Bab 25

559 26 11
                                    

Fakulti Sains Matematik

"Harini kita lunch dekat luar tau. Tunggu dekat pintu belakang, aku ambil kau lepas habis kelas nanti Shuttlebae~" -My Zuyik

Mata Ardelia terkebil kebil membaca mesej dari Zuhail.

Seketika kemudian bibirnya menguntum senyum.

Faham dah kenapa nak makan dekat luar.

Mestilah sebab sekarang ni Waiz asyik menempel di pantri bila waktu makan tengahari.

Zuhail memang sudah tak betah dengan Waiz. Terang-terangan lelaki itu seperti mahu melancar perang.

Dia sendiri juga sudah mula menjarakkan diri dari Waiz. Perbualan juga terbatas hanya untuk hal kerja. Dia juga sudah tak berapa gemar dengan sikap Waiz yang nampak seperti memaksa.

Awal awal dulu lelaki itu tidak begitu.

Ardelia mengeluh perlahan.

Dia menaip jawapan balas kepada Zuhail sebelum kembali fokus pada kerja di skrin komputer.

........................................

Nak dekat pukul 1 petang, Ardelia dah mula tutup segala fail yang dia buka di skrin komputer.

Meja kerja turut dikemas ala kadar. Sekadar untuk tak nampak berselerak.

Dia bangun seraya menolak kerusi ke belakang.

"Del nak pergi mana kalut kalut kemas barang ni?"

Ardelia mengerling ke arah Waiz yang menegur.

"Oh, saya nak keluar makan lunch dekat luar hari ni."

"Eh, lah kenapa nak makan dekat luar? Waiz bawa bekal lagi harini. Ada juga bawa lebih kalau Del tak ada makanan untuk makan."

"No, it's okay Waiz, Ardel keluar makan dengan kawan kawan Ardel."

"Dengan siapa? Sir Zuhail tu ke?" laju Waiz menyoal.

Ardelia angguk, tak ada niat nak menyorokkan hakikat itu.

"Rapat betul ya Del dengan dia. Mula-mula Waiz ingatkan Del ni perempuan yang pandai menjaga batas, jenis tak melayan lelaki. Tapi bila dengan pensyarah muda tu boleh pula Del melayan." tegur Waiz dengan nada tak puas hati.

Ardelia jongket kening.

Apakes?

Ini yang dia tak suka ni. Sebok aje!

"Kenapa dengan Waiz, Del tak ramah macam Del dengan sir Zuhail tu?" tokok Waiz lagi. Mata mencerun pada Ardelia.

Ardelia mendengus perlahan.

Rasa macam nak jer dia bagitahu yang Zuhail tu boyfriend dia so Waiz tak payah nak sibuk sibuk hal dia lagi. Tapi memikirkan yang dia tak suka nak hebohkan hal peribadi jadi dia diamkan sahaja.

"Ardel dengan Zuhail memang dah lama kenal. And apapun yang Ardel buat, rasanya Waiz tak payah nak pening pening kepala fikir. Kita hanya rakan sekerja kan?"

"Del tak perasan ke yang selama ni Waiz suka Del?"

Ardelia ketap gigi.

"Wa—"

Bunyi nada dering panggilan telefon mematikan pergerakan lidah Ardelia.

'My Zuyik'

Ardelia senyum lebar sebelum menjawab panggilan telefon itu.

"My Shuttlebae, aku dah dekat parking belakang." 

Ardelia kerling jam.

Tepat tepat pukul 1.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now