24 °•Cavan×Luna•°

1.8K 187 13
                                    

"Mana satu kailan ni?" Kepala yang berlapik hijab digaru.

Sawi dan kailan.

Dua dua dia tengok macam sama je.

"Tengok batang dia. Berbeza" saru suara menegur dari belakang.

"Apa yang bezanya?sama je saya tengok" jawab Luna

Cavan tergelak. Haih isteri aku ni.

"Belah kanan awak tu sawi,belah kiri tu kailan."

Luna mengangguk faham. "Ambil dua dua lah kalau macam tu." Laju dia meletakkan sawi dan kailan ke dalam troli.

"Ikut awak lah."

"Dah siap ke pilih barang dapur?"

"Sikit lagi. Beras tak ambil lagi. Kenapa?"

"Lapar..." Luna sengih.

Semakin hari sikap kebudak-budakkan dia semakin terserlah. Apalah nasib.

"Jom pergi ambil beras. Lepastu kita singgah makan."

"Ehh cup cup. Awak pergi ambil beras, saya pergi cari coklat. Tata" laju dia menghilangkan diri disebalik orang ramai.

"Ish dia ni" tergeleng Cavan dengan sikap Luna.

Tak sempat orang nak cakap lagi dia dah hilang dulu.

Nasib sayang.

Eh.

Nasib isteri.

Eh betul lah. Nasib sayang

Hahaha

Tangan dikibas menghilang debu tepung gandum. Matanya menilik barang untuk buat kek yang sudah diambil.

Tepung✓

Telur✓

Coklat✓

Esen vanila✓

Dan beberapa bahan lain sudah siap diambil.

"Settle..." Gumamnya

"Haii Cavan" seseorang menyapa riang

Lelaki itu mengangkat muka melihat gerangan yang menegurnya

"Rafa..."

Gadis itu senyum lebar. "Tak sangka dapat jumpa awak dekat sini."

Cavan senyum janggal. "Beli barang ke?" 

Eh tak lah, tengah beli otak manusia ni. 

"Haah. Beli barang sikit. Awak nak buat kek ke ni?" Matanya mengerling barang barang di dalam troli Cavan

Cavan mengangguk.

Bersinar sinar mata Rafa. "Teringinnya nak rasa kek awak."

Lelaki itu hanya senyum. Dia sendiri tak tahu nak balas apa.

"Awak masih cari barang ke?"

Cavan menggeleng. "Dah habis. Tinggal nak bayar je. Kenapa?"

"Teman saya minum,boleh?"

Cavan terdiam. Otaknya ligat berfikir mahu setuju ataupun tidak.

"Awak... boleh tak?"

"Cavan–" langkah Luna terhenti. Matanya tajam tertumpu pada pegangan tangan Rafa pada lengan Cavan.

Melampau.

Laju Cavan menepis.

Batal wudhuk aku. Balik ni sah kena samak.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now