Bab 2

689 31 3
                                    

"Ni number phone Ardel, Bell dah minta izin dia dah untuk bagi dekat abang."

Zuhail tersenyum membaca pesanan whatsapp milik Arabell. Tangan laju menaip mesej balasan.

"Thank you, Bell."

Nombor yang dihantar Arabell dia tekan. Mahu menyimpan nombor gadis itu.

'Cik Raket'

Dia tekan profile gambar, kosong. Gadis itu pastinya menutup gambar dari dilihat pemilik nombor yang bukan dalam simpanannya.

"Hi, aku ni Zuhail. Save nombor aku." 

Mesej whatsapp dihantar pada nombor Ardel. Dia mahu Ardel menyimpan nombornya. 

Akhirnya! Pemilik kepada raket yang tersimpan di but kereta miliknya sudah dijumpai. Tidak menyangka gadis itu dekat sahaja dengannya selama ini. Housemate kepada Arabell, adik Dayne, sahabat baiknya sendiri.

Lama sangat menyimpan barang hak milik orang menyebabkan dia asyik terfikir fikir. 

Teringat tiga bulan lepas, sedang dia berjalan mahu ke kereta yang diparkir dibawah kawasan pokok merimbun, tiba-tiba ada seekor monyet berekor panjang muncul menyerangnya. 

Dia memang tahu kawasan belakang fakultinya itu habitat kepada si monyet hitam berekor panjang itu. Orang panggil lutong tapi dia tetap panggil semua yang sama jenis begitu dengan panggilan monyet sahaja. Tak reti lah dia nak bezakan mana lutong, mana monyet dan mana kera. 

Lantaklah monyet ke kera ke lutong ke, semuanya sama jer perangai!

Biasanya monyet tu tak kacau dia. Tapi hari itu, dia bernasib malang agaknya, elok sahaja seekor jatuh bertenggek di bahu. Dia pula waktu tu langsung tak perasan ada seekor binatang berbulu hitam itu sedang bertenggek di dahan pokok. Nasib baik tak melatah gara-gara terkejut.

Kaca mata hitam berjenama Celine yang dibelinya di luar negara itu sudah selamat di tangan monyet tersebut. Dia ingat lagi, gara-gara geram, dia menjerit memaki binatang tersebut. Tapi dan-dan waktu tu muncul Ardelia. 

Otak menerawang pada memori itu.

"Encik, kalau encik jerit jerit jer memang tak dapat lah encik. Monyet monyet sini jenis tak makan saman sikit." celah satu suara.

Zuhail berpaling ke arah suara tersebut. Dilihatnya ada seorang perempuan sudah mula mencangkung sambil membuka beg raket yang dibawa bersama. Satu raket berbingkai merah dikeluarkan dan satu tiub bulu tangkis juga ditarik dan dihulurkan kepadanya.

"Encik pegang ni dan bagi dekat saya, saya nak cuba pukul monyet tu dengan shuttle ni." ujarnya.

Zuhail berkedip beberapa saat. Masih cuba menganalisis apa yang mahu dilakukan gadis itu.

"Cepatlah encik." gesa gadis itu sambil menghulur tangan.

"Oh, kejap." ujar Zuhail sambil buru buru membuka tiub bulu tangkis tadi. Satu bulu tangkis diserahkan kepada gadis tersebut.

Dia nampak senyuman sinis gadis itu.

Gadis itu juga nampak berdendam dengan monyet monyet di situ.

"Kau siap kau..." dia dengar gadis itu mengguman perlahan sebelum mengambil posisi dengan raket dan bulu tangkis di tangan.

*Smash!

Kuat bunyi bulu tangkis mengena ke arah monyet yang berada di atas pokok. Tangan gadis itu menghulur ke arahnya kembali. Kali ini Zuhail sudah faham apa patut dia buat. Diserahkan satu lagi bulu tangkis dan sekali lagi gadis itu melakukan hal yang sama bertubi-tubi sehingga kaca mata hitam brandednya itu jatuh ke tanah.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now