44 °•Cavan×Luna•°

1.7K 174 18
                                    

"Along, kau tak siap lagi ke?"

Beberapa kali pintu bilik Cavan diketuk bagai nak roboh. Katanya hendak membersihkan diri sebelum masuk waktu zohor tapi masalahnya dari pukul 12.30 hinggalah 1.15 pm batang hidung lelaki itu masih tak kelihatan. Beberapa minit saja lagi waktu zohor akan masuk. Dahlah dia belum makan tengah hari.

Kata Cavan lagi, sebaiknya menunaikan solat terlebih dahulu sebelum makanan tengah hari dijamah. Nanti bila dah makan rasa berat nak solat.

"Dah dah. Kau turunlah dulu." balas Cavan dari dalam bilik.

Hareez mencemik. Buat apalah lama-lama dalam bilik tu. Tadi dia yang beria nak solat berjemaah sekali.

"Okay." Segera langkah diatur berlalu dari situ. Tak betah nak menunggu lama-lama.

           "Aamiin ya rabbal a'lamin." Tangannya disapu ke wajah seusai doa dibaca. Tubuh segera dikalih pada Luna. Bibir sudah mencarik senyuman melebar sejurus matanya disapa wajah bersih Luna. Terlupa sudah akan adiknya yang masih berada di sebelah.

Wanita itu membalas senyuman Cavan sebelum kekura tangan suaminya dikucup penuh kasih. Sebagai balasan, Cavan mengucup lama dahi Luna.

"Ehem, aku dinding ke sekarang ni?" sindir Hareez buatkan mereka kembali ke alam nyata.

Luna tersengih malu manakala Cavan hanya tayang riak tidak berperasaan.

"Kacau lah kau ni." cebik Cavan. Dihulur tangannya pada Hareez. Lelaki itu hanya mengucup sekilas sebelum Cavan menarik tangannya semula.

Luna menepuk tangan kekar Cavan. Ada cakap gitu. Masalahnya dia yang malu.

"Apa? Betul lah apa abang cakap" ujar Cavan taknak kalah.

"Kau ni over lah long. " kutuk Hareez selamba. Wajahnya berkerut geli. Ceh gedik. Padahal dalam hati dah membentak sebab Cavan dan Luna buat adegan bergula.

Nanti bila dia kena balik Melbourne semula, dia nak cari awek mata biru. Tak kira!

"Jealous?" Sinis Cavan menyoal.

Hareez tayang muka menyampah. "Bermanja lah habis-habisan. Nanti kau ada anak tak boleh nak bermanja 24 jam dah." Sempat dia selitkan tawa.

"Ha cakap pasal anak, kau tak usaha ke untuk bagi bonda cucu?" Keningnya dijungkit menyoal abangnya.

Luna yang sedari tadi menjadi pendengar terus tersentak. Fikirannya mula memutarkan kembali kata-kata Cavan beberapa hari lepas.

Wajah Cavan jelas menunjukkan riak tak senang apabila isu anak dibangkitkan.

"Anak? Nanti-nantilah. Aku dengan Luna masing-masing belum bersedia nak pikul tanggungjawab" Balasan daripada Cavan sekali lagi menghentam hatinya.

Luna memandang Cavan dengan renungan tak percaya. Hatinya usah kata, sudah remuk seribu tatkala ini. Adakah itu yang Cavan fikirkan atau sebenarnya Cavan tak mahu dia mengandungkan anak lelaki itu?

Hareez mula rasa sebersalah. Eii mulut ni. Main lepas je cakap.

Yang abang dia ni pun satu, tak sedar yang kata-katanya membuatkan wanita itu terasa hati.

"Hm faham. Er aku keluar dulu lah long, nak pergi tandas. Tata" Tanpa sempat Cavan membalas, Hareez terus lesap dari pandangan mata.

Lelaki itu automatik tergeleng kecil. Kekadang dia sendiri pun pening dengan perangai adik dia yang sorang ni.

"Sayang... Sini, abang bukak telekung."

Luna tersentak daripada lamunannya. Terkebil-kebil sepasang mata itu menatap Cavan. Apa Cavan cakap tadi? Sumpah dia tak dengar.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now