15 °•Cavan×Luna•°

2.2K 180 5
                                    

"Abi pergi kejap je dengan umi. Una duduk umah ye. Bibik Suri ada,jangan risau" pujuk Tuan Ikram.

Kepala anak gadisnya diusap lembut. Tuan Ikram dan isterinya harus pulang ke kampung kerana tanah yang telah dijual oleh Tuan Ikram itu tiba tiba sahaja ada seorang lelaki yang mahu membeli.

Kalau diikutkan boleh saja membawa Luna sekali tapi anak gadisnya akan menghadapi exam final.

"Alaa tak boleh ke kalau Una nak ikut jugak?"

Bibir sudah memuncung panjang.

Jangan sampai dia meroyan dekat sini sebab nak ikut juga.

Menyusahkan betul.

Kalau itu Uni dia memang dia mansuhkan peperiksaan. Lantak kau semi final ke apa ke.

"Tak boleh Una. Ingat sikit Una tu nak exam!" tegas suara Puan Atasia

Luna mencebik manja. Ni taknak ni!

"Ye lah ye lah. Semua tak boleh. Yang pembeli tu pun sibuk nak beli sekarang kenapa?Tak boleh ke tunggu hari lain ke tahun lain ke. Huh!" Bebelan gadis itu mengundang tawa Tuan Ikram. Orang lain pula kena. Luna Luna

"Ish mulut tu. Umi cili kang baru tahu"

"Alaa umi---"

"Bising lah kamu ni. Dah lah umi dengan abi gerak dulu,jaga rumah. Kejap lagi Cavan datang,jaga perangai,jaga akhlak,jaga aurat. Duduk dengan Bibik Suri elok elok. Jangan ingkar cakap Bibik Suri. " nasihat Puan Atasia panjang. Sambil sambil itu tangannya mengusap lembut kepala Luna

Eleh umi ni

Macam lah dia budak budak lagi

Sepatutnya Adam juga ada menemani Luna,namun tiba tiba sahaja boss lelaki itu perlukan khidmatnya. Haih,cuti macam tak cuti

"Orang tahu lah umi. Luna bukannya kecil lagi" bibir memuncung panjang

Puan Atasia menggeleng melihat perangai Luna. Kebudak budakkan tak sudah. Haih nasiblah siapa jadi suami dia

                      Kerusi ditarik keluar lalu punggungnya dihenyak perlahan di atas kerusi itu. Telefon pintar di dalam poket dibawa keluar lalu skrin telefon dinyalakan

Uwais anak beruk
Kau kerja lagi ke?

You
Tak,kenapa?

Uwais anak beruk
Just nak inform kau yang next week kau kena pergi Sabah. Kau kena lawat tapak resort dekat sana

You
Kau pergi lah. Aku kerja

Uwais anak beruk
tak boleh.
lembaga pengarah nak kau turun sendiri lawat tapak tu

You
Tengok lah macam mana

Uwais anak beruk
No excuse. Mintak je lah cuti,apa susah

You
Nope. Sudahlah dah banyak kali aku minta cuti

Uwais anak beruk
bukan selalu pun. Please Cavan. Aku sendiri pun tak boleh turun tengok

You
Ye lah,nanti aku pergi. Emailkan date and tempat
Jangan lupa booking flights and hotel


Uwais anak beruk
semua dah settle,bro

You
Okey. Aku cau dulu

[C] ENCIK SWEETWo Geschichten leben. Entdecke jetzt