Bab 8

386 23 3
                                    

Seminggu berlalu sejak dia pulang dari Gombak, Ardelia menjalani kehidupannya seperti biasa.

Pagi pergi kelas, tengahari jaga kedai fotostat, sambung pergi kelas, petang jaga grocery store, malam sambung part time di Arena, dan lewat malam baru sampai rumah.

Dia berbuat seperti tiada ada apa yang berlaku walau dalam hati berdebar debar memikirkan apa yang akan dilakukan oleh ahli keluarganya gara-gara dia ingkar arahan mereka.

Setelah dihantar pulang oleh Zuhail tempoh hari, dia menghidupkan telefonnya.

Bertubi tubi telefon bimbitnya diserang dengan notifikasi. Berpuluh puluh panggilan tidak berjawab, mesej whatsapp penuh dengan makian dari Afnan. Serta mesej whatsapp dari Adriana si kembar yang asyik menuduh dia anak tak sedar diuntung.

Ketika dia pulang tempoh hari pun, teman serumahnya memberitahu yang Afnan datang ke rumah. Abangnya itu marah-marah bila dapat tahu dia tiada.

Setiap mesej whatsapp yang diterima dia baca ala kadar sahaja. Tiada rasa mahu membalas.

Dia hanya ada sedikit sahaja lagi masa untuk diri sendiri. Nanti habis semester ni, dia tidak tahu apa lagi keperitan yang bakal menunggu di kampung halaman. Ada janji juga yang terpaksa dia tunaikan walaupun itu bukan kemahuannya.

Dia tertekan memikirkan baki baki hari yang dia tinggal sebelum semua kebahagian dia di situ bakal direnggut ahli keluarga yang tak punya belas ihsan.

.................................

Dataran UNM

Hari itu Ardelia menyertai acara larian Bubble Run yang diadakan oleh Jawatankuasa Kolej Kediaman. Dah tepu sangat dengan thesis dan kerja kerja alami sebagai seorang pelajar setelah tamat cuti pertengahan semeser, makanya dia mendaftar diri untuk menyertai aktiviti larian.

Tinggal lagi beberapa minggu sebelum tarikh akhir menghantar thesis dan minggu peperiksaan untuk semester terakhirnya. Dia bakal meninggalkan tempat itu. Tempat yang banyak merawat dan mengubat luka-luka lama.

Baki beberapa minggu yang tinggal ini akan dia manfaatkan sepenuhnya sebelum kebebasan akan kembali disekat.

Lagipula acara larian kali ini berbeza seperti acara larian yang biasa dia ikuti. Selalunya organisasi adakan acara larian dengan pelbagai tema tipikal seperti Colour Run, Water Run, Glow Run, dan Maskot Run. Semua itu dia dah pernah sertai. 

Glow Run paling lain sebab diadakan pada waktu malam dimana peserta dibekalkan dengan baju micro-fibre yang punya effect glow in the dark pada tulisan di baju serta 5 batang lightstick kecil yang boleh dilenturkan dan di pakai pada pergelangan tangan dan kaki.

Ardelia suka sertai acara larian yang berbeza tema selain dia juga mahu mengutip koleksi baju acara larian. Sambil lari otaknya akan relaks dan kosong. Waktu berlari lah dia akan jadi lebih tenang tanpa fikirkan masalah. Jadi bila tertekan dengan pelajaran, memang mukanya akan ada mendaftar menjadi peserta larian.

Biila dia dengar tentang acara larian Bubble Run itu minggu lepas, dia terus mendaftar walaupun sebenarnya hampir terlewat. Dia excited bila dapat tahu mereka akan disembur dengan buih buih putih yang menggunakan kebuk wasap sebab dia belum pernah tengok lagi depan mata. Selalu nampak acara larian di luar negara yang menggunakan tema itu.

Peserta sudah ramai yang berkumpul di kawasan dataran yang akan menjadi garisan permulaan untuk memulakan larian. Lagu lagu rancak kuat berkumandang di kawasan tersebut memeriahkan lagi suasana. Dia perhati sekelilingnya sambil membuat sedikit aktiviti pemanasan badan. 

Majoriti peserta yang merupakan pelajar universiti tak datang berseorangan. Ramai yang datang beramai-ramai dalam kumpulan atau datang berdua. Dia dan beberapa orang sahaja yang berseorangan. Ardelia lihat sahaja peserta lain sibuk bergambar dengan baju dan tag nombor masing-masing. Buih belum disembur lagi kerana menunggu perasmi tiba.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now