53 °•Cavan×Luna•°

1.4K 129 15
                                    

Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala (dunia) itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala (akhirat) itu, dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.

(QS. Ali Imran: 145)

Matanya terkebil kebil memandang susuk tubuh Puan Atasia yang baru sahaja tiba. Fikirannya kosong. Tiada bicara yang meniti di bibir itu sejak tadi. Hanya mata yang ralit merenung Puan Atasia yang berada di sebelahnya.

Keliru. Sebenarnya apa yang terjadi kepada dia?

"Kenapa tenung umi macam tu?" Diam. Soalan uminya tidak dibalas langsung sebaliknya sepasang mata itu masih merenung wajah Puan Atasia.

"Ya Allah budak ni. Luna ni kenapa? Nak umi panggilkan Cavan?"

"Cavan?"

Berkerut dahi Puan Atasia dibuatnya, "Takkan baru masuk hospital dah lupa suami sendiri?" 

Luna terdiam. Jelas wajah bingung wanita itu.  

"Dia kan su-"

"Ada apa-apa yang jadi ke?" Suara itu lantas memotong percakapan Puan Atasia. Kedua-duanya menoleh pada susuk tubuh Cavan yang sedang mendekati katil hospital.

Puan Atasia mengeluh berat. "Isteri kamu ni, boleh pula lupa suami sendiri" 

Cavan terngadah sendiri lalu beberaoa saat kemudian dia ketawa kecil. Hatinya tercuit dengan wajah polos Luna.

"Sayang tak ingat abang?" soal Cavan tak percaya.

Bangun saja daripada tidur, Luna terus jadi begini. Persoalan itu disimpan dalam kota fikirannya. Nanti-nantilah dia bertanyakan tentang ini.

"Umi keluar dulu. Teranglah baik-baik dekat Luna ni." Usai menuturkan, Puan Atasia segera beredar pergi. 

"Sayang tak sihat? Demam ke?" Tangannya ditekap pada dahi Luna. Merasa suhu badan wanita itu. 

Hmm, tak panas pun. Hanya bibir wanita itu aje yang sedikit pucat daripada kebiasaanya. Mungkin faktor masih belum sihat sepenuhnya.  

Luna masih menutup mulutnya. Tidak mahu bercakap tetapi tangannya bergerak perlahan menyentuh setiap inci wajah suaminya. 

"C-cavan?" Percakapannya agak tergagap. 

"Ye abang ni. Kenapa dengan Luna ni? Something keeps bothering you, hm?" Juntaian rambut Luna diselitkan ke belakang telinga lalu pipi itu juga dielus lembut. 

Wanita itu dihurung sebak. Empangan air mata sudah hampir bocor.

"Luna tak mimpi kan?" Pandangan mereka bersatu mengalirkan rasa.

"Mimpi? Tentulah tak. Ini memang abang, sayang. Cavan Emerald Shah, suami sah Luna Oliver," jelas Cavan. 

Dia rasakan ada perkara yang menganggu fikiran Luna ini sekarang. Wanita ini seolah keliru dengan dirinya sendiri.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now