Bab 24

600 26 17
                                    

Malam itu berselerakan benang spandeks hitam putih di atas meja belajar Ardelia di bilik sewanya. Telefon disandar pada dinding memaparkan tutorial mengait crochet bulu tangkis.

Ya, balik jer rumah tadi, selepas solat maghrib sementara menunggu Isyak dia terus mencari tutorial di youtube dengan harapan akan ada orang yang mengajarkan cara mengait bentuk seperti yang diminta oleh Zuhail Isnin lepas.

Semangat dia nak buatkan untuk Zuhail selepas yakin yang dia akan terus berada di situ bersama Zuhail.

Serasa nasib menyebelahinya, memang ada rupanya orang yang membuat crochet berbentuk bulu tangkis.

Setelah solat Isyak, dia mengeluarkan semua alatan mengait. Mujurlah dia masih ada lebiham benang spandeks putih, baki mengait daisy untuk bunga meja kerja Zuhail minggu lepas.

Mulut tersengih lebar. Bersemangat nak mengait bulu tangkis mengikut tatacara tutorial yang ditunjukkan di youtube.

Baru beberapa minit sibuk memintal benang, tangannya terkaku seketika. Dia baru tersedar yang dia hanya tersenyum sahaja sedari tadi. Rahang pipi terasa kebas gara-gara tersenyum tanpa sedar.

Senyumannya terus mati.

Mata dikerdipkan beberapa kali.

Baru tersedar hakikat yang dia sedang senyum sambil pintal benang spandeks itu dengan wajah dan sosok Zuhail berlegar legar di kepala?!

Setelah mendiamkan diri beberapa ketika, dia kembali mengukir senyum lebar.

Ditenung benang spandeks yang sudah dipintal. Tak hiraukan permintaan Isyraf dan Dayne, dia terus buat yang dipinta Zuhail.

Jelaslah sekarang, dia bukan setakat suka sahaja pada Zuhail.

Dia tepuk pipinya sendiri berulang kali.

Aduhai!

Dia memang dah jatuh cinta!

....................................

Fakulti Sains Matematik

"Zu-"

Terhenti mulut Yusra mahu memanggil jejaka itu apabila dilihatnya Zuhail menegur seorang perempuan bertudung yang sedang mengangkut kotak.

Beberapa saat kemudian kotak itu berpindah tangan.

"Perempuan mana pulak ni?!" desis Yusra bengang.

Diundurkan langkah kaki untuk menyorokkan tubuh di sebalik dinding.

Mata fokus pada dua sosok tubuh yang sedang berjalan beriringan melangkah ke pintu lif.

Zuhail nampak rancak berbual manakala gadis di sebelah Zuhail banyak tergelak dan tersenyum kecil.

Gigi diketap kuat dengan pandangan mencerun.

Seperti biasa, dia menilik gadis di sebelah Zuhail itu atas bawah. Bibir mencebir. Pakai tudung murah dengan baju kurung biasa biasa. Tengok kasut pun hitam kosong.

Euw!

Dia langsung tak risau. Gadis sebegitu bukan taste Zuhail.

Plain.

Tapi dia tetap hangin juga. Geram dengan Zuhail!

Zuhail kalau dengan orang lain memang elok sahaja bersembang! Kalau dengan dia, pandang pun tak mahu!

Adakah sebab dia terlalu cantik buat Zuhail jadi tak keruan?

Ada kemungkinan tak yang Zuhail sebenarnya takut nak bersembang dengan dia sebab risau terjatuh hati?

Enchanting YouWhere stories live. Discover now