8 °•Cavan×Luna•°

1.8K 168 11
                                    

Langkah malas dibawa ke bilik air.
Sebelum itu sempat tangannya mencapai kain tuala berwarna biru. Setelah 45 minit mengambil masa untuk membersihkan diri,dia keluar semula dengan tuala yang dililit separas pinggang. Tubuh kekar lelaki itu jelas kelihatan pada cermin di hadapannya. Rambutnya yang masih basah disauk ke belakang

Almari pakaian dituju. Tak menunggu lama,sehelai baju kemeja putih yang sudah di iron dicapai. Tak terkecuali juga seluar slack hitam. Setelah siap berpakaian,tali leher berwarna kelabu terus diambil. Laju kakinya turun ke tingkat bawah mencari Puan Sri Vera 

"Bonda..." seru Cavan. Mata coklatnya meliar mencari susuk tubuh Puan Sri Vera

"Bonda..." sekali lagi dia menyeru Puan Sri Vera

"Mr Emerald,Puan Sri ada di taman belakang" ujar pembantu rumah yang bernama Laila

Cavan menunduk melihat Laila di hadapannya. Rasanya tinggi Laila hanya 155 cm. Sebab itulah dia perlu menunduk sedikit melihat gadis itu

"Bonda buat apa dekat sana?" Soalnya pelik. Setahunya,taman mini yang disediakan hanya dibahagian hadapan rumah. Disitu juga terdapat pelbagai pokok pokok bunga yang ditanam oleh Puan Sri Vera

Laila mengjongket bahu tanda tidak tahu

"Takpe lah. Awak pergi sambung kerja..." Arah Cavan. Selepas saja menuturkan arahan itu,dia terus berlalu kembali mencari ibundanya

"Bonda..." Cavan menyeru bondanya apabila ternampak susuk tubuh wanita tua itu yang sedang memegang pelan di tangan. Hal itu menimbulkan kerutan di dahinya. Hairann

Takkan nak bina sebuah rumah sebelah rumah dia kot?

"Awal kamu bangun,nak pergi kerja ke?"

"Ye bonda. Uwais suruh datang resort"

Puan Sri mengangguk kecil

"Bonda buat apa dekat sini?" 

"Bonda nak decorate belakang rumah ni,nanti ayahanda nak buat taman bunga"

"Habis taman bunga yang dekat depan halaman tu?"

Kadang kadang dia sendiri pelik dengan sifat ibu ibu ni. Kalau boleh pokok bunga nak ada sekeliling rumah. Selagi tak puas hati, selagi itulah pergi kedai bunga tu

Ditatang bagai minyak yang penuh.

Macam silap anak pula

Orang tatang bagai minyak yang penuh dekat anak sendiri tapi ini terbalik

Seratus peratus attention diberikan kepada pokok pokok bunga

Hesy entah lah. Tak paham aku

"Yang tu ayahanda nak jual sebab dah lama. Yang belakang ni bonda nak jaga,sebab tu nak buat yang baharu" 

Cavan mengangguk faham

'Yang kamu datang sini kenapa?kata nak pergi resort. Kang kotor baju kemeja tu" 

Cavan tersengih sambil menghulurkan tali leher yang diambilnya tadi kepada bonda

"Tolong.."

Bukan taknak ikat sendiri eh. Cuma menyusahkan nak kena melilit bagai

Sucks!

Bonda ketawa kecil. Tali leher itu dicapai tangan ligat melilitkan di kolar kemeja putih yang dipakai oleh Cavan

"Nampaknya tak lepas lagi kamu nak kahwin ni. Ikat tie pun tak pandai lagi" bonda memulakan mukadimah bebelannya

Cavan menjuihkan bibirnya. "Bukan tak pandai,cuma tak reti je tapi kahwin tetap kahwin,bonda" selorohnya

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now