39 °•Cavan×Luna•°

2K 196 10
                                    

Matanya tertumpu pada tikar sejadah namun fikirannya jauh melayang memikirkan kejadian beberapa hari lepas. Apabila melihat kondisi Luna, sepertinya gadis itu sudah tidak marah tetapi, dirinya masih berasa was-was.

Jika disoal, elok saja Luna menjawab. Jika diusik, elok saja Luna memberi tindak balas. Selalunya perempuan merajuk bukankah siap taknak cakap lagi? Atau sebenarnya, Luna memang masih merajuk cuma gadis itu lebih memilih untuk pendam?.

Haih pening lah macam ni!

"Abang..."

Lelaki itu tersentak. Segera badannya yang sedang duduk bersila di atas sejadah di kalih pada Luna. Nampaknya, Luna sudah selesai menunaikan solat sunat qabliyah subuh.

Memandangkan itu adalah solat sunat, maka lebih adfhal jika dilakukan bersendirian.

"Dah lama ke habis solat? Maaflah, abang tak perasan."

"Baru je." Ringkas saja jawapan daripada Luna.

Cavan mengangguk lalu dia kembali mendiamkan diri.

Masing-masing mengunci suara. Entah kenapa berasa agak kekok. Walaupun mereka hidup bersama, namun baginya ada saja yang tak kena semenjak dua menjak ini.

"Luna..." seru Cavan.

Gadis itu terpinga seketika.

"K-kenapa?"

Cavan diam tidak menjawab, sebaliknya dia mengubah tempat duduknya di sebelah Luna.

"Eh- abang?" Luna berkerut hairan.

Tangan lelaki itu baru saja hendak mencapai tangan isterinya namun, Luna lebih pantas menarik. Berubah air muka Cavan.

"Luna nak tunggu subuh." ujar Luna.

"Sayang ambillah air wudhuk lain" Jari Luna dicapai lalu bercantum dengan jarinya. Sesekali kekura tangan Luna dicium.

Wajah Luna mencuka. Cavan ni!

"Abang nak tanya ni..." Cavan mengantung bicara sebelum dia kembali menyambung

"Luna masih marahkan abang?"

Luna terdiam. Perlahan-lahan tangannya ditarik daripada genggaman Cavan.

"Luna pergi ambil air sembahyang dulu lah. Dah nak subuh ni." Dia cuba mengelak daripada menjawab soalan yang diajukan oleh Cavan.

"Luna, jawab soalan abang." Cavan bersuara tegas. Tangan Luna kembali ditarik ke dalam genggaman. Tak mahu melepaskan gadis itu pergi.

Luna kelihatan teragak-agak untuk menjawab. Dia menghela nafas berat sebelum dia memulakan bicara.

"Ya, Luna masih marahkan abang. Sehinggakan Luna nak tengok muka abang pun tak sanggup. Tapi Luna masih isteri abang. Berdosa kalau Luna buat macam tu." Suaranya kian rendah di hujung ayat.

Wajahnya tunduk merenung tikar sejadah. Tidak betah hendak bertentang mata dengan suaminya.

Cavan tersenyum kelat. Tubuh Luna segera ditarik ke dalam pelukan. Belakang tubuh Luna digosok lembut. Dalam beberapa saat, pelukan kembali dileraikan.

"Abang minta maaf" ucap Cavan ikhlas. Dagu Luna dipagut lalu sepasang mata berwarna coklat itu terkebil-kebil menatap Cavan.

"Kalau abang bagitahu Luna lebih awal, mesti Luna takkan kecewa. Tapi, abang takut. Abang takut Luna pergi dari abang. Abang takut Luna tak boleh terima abang. Sebab itu, kalau boleh abang nak simpan sampailah abang betul-betul yakin untuk bagitahu pada Luna." terang Cavan panjang lebar.

"Nampaknya kalau Luna tak masuk bilik tu, sampai kesudahlah Luna tak tahu kan?" Tiba tiba dia rasa bengang dengan Cavan. Nak tunggu keyakinan lelaki itu silap-silap sampai tahun depan belum tentu keyakinan itu muncul. Huh.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now