Bab 5

407 18 4
                                    

Habis sahaja shift dia tadi, terus dia bersiap siap meregang otot badan. Gelanggang yang kosong mereka tuju untuk pertarungan mereka malam itu.

Berkobar-kobar Ardelia mahu menunjukkan kebolehan bermain badminton. Zuhail hanya tersengih melihat wajah Ardelia. Semangat sungguh!

Ardel pula yakin dia bakal menang tapi malangnya, setengah jam dia bermain, dia kalah straight set dengan Zuhail. Tercalar maruahnya bila melihat senyuman puas di wajah Zuhail.

Terkejut dia tengok Zuhail main malam tu. Macam ada pertandingan. Bersungguh gila.

"Shuttlebae, I'm your Zuyik from now on." ujar Zuhail sambil kenyit mata. Seronok mengusik Ardelia.

"Sir memang penipu kan?!" ujar Ardelia sedikit membentak. Dia tak puas hati walaupun terang terang Zuhail dah menang tadi.

Zuhail berkerut mendengar tuduhan itu.

"Aku tipu apa?" soal Zuhail dengan muka tidak puas hati.

"Sir cakap sir tak pandai sangat main badminton. Ni apa tiba-tiba hebat semacam?!" sela Ardelia geram.

Zuhail tersenyum senget.

Wajah mencuka Ardelia ditatap.

"Ada satu benda yang kau tak tahu pasal aku Shuttlebae..."

"Apa dia?" soal Ardelia pelik.

Zuhail kalih mata untuk menatap wajah Ardelia.

"Aku kalau nak sesuatu... aku akan bertambah semangat untuk kejar dan usaha sampai aku berjaya dapatkan apa yang aku nak tu." mendalam maksud Zuhail itu. Ada maksud tersirat dari ayatnya tadi.

Ardelia mencebik. Apa jer yang Zuhail tak boleh buat. Wujud ke orang hampir sempurna seperti Zuhail ni. Dia dengki.

"Eleh, poyo..." getus Ardelia perlahan tanpa sedar Zuhail dapat membaca ulah pergerakan bibirnya.

Zuhail tahan gelak. Ardelia tak faham maksud tersiratnya. Tak apalah. Awal lagi. Dia juga masih belum pasti benar tentang rasa yang bertandang.

"Jadi?"

"Apa?" soal Ardelia.

"Cepatlah sebut nama panggilan baru aku yang kita dah persetujui tadi tu..." ujar Zuhail sambil tersenyum.

Ardelia ketap gigi. Tak tersebut dia.

"Bencilah!" 

"Jangan cakap kau orang yang jenis tak tepati janji."

Ardelia menjeling.

"Sabarlah! Susah lah, lidah saya keras." bentaknya geram.

"Mana meh aku check sikit tengok keras ke tak." ujar Zuhail sambil mengacah mahu bergerak mendekati Ardelia.

"Eh, stop stop stop! Jangan nak dekat dengan saya. HARAM!" cuak Ardel sambil dia berundur menjauhi Zuhail.

"Nantilah bila saya dah ready saya panggillah..." 

"Okay no problem aku boleh tunggu, tapi no more Sir-sir okay dengan aku. Aku bukan lecturer atau tutor kau. Aku ni pangkat pangkat senior jer dengan kau."

"Balik nanti kau practice dalam bilik, sebut Zuyik Zuyik banyak kali biar lembut lidah tu." usik Zuhail lagi.

Ardelia mendengus.

Ergh memang tak lah!

"By the way, cuti sem dah mula minggu depan. Kau ada plan apa-apa ke? Atau kau nak balik rumah mak ayah kau?"

"Err tak, saya ada jer dekat sini. Kerja."

"Cuti mid sem pun nak kerja ke? Kau tak balik rumah?"

"Tak." jawab Ardelia tanpa berniat mahu memberi sebarang alasan kepada jawapannya.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now