17 °•Cavan×Luna•°

1.8K 152 2
                                    

Bonda memeluk tubuh sambil mata tajam memanah pada Cavan yang diam sejak tadi. Ayahanda pula mengurut pelipis yang tiba tiba saja berdenyut

"Sukalah tu malukan bonda dengan ayahanda?!" Suara petir wanita separuh abad itu mula kedengaran

"Awak!" Tegur Tan Sri Zakry tegas. Sempat dia mengisyaratkan mata pada Puan Sri Vera agar bersabar

Tan Sri Zakry menarik nafas dalam sebelum memulakan kata katanya

"Explain. Ayahanda nak dengar semuanya. Jangan tertinggal satu pun"

Cavan menghembus nafas berat sebelum memulakan cerita

"Sumpah Cavan tak tahu yang Luna sorang sorang dekat rumah sebab selalunya Bibik Suri akan ada sekali"

Sempat matanya mengerling Luna yang diam sejak tadi. Satu hal pula dia kena ceritakan pasal keluarganya pada Luna

Belum apa apa dah kantoi. Lepasni entah apa pula lah yang kantoi.

Ayahanda mengangguk faham. Bibir mencarik senyuman nipis pada Luna dan Cavan

"Benda pun dah jadi. Lagipun bukan salah kamu berdua. Takpe,ayahanda faham"

Puan Sri Vera hanya mengangguk lemah. Dah keputusan suaminya begitu,dia sebagai isteri harus akur. Mereka tak mintak perkara ini terjadi. Mungkin ada hikmah disebaliknya

Buat apa perlu menghukum jika semua ini sudah ditetapkan oleh Maha Esa

"Jadi bila nak buat majlis?bonda nak orang tahu anak bonda dah kahwin"

Spontan Cavan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dekat Luna pun dia belum explain lagi. Inikan nak buat majlis pula. Dia takut gadis itu terkejut je dengan semua benda ni. Terlalu cepat.

"Nantilah Cavan bincang dengan Luna. Lagipun tak boleh ke tangguh lama lagi? kami belum bersedia lah bonda" jawab Cavan bagi pihak Luna

"Tangguh?nak tunggu Luna bunting baru nak naik pelamin?!" bondanya sudah mencekak pinggang. Jelas kelihatan riak wajah tidak berpuas hati dengan jawapan si anak lelakinya

Cavan tersengih. Aduhai bonda. Kasihanilah kami. Dia perlukan masa untuk menguruskan semua ni. Sudahlah pasal Mr Emerald masih menjadi rahsia. Macam mana lah reaksi Luna agaknya lepas dapat tahu dia ni Mr Emerald?

Haihh pisyangg!

Jangan sampai isteri dia lari rumah sudahlah. Mahu meraung.

"Tak boleh tangguh tangguh. Bonda bagi masa korang fikir pasal ni. Dah lah bonda naik dulu. Sakit otak fikir pasal kamu berdua" seusai menuturkan ayat itu,dia terus beredar naik ke bilik

Tergeleng kepala Tan Sri Zakry dengan perangai isterinya. Dah tua tua pun masih keras kepala

Luna menggenggam erat tangannya sesama sendiri. Sejujurnya dia takut dengan bonda. Garang macam harimau. Rawrr

"Nanti pandai pandailah ayahanda slow talk dengan bonda pasal ni. Dia pula yang terlebih excited" lelaki itu ketawa kecil di penghujung ayat

"Dengar elok elok apa yang ayahanda nak nasihat ni. Dalam alam perkahwinan salah faham itu benda yang normal. Benda ni terjadi untuk menguji kedua dua pasangan agar bersikap matang dan berfikir secara rasional. Berbincang terlebih dahulu. Jangan pakai sembur je. Bertolak ansur dalam rumah tangga itu sangat perlu supaya rumah tangga kekal kuat dan kukuh.

"Walaupun kamu berdua kahwin bukan sebab cinta tapi ayahanda harap sangat Cavan dan Luna boleh mencintai antara satu sama lain. Duduk serumah,sebilik pula tu mustahil takkan ada rasa sayang walaupun sikit"

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now