Bab 1

697 15 2
                                    

Udara segar kampung yang menampar lembut wajahnya dibiarkan . Tangan gadis itu sedang laju mengeluarkan satu-persatu bekas yang berisi lauk-pauk itu sebelum diletakkan di atas meja dan disusun . Dia kemudian duduk di kerusi yang sudah tersedia sebelum menunggu sahaja seperti biasa .

Memang ini lah kerjanya setiap hari , menolong ibunya dengan menjual nasi lemak sahaja . Itu sahaja yang dia mampu tolong , memandangkan dia pun pandai masak jadi dia berniaga nasi lemak sahaja di kampung ini . Dia akui kadang-kadang memang penat namun untuk teruskan hidup dia harus mencari duit juga .. mahu harapkan siapa lagi kalau bukan dia .. dia pun perlu membantu ibunya juga .

" Semoga hari ni nasi lemak ni habis terjual " gumamnya sendiri berharap

" Kak Mika ! "

Mikayla terus menoleh ke kanan apabila terdengar namanya dipanggil oleh seseorang , nampak sahaja gadis yang berpakaian baju sekolah itu mendekat membuatkan dia tersenyum lebar . Terus dia melambai ke arah gadis itu .

" Aih Zue , dah pukul berapa ni . Lambat pergi sekolah nanti " kata Mikayla kepada gadis yang dipanggil Zue itu

" Lambat ? " Zue melihat jam tangan di tangan kirinya

" Tak adalah Kak Mika , awal lagi ni . " balas Zue dengan senyuman kecil

" Zue nak nasi lemak lauk apa ? Macam biasa ke ? " tanya Mikayla yang sudah sedia memegang bekas polistrin putih ditangannya itu

" Haah , lauk ayam goreng . Taknak kacang dengan ikan bilis " kata Zue lagi .

Mikayla mengangguk sahaja , dia sudah tahu itu yang akan dipesan oleh Zue . Boleh dikatakan hampir setiap hari juga gadis ini akan datang dan membeli nasi lemaknya . Mikayla terus meletakkan bekas polistrin yang berisi nasi lemak ayam goreng itu ke dalam plastik sebelum dihulurkan kepada Zue

" Nah , kak " sekeping not Rm10 diberi kepada Mikayla

Mikayla mengambil , baru sahaja dia mahu memulangkan baki Rm5 kepada Zue namun Zue menghalang dahulu

" Tak perlu baki kak , simpan je " kata Zue

" Zue selalu tak ambil baki , kali ni ambillah baki duit Zue semula " Mikayla tetap menghulurkan duit Rm5 itu kepada Zue

Zue menggeleng lagi

" Tak apa kak , rezeki tu . Akak simpan je ya ? Zue pergi sekolah dulu lah .. takut terlambat pula " sempat Zue mengerling jam tangannya sebelum memanang Mikayla semula

" Yelah .. hati-hati . Belajar rajin-rajin " sempat Mikayla meninggalkan pesan itu

" Baik kak ! " ceria sahaja Zue membalas sebelum dia mula berjalan lurus untuk ke sekolahnya 

Mikayla senyum nipis sahaja melihat Zue , baru berumur 16 tapi baik hati sungguh . Dia sudah menganggap Zue itu seperti adiknya sendiri jadi mereka memang agak rapat kerana selalu berjumpa . Rumah Zue dan Mikayla pun dalam 15 minit sahaja boleh jalan kaki .

Mikayla kembali duduk semula sebelum menunggu sahaja jika orang datang membeli nasi lemaknya ini .

.

Mikayla melihat jam tangannya sendiri , sudah pukul hampir pukul sebelas pagi , nasi lemaknya juga tinggal sedikit lagi . Mikayla menunggu sehingga pukul sebelas sahaja . Jika sudah tiada orang mahu membeli , dia akan sedekah kepada orang sahaja . Tidak membazir .

Mikayla sabar sahaja menunggu jika ada orang lagi yang mahu membeli nasi lemaknya itu . Tunggu punya tunggu , sudah pukul sebelas pagi . Mikayla terus membungkus nasi lemak itu ke dalam bekas polistrin sebelum dia meletakkan ke dalam plastik . Ada enam bungkus sahaja , bolehlah ni .

