48 °•Cavan×Luna•°

1.4K 150 17
                                    

Makanan hospital yang masih terletak di atas meja katil direnung tanpa rasa ingin menjamah. Perutnya berkeroncong lapar namun seleranya tiada. Mahu membuka mulut pun terasa berat yang amat.

Pintu wad dibuka daripada luar. Tanpa melihat pun dia sudah tahu gerangan yang menghampirinya.

"Abang ada beli roti yang Luna suka-" Punggungnya dilabuhkan di sisi katil berhadapan Luna sebelum bicaranya disambung, "Abang suap ya?"

Pembalut roti sudah dibuka separuh. Roti gardenia coklat itu disua pada Luna.

Wanita itu menatap kosong huluran roti tersebut. Lambat-lambat tangannya mencapai roti itu daripada tangan Cavan. Dia lebih rela makan sendiri daripada disuap oleh jejaka itu.

Berubah air muka Cavan. Tangannya melorot ke sisi. Nampaknya Luna makin berjauh hati.

"Esok Luna dah boleh balik... Awal awal pagi abang datang tau. Kelengkapan Luna nanti abang kemaskan." ujar Cavan. Berusaha mencari topik perbualan.

Luna masih diam membisu. Hanya mulutnya saja yang bergerak mengunyah makanan.

"Luna... A-abang minta maaf abaikan sayang. Abang betul-betul minta maaf. Abang lalai. Terlalu fikirkan kerja sampai abang lupa tentang sayang." Tangan Luna disebalik selimut digenggam erat. Menyalurkan rasa hati yang makin mengasak jiwa.

"Keluar. Saya nak tidur " Tanpa nada dia bersuara. Wajahnya dipaling daripada menatap wajah suami sendiri sebelum tubuh direbah pada katil itu. 

Diam membisu Cavan dibuatnya. Lambat-lambat kepala diangguk faham. Sabar Cavan. Biasalah emosi ibu mengandung tak stabil. Sudahnya, jejaka tersebut beredar tanpa sebarang kata. Dia cuba memberi masa pada Luna untuk bertenang. Salah dia juga Luna jadi macam ni... Nak tak nak, hadap sajalah.

             KELOPAK mata dipaksa buka apabila telinganya menangkap bunyi mesin ventilator. Tangannya bergerak memegang topeng oksigen yang dipakainya. Bau ini seakan familiar... Hospital. Tapi kenapa dia berada di sini? Apa yang terjadi? 

"Alhamdulilah anak umi dah sedar." Puan Atasia dan Tuan Ikram segera berlari kecil mendapatkan Luna. Tubuh gadis itu masih lemah. Mungkin kesan daripada tidur yang berpanjangan.

"U–umi... A–abi..." Lemah dia memanggil kedua dua orang tuanya.

"Ya Una. Kejap ya, abi panggilkan doktor." Tuan Ikram segera memanggil doktor yang merawat anak perempuannya. Bibirnya tak lekang mencarik senyuman lega. 

"Umi... Kenapa Una ada dekat sini?"

Puan Atasia terdiam. "Una tak ingat ke apa yang jadi?"

Luna menggeleng perlahan. Fikirannya kosong. Tiada satu pun memori sebelum kejadian melintasi fikirannya.

"Una kena langgar, sayang. Doktor sahkan Una koma. Dah hampir 2 bulan Luna terlantar atas katil ni." cerita Puan Atasia. Ubun anaknya dikucup lembut. Sungguh dia sangat bersyukur masih diberikan peluang menjadi seorang ibu kepada Luna.

Luna diam. Dahinya berkerut pelik apabila tersedar sesuatu yang hilang.

"Mana suami Luna?–"

Puan Atasia terdiam seribu bahasa. Keningnya bercantum sambil otaknya ligat memproses ayat Luna. 

"Suami? Una cakap apa ni? Una belum kahwin," terang Puan Atasia. 

Dia tak faham. Tiba-tiba sahaja anaknya menyebut tentang lelaki yang bernama suami. Sejak bila pula anaknya mendirikan rumah tangga?...

"Tak tak. Una dah kahwin. Dalam perut Una ni ada baby. Una tak tipu umi!" teriak Una sambil memegang perutnya yang masih kempis.. Tangan Puan Atasia digenggam erat. Berharap wanita itu akan percaya dengan kata-katanya.

