49 °• Cavan×Luna•°

1.9K 168 8
                                    

Pemandangan di hadapannya benar-benar menghanyutkan dia ke alam ilusi. Membiarkan pipi ditampar lembut oleh selendang dek kerana angin bayu yang menghempas bumi. Pelbagai carta imaginasi yang kembali terlintas di dalam fikirannya. Air mata dibiarkan mengalir tanpa rasa ingin disekat. Jiwanya kosong seperti mana hidupnya saat ini.

"My Luna will be my forever moon."

"Bulan abang..."

"Luna nak makan apa? Biar abang masak malam ni..."

"Nak ayam masak merah!" Matanya bersinar sinar merenung encik suami. Bibirnya tercarik senyuman lebar.

"Alright ma'am. Please have a seat. I'm  gonna cook for you." Lelaki itu tunduk separuh tubuhnya. Membuat gaya hormat pada seorang permaisuri hidupnya.

Mereka tersenyum bahagia. Dahi bersatu. Menyalurkan rasa cinta yang tak berpenghujung.

Air matanya mengalir lagi dan lagi. Berat untuk menerima apa yang terjadi. Semua itu hanya ilusi dan fantasi yang tak pernah terjadi. Antara dia dan Cavan, hanya dia yang mengenali jejaka polo itu. Tapi bagi Cavan? Dia langsung tidak tahu tentang kewujudan Luna. Peritnya rasa yang hadir ini. Sungguh rasa ini mencengkam jiwa dan merobek isi hati yang sedia lumpuh dengan hentakan emosi.

Tangan naik menumbuk dada. Kuat dan makin kuat. Dia benci pada diri sendiri. Benci. Rasa ini terlalu sakit hingga tak mampu menggambarkannya.

Sebak. Hati ini juga sebak setiap kali mengingati moment yang hanya tercipta oleh otak mimpi. Moment antara dia dan Cavan Emerald Shah.

"Sini abang suap. Luna ni dahlah keding. Taknak makan pula tu. Nanti bertambah keding isteri abang"

Mulut memuncung panjang. Dah boleh sangkut hanger rasanya. "Abang ni. Kutuk orang bukan main, dia pun sama je"

Terbahak Cavan ketawa. Pandai kenakan dia balik ya. "Mana boleh gemuk. Nanti takde perempuan nak dekat abang."

"Abang!" Meninggi suara gadis itu dibuatnya. Cavan ni memang nak kena!

Jejaka itu ketawa lepas. Puas mengusik isteri sendiri.

"Una. Abang ni." Memori tadi automatik terbang dibawa pergi. Matanya berlari ke arah pintu yang diketuk daripada luar.

"Abang masuk tau?"

Diam. Dia tak membalas panggilan abangnya.

Pintu biliknya mula terbuka dari luar. Langkah diatur mendekati adiknya yang duduk di beranda luar.

"Una. Una tak makan lagi harini. Jom turun makan." ujar Adam. Bahu adiknya disentuh lembut. Dia faham gadis itu masih remuk dengan ilusi yang menghentam dirinya. Tapi dia sebagai abang... sebagai keluarga pada gadis itu hanya mampu memberi sokongan dan menitipkan doa. Sebaliknya, Luna sendiri perlu menerima hakikat sebenar yang dia dan Cavan mungkin takkan pernah bersama.

"Una tak lapar" Luna bersuara namun tersangatlah perlahan. Suaranya bagai dibawa angin bayu.

Adam menghela nafas berat. Kerusi bangku ditarik berhadapan dengan adiknya lalu punggung dibawa berlabuh di situ.

"Ceritakan semuanya pada abang. I'm here. Abang akan jadi telinga Luna saat ini. Bagitahu abang apa yang Luna rasa. Bagitahu abang apa yang abang boleh buat untuk pulihkan Luna semula." Panjang lebar Adam memujuk. Jari jemari adiknya digenggam erat. Menyalurkan kekuatan pada gadis lemah itu.

Kepalanya ditundukkan daripada memandang abangnya saat ini. Dia tak pernah menangis di hadapan Adam jadi sekarang ini dia malu untuk menangis. Malu jika Adam melihat betapa hodohnya saat dia menitiskan air mata.

Dengan tangan yang menggeletar dia membalas rangkulan tangan Adam. Mata yang tadi menekur lantai dibawa merenung anak mata hitam Adam.

"S–suami Una. I want him, abang."

Adam membisu. Tak mampu membalas, sebaliknya dia setia mendengar luahan Luna.