Tangannya laju memasukkan satu persatu bekas yang sudah kosong di atas meja itu sebelum diletak semula ke dalam beg plastik besarnya semula . Terus dia mengangkat beg itu sebelum disangkut ke lengannya dan dengan tangan yang sama dia mengangkat tong nasi lemak pula . Sebelah tangannya memegang plastik yang sudah diisi dengan nasi lemak tadi .

Walaupun baru pukul sebelas pagi , namun masih terasa haba-haba panas itu dan membuatkan peluh-peluh kecil mula merinik di dahi Mikayla . Namun dia tetap meneruskan perjalannya untuk pulang ke rumah .

Apabila sudah dekat mahu sampai itu patut dia berjalan lurus sahaja untuk ke rumahnya , namun disebabkan dia mahu memberi nasi lemak ini kepada Mak Jah , jadi dia ke kanan dan berjalan lurus .

" Assalammualaikum Mak Jah " laung Mikayla dari luar rumah Mak Jah

Beberapa minit barulah nampak kelibat Mak Jah yang baru keluar dari halaman belakang rumah itu . Mak Jah senyum kepada Mikayla

" Waalaikumsalam .. Mika . Kenapa ni datang rumah Mak Jah ? " tanya Mak Jah

" Ni , Mikayla nak bagi nasi lemak . " plastik ditangannya diberi kepada Mak Jah

Mak Jah mengambil plastik itu

" Terima kasihlah Mika . Susah-susah je " Mikayla senyum sahaja

" Tak ada apalah Mak Jah . Mika balik dulu ya " tangan kanan dihulur kepada Mak Jah

Mak Jah menyambut huluran tangan Mikayla , terus gadis itu menunduk mencium tangan wanita itu sebelum dia tegak semula .

" Balik dulu , Mak Jah "

Mikayla terus berjalan untuk pulang ke rumahnya . Apabila sampai dihadapan pintu rumah dia mengetuk dahulu pintu rumah itu jika-jika ibunya dia berada di dalam . Namun tiada sahutan , terus dia membuka pintu dan melihat di dalam . Ternampak Puan Hana sedang tertidur di sofa ruang tamu itu .

Malas mahu menggangu terus dia menutup semula pintu rumahnya sebelum dia pergi ke dapur dahulu dan meletakkan barangnya . Duit di dalam plastik yang sudah di asingkan untuk dirinya itu diletakkan di dalam poket seluarnya sebelum di aberjalan mahu masuk ke biliknya .

" Kamu baru balik ? " tegur Puan Hana yang baru masuk ke dapur itu

" Ya ibu , baru balik . " balas Mikayla

" Habis nasi lemak ? " tanya Puan Hana sambil membuka penutup tong nasi itu dan lihat di dalamnya

" Alhamdulillah , habis "

" Duitnya mana ? " Mikayla menghulurkan satu bekas yang berisi duit di dalam itu kepada ibunya

" Ada berapa ni ? "

" Rm178 ibu " balas Mikayla

Kalau ikutkan ada dua ratus , namun dia memang akan mengambil tiga puluh ringgit untuk simpanannya dan Puan Hana tahu tentang itu .

" Haih .. duit-duit ni semua habis dekat hutang ibu je , Ayla .. kesian kamu yang penat " terasa ralat pula dirinya melihat kesungguhan anaknya ingin membantu dirinya .

" Eh tak apalah ibu .. Ayla okay je " Mikayla senyum kepada Puan Hana sekadar menenangkan  hati ibunya itu

" Maaflah ibu selalu menyusahkan kamu .. sampaikan kamu tak dapat kerja yang lebih baik .. " tiba-tiba sebak menguasai dirinya

Mikayla memeluk bahu ibunya dari tepi sebelum menggosok perlahan bahu ibunya itu .

" Ayla tak kisah ibu .. Ayla nak tolong ibu langsaikan hutang dengan adik beradik ibu dulu . Nanti lagi banyak diorang mengata ibu . Ayla tak suka .. " kata Mikayla

Puan Hana mengangguk sahaja sebelum tangannya naik mengusap kepala anak gadisnya itu . Inilah satu-satunya anaknya yang menjaga dia .. Mikayla buat semuanya untuk Puan Hana . Bagi Mikayla , siapa lagi yang mahu menolong ibunya kalau bukan dia yang membantu ..

Bab 1 ni memang agak slow lah ya sebab saya ceritakan pasal side heroin saja dulu , bab seterusnya ( InsyaAllah ) menarik perhatian anda ;3

Broken HeartedKde žijí příběhy. Začni objevovat