4 °•Cavan×Luna•°

2.2K 199 40
                                    

Senyuman puas terukir di bibir. Nafas berat dihela. Sejak tadi dia mengemas bilik barunya dan sekarang baru siap. Penat. Bilik itu agak besar. Padahal nanti dia hanya menumpang solat dan mandi macam gitu je. Dia takkan tidur sini memandangkan rumah dia tak lah jauh dari rumah Tuan Ikram

"Dah siap kemas, Cavan?" Soal Puan Atasia

Cavan menghadiahkan senyuman manis sebelum membalas

"Dah puan."

Puan Atasia membalas senyuman lelaki itu. Terkadang dia sendiri tak percaya yang di hadapannya seoarang pembantu rumah. Terlalu kacak walaupun Cavan mengenakan cermin mata bulatnya

"Saya nak minta tolong awak ni,tolong ambil Luna petang ni dekat kolej,boleh?saya nak jumpa dengan Puan Vera petang nanti" ujar Puan Atasia

"Boleh je Puan. Nanti saya pergi ambil"

"Baik. Buat kerja elok elok,saya nak pergi dapur dulu tolong Bibik Suri masak" Puan Atasia mula mengatur langkah pergi

Cavan mengangguk. Faham.

"Semoga bonda tak cakap apa apa pasal aku" doanya

Kereta yang dipandu oleh Cavan berhenti di perkarangan kolej universiti. Cermin mata bulat yang berada di atas dashboard di ambil lalu Cavan memakainya. Sempat dia merapikan rambut seolah kelihatan nerd

"Reda je lah Cavan. Kalau tak tutup kekacakan kau ramai pula yang tergoda nanti" bisik hatinya

Dasar angkat bakul sendiri

Kaki melangkah keluar. Matanya meliar mencari kelibat Luna. Puan Atasia suruh dia mengambil Luna di hadapan dewan besar

"Psst, Luna tu bukan kereta your mum ke?" Soal Rafa

"Er ye tapi..."

"Assalamualaikum Cik Luna. Harini saya gantikan Puan ambil cik" terang Cavan

"Waalaikumsalam. Kenapa?"

"Puan Atasia keluar dengan Puan Sri Vera. So that's why I'm here"

"Oh okey. Jom balik..." baru setapak dia ingin melangkah,Rafa cepat saja menarik tangan Luna

"Kenapa?"

"A-aku tak tahu nak balik dengan siapa. Aku ingat kau nak balik dengan grab---"

"Lah,kenapa tak cakap awal awal. Jom lah balik dengan aku"

"Cavan,awak okey ke kalau hantar Rafa sekali?"

Cavan sekadar mengangguk. Segaris senyuman nipis di hadiahkan untuk Luna

Dalam diam,Rafa terpegun dengan lelaki itu

Omg,I think I'm already falling in love at first sight
.
.
.

"Terima kasih Cavan"

Cavan mengangguk. Dia membalas ucapan gadis itu di dalam hati. Biarlah dia nampak sombong pun. Nak buat macam mana,itu lah perangai dia yang satu itu,tidak suka beramah mesra dengan perempuan. Hanya orang tertentu sahaja dia akan bersikap friendly

Pedal minyak ditekan lalu kereta itu mula membelah jalan raya

5 minit kemudian,keduanya mengunci suara. Masing masing menentukan berdiam lebih baik. Namun,sempat lagi mata helang milik Cavan mengerling sekilas ke arah Luna yang sedang memandang pemandangan luar tingkap

"Cik Luna-- "

"Apakata awak jangan panggil saya Cik Luna,panggil saja saya Luna. Saya rasa akward bila awak panggil cik" potong Luna

Cavan tersengih

Sekarang ni kenapa dia pula yang rasa akward?

Aduhai

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now