18 °•Cavan×Luna•°

1.9K 173 3
                                    

Suasana sepi mula menemani perjalanan mereka berdua. Selepas sahaja Cavan mengambil Luna di Uni,masing masing mengunci suara. Pandangan mata Luna sedari tadi hanya memandang pandangan di luar kereta. Cavan pula,sudah tak betah apabila merasakan Luna semakin dingin dengannya

Sejak balik daripada rumah mak dan ayahnya. Luna hanya senyap. Ditanya sepatah maka yang dijawabnya juga sepatah. Soal keluarganya,dia masih belum ceritakan pada Luna. Nampak gayanya,dia perlu ceritakan segera sebelum keadaan bertambah rumit

"Ehem..."

Luna masih tak menghiraukan Cavan

"Luna..."

"Cakap je lah apa yang awak nak cakap" uishh impressive. Ada peningkatan patah perkataan. Hahaha loyar buruk kau ya

Terlepas keluhan berat dari lelaki itu. Luna ni kalau marah agak menyeramkan...

Tanpa dipinta,jari jemari Luna yang diletakkan atas paha gadis itu dicapai lalu digenggam erat

Luna tersentak. Serta merta dia menoleh memandang Cavan

Cavan sempat mengerling Luna sekilas sebelum kekura tangan isterinya dikucup sekilas

Semakin tersentak gadis itu. Jantung mula memainkan irama

"Maaf sebab tak ceritakan hal sebenar. Saya janji malam ni saya ceritakan semuanya"

"A-awak---"

Cavan ketawa kecil. Bergetar suara Luna. Walaupun dia berasa malu melakukan perkara sedemikian, namun dia sebagai lelaki perlu bertindak terlebih dahulu

"Luna masih marahkan saya ke,hm?" 

Luna diam. Dia tak marah cuma rasa kecewa dengan Cavan. Lelaki itu tak berterus terang tentang latar belakang keluarganya.

Pada mulanya,dia pun terkejut apabila mendapat tahu Cavan anak kepada Tan Sri Mahkota Zakry Shah dan Puan Sri Mahkota Vera Shah

Nasib suami,kalau tidak dia dah lama hempuk lelaki itu. Berkerja sebagai pembantu rumah dengan alasan nak mencari pengalaman baru. Hotak. Tak cukup lagi ke mencari pengalaman dengan menubuhkan resort di beberapa buah negeri?kenapa pembantu rumah juga yang dia cari? Haih

Melihat Luna diam membuatkan dia semakin diasak rasa bersalah. Tanpa berfikir panjang,kereta diberhentikan di tepi jalan raya. Memandangkan jalan raya itu legang dengan kereta,agak mudah untuk dia memberhentikan kereta miliknya

Luna mula tak tentu arah. Cavan memang suka buat perangai spontan dia. Macam sekarang lah. Takde angin takde ribut,tiba tiba berhenti di bahu jalan

"Kenapa awak berhenti?"

Cavan hanya menghadiahkan senyuman manis. Tubuhnya dipusing menghadap Luna yang masih terkebil kebil itu. Tangannya naik menggenggam erat kedua dua jari jemari Luna

Luna diam tak berkutik. Dia masih hairan dengan tingkah laku Cavan

"Kenapa awak layan saya baik?" Soal Luna polos

Terhambur tawa Cavan

"Habis nak saya layan macam mana?"

"Kalau dalam novel,si hero kena tangkap basah dengan si heroin,mesti si hero seksa heroin. Cakap kasar lah,maki hamun lah"

Pecah tawa Cavan lagi. Perut yang terasa senak dipegang. Kaki novel betul isterinya sorang ni. Aduhai

Makin naik hairan Luna dibuatnya. Rasanya dia tak buat lawak pun

"Kenapa awak gelak?!" Rengek Luna. Masam mencuka wajahnya. Orang curious tahu tak

Tawa Cavan mula surut. Cavan mendekatkan jarak nereka. Dahi mereka bersatu. Luna tergamam. Jantung mula berdegup laju seakan baru sahaja memenangi perlumbaan marathon

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now