Bab 15

509 25 7
                                    

Rabu itu Zuhail kembali masuk ke fakulti. Walaupun dah jumpa Ardelia pada petang Ahad, tapi dia tetap rindu nak tilik Ardelia di depan mata. Tengahari itu dia turun makan di pantri bersama Ardelia. Dia tempah Nasi putih dengan tomyam campur dari aplikasi Food Panda.

Ardelia ni susah nak makan nasi sampai dia pun pelik kenapa, jadi dia terasa seperti pikul tanggungjawab untuk pastikan Ardelia makan nasi sekali sehari.

"Kau kenapa jarang sangat makan nasi? Tengok kau ni aku jadi confuse kampung kau dekat Terengganu ke dekat Itali. Kau macam kecik kecik dulu duduk negara eropah yang ada tepung gandum jer. Hari hari nak makan roti dengan biskut."

"Ish kuat bebel lah sir ni." Dengus Ardelia.

Bersebab kenapa dia jarang makan nasi. Dia ada memori pahit dengan makanan ruji orang Asia tersebut. Makanan yang digelar 'comfort food' padanya sejak kecil adalah roti.

Sebungkus roti Gardenia berharga RM2 lebih itu boleh kenyangkan dia dalam masa seminggu. Zaman sekolah dulu Adriana suka ambil wang saku yang dia dapat. Jadi dia selalu curi curi ambil roti gardenia dari rumah dah simpan dalam poket untul makan.

Sesekali senyap senyap paklong bagi dia wang saku yang dia simpan untuk beli roti gardenia sebungkus yang akan dia sorokkan di bawah katil.

Takkan dia nak cerita semua kepahitan itu dekat Zuhail?

Tak ada yang akan faham trauma zaman kecilnya yang dibawa hingga dia meningkat dewasa.

Zuhail tilik wajah Ardelia yang berubah mendung. Ada duka lampau di mata yang tiba-tiba hilang sinar itu.

Tiba-tiba sahaja Ardelia berhenti mengunyah bila Zuhail bangkitkan isu itu. Terasa menyesal pula dia.

Otak ligat berfikir nak cari topik yang menarik supaya Ardelia kembali ceria.

'Kayla! Yes, dia kena guna nama Kayla!'

"Shuttlebae, kau sejak bila minat Kayla?"

'Mika, aku terpaksa guna nama kau lagi, harapnya kau tak tersedak lah dekat rumah'

"Hmm? Kenapa tiba tiba tanya soalan tu?"

"Taklah aku cuma curious, macam mana yang kau boleh start minat dia."

"Hmm... rasanya sejak saya first time tengok drama yang Kayla berlakon. Masa tu saya tengah study dekat matriks. Kawan kawan sebilik ajak tengok dekat bilik tv. Drama tu sangat kena dengan jiwa saya. Saya rasa macam cerita tu kisah hidup saya...Saya masa tu kagum gila tengok Kayla bawa watak tu."

Dia jarang sangat dapat tengok tv. Dekat rumah mana dia boleh duduk goyang kaki depan tv. Jadi dia memang tak tahu menahu tentang dunia hiburan sehinggalah dia masuk matrikulasi.

Selepas dah tengok drama lakonan Kayla buat kali pertama, yang juga merupakan drama melayu pertama yang dia tengok dari episod satu sampai episod terakhir, dia jadi stuck dengan imej Kayla sehinggalah sekarang. Tak ada selebriti lain yang dia minat kecuali Kayla.

Bila dah ada telefon bimbit sendiri, hasil kumpul duit elaun yang dia dapat setiap bulan sebagai pelajar matrikulasi, dia mula menonton setiap drama drama Kayla yang lama-lama dimana ada peminat upload di youtube.

"Drama apa yang kau tengok tu?"

"Err- entah tak ingat dah..." dalih Ardelia. Tipulah dia tak ingat. Dia cuma taknak Zuhail tahu jer.

Zuhail memicing mata.

Ardelia macam nak menyorokkan hal itu dari dia.

Banyak benda lagi yang Zuhail perlu korek dari Ardelia tapi dia rasa dia perlu buat semua tu perlahan perlahan. Ardelia mungkin akan naikkan balik benteng jika dia terburu-buru.

Enchanting YouDonde viven las historias. Descúbrelo ahora