41 °•Cavan×Luna•°

2K 167 14
                                    

Baju kemeja yang berwarna putih keemasan dikemaskan sebelum coat yang berada di atas kerusi disarung ke tubuh. Tak lupa juga jam tangan jenama Casio dililitkan pada pergelangan tangan kanannya.

Done. Sempat dia menilik sekilas tubuhnya dihadapan cermin sebelum beredar ke bilik yang menempatkan Luna.

Rasanya, Luna susah siap didandan oleh jurusolek. Haraplah muka isteri dia tak serupa badut.

Tap

Tap

Tap.

Rasa berdebar saat langkahnya berhenti betul-betul di hadapan bilik hotel Luna.

Sempat dia berdehem perlahan menghilangkan rasa gugup sebelum pintu bilik hotel itu diletakkan kad pengimbas lau pintu itu pun terbuka.

For today's reception... Luth dengan baik hatinya menyewakan bahagian hall Umica's Hotel kepada mereka secara percuma. Lega. Takdelah susah-susah nak cari dewan ke apa. 

Langkahnya terhenti apabila terpandang susuk tubuh yang sudah siap didandan oleh Kak Nita iaitu juru solek yang ditugaskan untuk menyiapkan isterinya.

"Ehem."

Luna tersentak. Segera mukanya dikalih pada gerangan yang berdehem. Sesaat senyumannya sudah kian melebar menghiasi wajah manis itu.

"Abang!" Teruja. Luna terus menghampiri Cavan.

Cavan juga tersenyum. Tangan kekarnya melilit di pinggang Luna. Sebelah tangan lagi sempat mengelus pipi gadis itu. She's damn pretty. Terpegun dia dibuatnya.

"You're so pretty, my little moon." Suara garau lelaki itu hampir membuatkan Luna jatuh mencair. Dia tersenyum gedik.

"Hehe abang pulak bukan main hensem. Hampir tak cam ni suami Luna." Usai menuturkan ayat tersebut, dia terus tergelak kecil. Lupa sudah keberadaan jurusolek yang masih belum keluar dari bilik itu.

Cavan juga ketawa kecil.

Alahai gediknya memasing.

"Ehem. Kak Nita keluar dulu ya. Taknaklah tonton drama romantik tak berbayar dekat sini." perli Kak Nita.

Kedua-duanya tersentak. Sengihan dihadiahkan pada wanita itu.

"Okay kak..." balas Luna. Wajahnya memerah menahan malu.

Tulah kau, gedik sangat. Kan dah kena. Huhuu.

"Dah ready?" soal Cavan. Dia tahu gadis itu sedikit sebanyak berasa gementar.

"I don't know" Luna menyandar di dada Cavan. Menenangkan perasaan risau dan gementar yang makin bertandang.

"It's okay abang ada. Abang takkan jauh dari sayang. Kalau sayang jatuh, abang yang akan sambut." ujarnya bernada usikan. Tapi, dia betul-betul maksudkannya.

"Abang nak Luna jatuh ke, hah?" marah Luna manja.

Cavan gelak lepas. Kesitu pula yang dia fikir. "Abang bagitahu je."

"Hm." Tubuh Cavan makin erat dipeluknya . Rasa nak saja duduk dalam bilik ni. Tak payah sanding-sanding bagai.

"Dekat sini pun kau orang sempat buat adegan bergula eh." tegur satu suara. Terus terlerai pelukan mereka.

Luna tayang sengih malu manakala Cavan mencebik geram. Kacau daun betul mamat ni.

"Sibuk jelah kau ni." balas Cavan.

Uwais angkat bahu. Tak kisah. "Maklong dah panggil turun. Tetamu pun dah ramai. Cepatlah. Aku tunggu dekat bawah." ujarnya seraya pergi namun, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Dia berpaling semula melihat pasangan itu.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now