkan hati isterinya.

Dia suami. Dia boleh agak betapa tak senangnya Ardelia ketika ini. Ada riak yang terlukis di wajah itu. Riak yang tak pernah isterinya itu tunjukkan sebelum mereka bernikah.

"Awak...awak pernah suka dia ke?" terpacul soalan yang dia cuba elak untuk tanya. Hatinya tak dapat menahan lagi.

"NO! NEVER!" laju dan keras Zuhail menangkis soalan itu.

Kedua belah tangan Ardelia dicapai dan digenggam.

"Aku sayang kau. Tak ada yang lain selain kau."

Tangan Ardelia dalam genggamannya di bawa ke bibir lalu dikucup dengan anak matanya masih merenung riak wajah si isteri.

Zuhail cukup risau jika Ardelia salah sangka dengannya.

"Aku tak pernah cerita dekat kau tentang identiti Yusra dulu tu sebab aku tak terfikir yang kau akan kenal dia. That's why aku just bagitahu tanpa cerita siapa orangnya. Bukan bermaksud aku nak sembunyikan. Aku tak akan sorok apa-apa dari kau. Kalau kau nak tanya apa-apa, just tanya. Aku akan jawab dengan jujur."

Hati Ardelia mula terasa lapang. Dia percayakan Zuhail, cumanya hati dia tu dia tak tahu kenapa. Mungkin kerana rasa rendah diri yang menebal dalam diri buatkan dia rasa begitu.

"Sorry. Saya percaya awak. Awak lelaki yang baik. Saya percaya suami saya."

Zuhail tersenyum lega sambil sebelah tangannya naik mengusap pipi Ardelia.

"Lagi? Please tanya. I want to clear everything with you."

Ardelia garu kepala.

Lain macam situasi ini. Zuhail ni siap mendesak suruh dia bertanya.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now