Bab 4

392 16 3
                                    

Kawasan Gelanggang Badminton Universiti

Hari itu akan berlangsung perlawanan akhir bagi acara sukan badminton. Perlawanan pertama adalah acara beregu lelaki, seterusnya perlawanan beregu wanita, kemudiannya perseorangan wanita, beregu campuran dan yang terakhir adalah acara perseorangan lelaki.

Zuhail datang hari itu hanya kerana satu sebab sahaja. Mahu melihat Ardel bermain di final. Dia teruja. Tak pernah dia rasa teruja begini mahu melihat orang bermain badminton.

Dia menunggu di dalam kereta menantikan kehadiran Dayne, Isyraf dan Arabell yang turut datang mahu menyokong Ardelia pagi itu. Sebaik sahaja sampai meeka terus masuk ke kawasan gelanggang dan mengambil tempat duduk di ruangan astaka. Ramai orang harini melebihi dari jumlah semalam. Mungkin gara-gara final, lagi ramai orang berminat nak tengok.

Untuk perlawanan beregu lelaki Zuhail, Dayne, Isyraf dan Arabell tidak terlalu fokus. Mereka lebih banyak berbual sambil mengunyah jajan. Mata sibuk mencari kelibat Ardelia di kawasan kerusi pemain yang berada bertentangan dengan tempat duduk penonton.

Zuhail juga sibuk mencuri pandang pada Ardelia. Mata menyoroti Ardelia yang sedang berbual dengan Farin.

Tamat perlawanan acara beregu lelaki, urusetia memanggil peserta acara beregu wanita supaya bersedia. 5 minit masa diberikan untuk masing masing masuk ke kawasan gelanggang.

"Aaaa nak start dah!" ujar Arabell.

Zuhail juga turut menegakkan tubuhnya. Tangan sudah menepuk sesama sendiri untuk membuang sisa jajan yang dimakan tadi.

Dia pula yang berdebar melihat Ardelia dan pasangannya mula melangkah masuk ke gelanggang. Mereka bersalaman dengan Umpire dan Service judge sebelum turut bersalaman sesama pemain lawan.

Pukulan pemanas badan dimulakan dan diberi tempoh seminit. Ardelia dan Farin juga turut berbalas pukulan untuk menyesuaikan diri di gelanggang. Setelah seminit mereka mula mengambil tempat masing masing untuk memulakan perlawanan sambil menunggu isyarat dari umpire.

"Play!" laung Umpire menandakan perlawanan akhir beregu wanita itu telah bermula.

Servis pertama dimulakan dari pasangan Fakulti Kejuruteraan yang menjadi lawan Ardel dan Farin di pentas akhir itu.

Perlawanan bermula cantik dengan masing masing berbagi pukulan.

Awal awal pertarungan kelihatan seimbang cumanya pelajar dari Fakulti Kejuruteraan itu nampak lebih agresif pada perlawanan pertama hingga mereka mendapat mata pertama 21-16.

"Weh aku berdebar gila ni!" ujar Isyraf.

"Hebat siaa budak budak engineering tu. Takut aku tengok dorang serang Farin bertubi-tubi tadi." komen Dayne juga.

"Harap Ardel dengan Farin dapat score untuk second set. Cuak dah Bell ni." ujar Arabell sambil mengurut dada sendiri.

Zuhail pula hanya diam. Mata tak berkalih dari memandang gelanggang.

Perlawanan di set kedua dimulakan dengan pasangan dari Fakulti Kejuruteraan mendahului 11-7.

Namun begitu, Ardelia dan Farin tidak berputus asa. Ardel juga tak hiraukan apa-apa. Dalam kepalanya hanya mahu main dengan baik jadi dia kembali bersemangat mengejar shuttle yang dipukul pihak lawan.

Kesudahannya mereka berjaya menyamakan mata 15-15.

"Weh ni dah macam main taraf dunia dah ni. Jantung aku tak tenang!" ujar Isyraf.

"Woih kenapa tu?" tanya Dayne terkejut apabila Umpire menghentikan permainan.

"Pair engineering tu panggil medic..." keluh Zuhail.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now