Bab 3

415 19 0
                                    

Zuhail memandu tenang untuk masuk ke kawasan pagar depan universiti, memang kebiasaannya dia akan ke fakulti pada pukul 10 pagi. Dia ada kelas tutor pada pukul 11 pagi setiap Selasa dan Rabu. Petang pula dia membuka sesi untuk pelajar pelajar kepada supervisornya untuk datang bertanyakan soalan sehingga jam 4 petang sahaja. 

Hari lain dia khususkan untuk menyiapkan kajian ijazah kedoktorannya serta beberapa tugasan sebagai staf tenaga pengajar muda di fakulti.

Baru sahaja dia mahu membelok masuk, tiba-tiba dia nampak sign berhenti sementara. Dia membaca signboard halangan masuk itu. Rupanya ada event Run4Uni sedang berlangsung. Brek kaki di tekan dan dia menolak gear ke N. Ada polis bantuan yang bertugas menjaga lalu lintas jalan raya gara-gara event larian tersebut.

Sedang dia memerhatikan keadaan sekeliling sementara menunggu isyarat dari polis bantuan yang berada di hadapan, tiba-tiba dia terpandang sosok seseorang sedang berlari. Mungkin itu penyebab kereta dari arah laluannya perlu berhenti seketika. 

Dia memerhatikan peserta perempuan bershawl hitam yang memakai sport attire bersama kertas nombor di bahagian abdomen sedang berlari tenang dari arah bertentangan. Ritma jantungnya tiba-tiba berdetak laju apabila dia dapat mengecam sosok itu. 

Ardelia!

Ya Allah! Muncul lagi gadis itu di depan mata tanpa dia pinta.

Matanya terus terfokus memerhatikan larian si gadis. Melihatkan kepada escort bermotor di belakang menandakan gadis itu mungkin antara orang paling awal yang tiba di garisan penamat. Ardelia berlari masuk ke dalam kawasan simpang pagar universiti sehingga sosoknya hilang dari pandangan.

Terlampau asyik memerhatikan langkah gadis itu, Zuhail tak sedar polis bantuan tadi sudah mula memberikan isyarat untuknya bergerak. 

Bunyi wisel yang nyaring dari luar kereta menghentikan lamunannya.

Buru-buru dia menolak ke gear D dan mula memandu untuk masuk ke simpang. Otak masih separuh berkhayal.

Ketika sedang membelok masuk ke simpang, hampir sahaja keretanya naik ke atas pembahagi jalan kerana otaknya tak fokus kepada tindakan yang sedang dilakukan. Kepala asyik menerawang teringatkan gadis tadi.

Siot!

Terasa aib sungguh dengan tingkah sendiri yang tiba-tiba hilang fokus.

Lain macam penangan gadis itu. Kemunculannya sahaja bikin dia hilang konsentrasi. 

Dia beristigfar seketika sebelum memandu masuk ke satu kawasan lapang berdekatan dataran. Zuhail kemudiannya memberhentikan keretanya di sisi jalan. Mata menjeling ke kawasan dataran universiti yang menjadi garisan penamat untuk acara Run4Uni tadi. Tak menyangka langsung dia akan nampak Ardelia tadi. 

Lama dia duduk melangut memerhatikan kawasan dataran itu. Padahal kalau dari situ dia bukan nampak pun sosok Ardelia. Gadis itu sudah lama hilang di sebalik keramaian manusia di dataran tersebut. 

Gosh, kau dah kenapa Zuhail?

Tangan naik meraup muka sendiri.

Dia bersandar sambil menghela nafas kasar.

Otak menerawang mengembalikan figura Ardelia yang sedang berlari tadi. Nampak cantik dan sempurna di matanya. Jantung berdegup tak sekata. Macam dia pula yang join event larian tadi.

Bila difikirkan balik, Ardelia nampaknya hanya bermain sukan yang tidak melibatkan acara berpasukan. Fahamlah dia kini kenapa Ardel sangat sangat canggung bermain badminton secara berpasangan. Gadis itu memang betul betul selesa bersendirian, baik ketika memilih acara sukan yang mahu diwakili atau ketika membuat kerja part time.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now