51 °•Cavan×Luna•°

1.4K 120 5
                                    

Sejak kereta itu sudah membelah jalan raya, bicaranya tiada sepatah yang keluar. Sepi di antara mereka. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin kereta sahaja. Sesekali, Adam mengerling pada adiknya. Tidak tahu apa yang Luna fikirkan.

Sebelum datang ke rumah Luth lagi dia sudah agak yang Luna akan bertemu juga dengan Cavan. Dia tiada pilihan lain selain membawa Luna bersama. Rasa bersalah pula melihat keadaan Luna sekarang.

"Una, abang minta maaf. Abang punca fikiran Una makin kusut." Suaranya lembut menuturkan maaf. Hatinya tak tenteram apabila perasaan akan susuk tubuh Cavan yang membuntuti langkah Luna yang segera datang mendekat dengan dia tadi.

Dia tidak tahu jika dua orang manusia itu saling berkomunikasi ataupun tidak.

Jika ya, dia memang mencari masalah. Sudahlah Luna masih berharap dengan 'mimpi' yang kononnya realiti itu.

"Bukan salah abang pun," ujar Luna ingin menyedapkan hati abang sulongnya. Dia taknak jika lelaki itu juga terbeban dengan apa yang dia fikirkan.

Luna kembali merenung suasana luar. Memikirian masalah hidup yang makin mengasak minda.

"Hm... Hari graduation day Una bila?"

"2 minggu lagi. Erm, esok abang sibuk tak?" Perhatiannya sudah berkalih pada Adam yang sedang memandu.

"Tak kot. Abang cuti esok, kenapa?"

"Nak keluar cari baju kurung. Una rasa baju kurung Una yang lama dah tak muat nak pakai."  ujar Luna.

"Itulah lainkali makan tu jaga. Ini tidak, telan je semua benda itu yang baju pun dah tak muat." seloroh Adam.

"Hey! Berani kutuk orang. Abang pun sama je gemuk. Dia pun makan kalah gorilla" Luna memulangkan paku keras.

Nak kata orang, dia pun sama je.

"Eh amboi. Orang cakap pasal Una, bukan pasal abang ya!" Adam juga taknak kalah bertikam lidah dengan adiknya.

"Kesah pula Una" Lidahnya menolak dinding bibir. Geram. Ada cakap dia gemuk. Huh!

Adam ketawa lagi. Geli hati dengan Luna. Usik sikit je, bukan main melenting.

Haih, Una Una.

                   Hari yang mendebarkan akhirnya tiba. Seawal pukul 5 pagi lagi dia sudah bangun untuk menyiapkan diri. Usai solat subuh, Luna terus bersiap dengan mengenakan baju kurung kebaya sulam berwarna mint green dan dipadankan dengan tudung shawl labuh berwarna hazel brown. Wajah ditempek sedikit dengan foundation dan juga loose powder agar wajah itu tidak kelihatan pucat dan tak bermaya. Tak lupa juga sedikit lip matte berwarna pastel.

Perfect. Tidak terlalu tebal. Cukup untuk menaikkan seri wajah.

"Don't forget to smile, Luna. Today's your happiness day." Sempat gadis itu menitipkan kata-kata semangat buat dirinya sendiri.

Bak kata manusia, mulakan hari dengan perkara positif.

Tanpa membuang masa, jubah konvo termasuk juga topi dicapai sebelum beredar daripada bilik itu memandangkan perutnya sudah berkeroncong minta diisi.

Melihat Adam yang sedang menjamah sarapan pagi di meja makan, dia segera mengorak langkah ke arah lelaki itu. Kerusi kosong disebelah Adam ditarik lalu punggung dilabuhkan.

"Awal abang siap..." soal Luna seraya roti bakar diletakkan ke dalam pinggan.

"Of course. Karang lambat ada budak tu membebel pula." perli Adam.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now