"Cavan selalu buatkan Una rasa bahagia. Cavan masak untuk Una sebab Una tak pandai masak. Cavan suap Una dengan tangan dia sendiri. Cavan ikatkan Una apron. Dia ajar Una memasak. Dia cium dahi Una. Cavan ajar Una mengaji. Cavan rajin semak bacaan surah Una. Dia buat semuanya untuk Una. Dia sanggup buat apa saja dan sekarang macam mana Una nak terima yang dia hanyalah sebuah watak yang dicipta oleh otak mimpi Una sendiri. Tell me abang! Apa yang Una perlu buat. Una tak boleh lupakan dia. Setiap apa yang dia pernah buat, masih lekat di fikiran Una!"

Luna tersedu sedan menangis. Dia tak dapat menahan rasa pedihnya rindu yang tak berpenghujung.

Saat ini, dia lepaskan segala rasa sedih. Sudah tidak kisah tentang kewujudan Adam di hadapannya. Yang dia tahu, hatinya sarat dengan emosi. Menangis dan terus menangis. Nafasnya sesak dan terasa makin sesak. Tubuhnya bergetar hebat. Tak mampu melepaskan perkara yang telah berlalu pergi.

Ya Allah saat ini dia benar-benar jatuh. Jatuh dalam kegelapan yang diciptakan oleh fikiran sendiri. Jatuh dalam kepiluan hati yang sarat dengan emosi.

"U–una... A–abang..." Adam tak mampu berkata-kata. Dia sebak. Air mata lelakinya jatuh tanpa dipinta. Tubuh Luna terus ditarik ke dalam pelukan. Dia merasakan sakit yang sama dengan apa yang Luna rasa. Sakit.

"Una c–cuma mahukan Cavan. Tiada yang lain. Ha–nya dia." Tubuh Luna yang berada di dalam pelukan Adam semakin lemah. Matanya tertutup. Tiba-tiba dirinya dihambat rasa kantuk. Mungkin kesan daripada ubat tidur yang diberi oleh doktor. Tanpa menyoal lebih, tubuh gadis itu dicempung mudah oleh Adam lalu dibawakan ke katil.

"Sleep. Abang tahu Luna penat dengan emosi Una. " suruh Adam. Dia setia menemani Luna sehingga mata gadis itu mula terpejam. Lena.

              Derapan langkah seseorang mematikan lamunan yang kian mengusik fikiran. Kerusi pejabat segera dipusing ke hadapan semula. Terpampang susuk tubuh Uwais yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya dengan membawa ipad. 

"Kau tak keluar lunch ke?" soalan pertama yang meniti di bibirnya buat si jejaka itu. 

"Kejap lagi lepas bagi kau ni..." ipad itu dihulur pada Cavan. 

Kad jemputan ke majlis pembukaan restoran sahabatnya dibaca dengan penuh teliti. 

"Luth tak bagitahu aku pun pasal ni." 

"Memanglah. Dia suruh aku sampaikan pada kau. Esok pagi pembukaan ini berlangsung dan alang-alang tu dia buat kenduri kesyukuran sekali. Jangan kau hentam pakai blazer pula pergi sana. Memang aku halau kau balik." 

Cavan berdecit. 

Macam itu pembukaan restoran dia pula. Over betul mamat ni. 

"Kutuk akulah tu." tuduh Uwais.

"Pandai kau teka. Dahlah berambus. Pergilah dating dengan Cik Hannah kau tu." halau Cavan. 

"Eii tak pasai aih aku nak dating dengan minah dino tu." Uwais membuat mimik muka. Sehari tak bergaduh memang tak tenang hidup agaknya depa ni. 

Jejaka itu ketawa. Pantang sungguh orang kenenkan dia dengan si Hannah tu. Nak kata gadis itu tak segak, takdelah pula cuma Hannah suka membidas kata-kata Uwais. Itu yang buatkan lelaki itu anti dengan si Hannah. 

"Jangan anti sangat, takut kang terjodoh." Makin galak Cavan mengusik. 

"Terjodoh ke terbodoh?!" Uwais menjeling geram. ipad kembali dirampas daripada pegangan Cavan lalu tanpa sepatah kata, dia terus mengangkat kaki pergi dari situ. 

Menyakitkan hati aje duduk lama-lama dengan si Cavan senget ni. 

Jejaka itu ketawa lepas.

Aduhai kelakar. 













Maaf atas kekurangan. Biasalah saya manusia, selalu buat silap. Yang paling penting... abaikan typo. 

[C] ENCIK SWEETحيث تعيش القصص. اكتشف الآن