"Ya Allah Una jangan macam ni." Puan Atasia sudah mula gelabah. Salah ke apa yang dia cakap? Allahhurabbi. 

"Umi percaya Una kan?. Tolonglah umi, Una nak Cavan. Una nak suami Una! Una nak suami Una, Dia baru je hulur roti pada Una tadi!" Gadis itu bagaikan hilang arah. Memberontak bagaikan anak kecil. Iv drip sudah hampir mahu terkeluar dibuatnya. 

"Astagfirullah Una. Istigfar Istigfar. Jangan macam ni." Puan Atasia cuba memeluk tubuh gadis itu namun kudratnya sebagai wanita tua tak mampu menandingi kudrat gadis itu. Luna kuat menolak sehingga dirinya tak mampu melakukan apa-apa. 

Dua orang doktor segera berlari masuk mendapatkan Luna. Tuan Ikram menarik isterinya mendekat. Bahu Puan Atasia diusap lembut menenangkan wanita itu yang sudah teresak menangis.

"Anak kita abang. Dia cari suami dia" ujar Puan Atasia sebak.

"Lepaslah! Aku nak suami aku! Aku nak Cavan!" bentak Luna. Dia cuba melepaskan pegangan tangan dua orang doktor wanita itu.

Jarum yang berisi cecair ubat penenang segera disuntik. Beberapa saat kemudian tubuh gadis itu mula melorot jatuh. Doktor Leya sempat membaringkan Luna sebelum kaki melangkah pada ibu bapa Luna. 

"Saya ada perkara nak cakap pada Tuan dan Puan. Mari... Tak sesuai bercakap disini."

Tanpa banyak soal, mereka terus mengatur langkah mengikut doktor tersebut dengan seribu tanda tanya. Harap apa yang bakal mereka dengar baik baik sahaja... Harap harapnya begitulah.

                 "SUKAR untuk saya sampaikan perkara ini sebenarnya. Saya harap Tuan dan Puan boleh terima apa yang saya akan katakan. Kesihatan anak tuan dan puan sudah makin pulih, cuma mimpi yang dialaminya membuatkan dia merasa mimpi itu benar benar terjadi di alam nyata. Mimpi Luna berkait rapat tentang kehidupannya sebelum dia disahkan koma. Tapi sebelum tu saya nak bertanya, anak tuan dan puan pernah menyukai seseorang ke?"

Puan Atasia terdiam sambil memandang Tuan Ikram. Lambat-lambat dia mengangguk mengiyakan pertanyaan doktor tersebut.

Ya, hingga kini Luna masih menyukai Mr. Emerald atau nama sebenarnya Cavan Emerald Shah. Tapi sayang, lelaki itu langsung tidak tahu tentang kewujudan Luna. Hidupnya sebagai seorang selebriti sukan membuatkan dia terkenal di kaca television dan juga di dunia luar.

"Mungkin apa yang dia mimpikan berkait dengan orang yang dia suka. Disebabkan itu, otaknya mencipta satu realiti hidup yang lain. Saya cuba bantu Cik Luna untuk pulih tapi dia juga perlukan sokongan daripada keluarganya sendiri. Kalau takde apa-apa saya minta diri dulu ya, assalamualaikum." Usai mengucap salam, doktor wanita itu terus mengangkat kaki pergi. Masih ada beberapa orang pesakit yang harus pantau selain Luna.

Kedua-keduanya membisu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk kembalikan semangat anak mereka. Dengan cara bagi kata-kata motivasi? Atau dengan cara membawa gadis itu jauh daripada sini?

Tuan Ikram menepuk lembut bahu Puan Atasia, "Jom solat dulu."

Tanya membantah, Puan Atasia hanya mengangguk mengiyakan.








Maaf sebab mengambil masa yang lama untuk update dan terima kasih kerana masih menunggu. Harap harap hampa boleh terimalah plot twist kali ini.

Kalau awak tanya saya, "jadi selama ni yang bersweet bagai hanyalah ilusi?" Jawapannyaa.... Next bab kita sambung.

Sorry kalau ada typo. Ada yang saya tak perasan.

Jangan lupa vote❤️

[C] ENCIK SWEETDonde viven las historias. Descúbrelo ahora