Bab 58

717 31 3
                                    

Suasana di dalam hospital yang agak sibuk dengan orang ramai yang mendapatkan rawatan tidak diendahkan Tuan Hadi yang masih menanti kelibat seseorang yang dinantinya.Azrul yang tercegat berdiri di ruangan menunggu dengan telefon di tangan dijeling sekilas dengan ekor matanya.

"Assalammualaikum..Puan ni Maisarah  ye..?"Tegur Azrul pada seorang wanita yang baru sahaja ditolak kerusi rodanya keluar dari bilik rawatan fisioterapi.

"Waalaikumusalam..bukan Encik..Saya Ainur.."

"Oh..maaf ye.."Terkulat-kulat Azrul sambil mengelus belakang lehernya.Pandangan tajam Tuan Hadi menimbulkan rasa resah dihati.Macam mana dia boleh tersilap orang pula dikala begini.

Telefon di tangannya dibelek sekali lagi sambil diliarkan pandangannya pada pintu-pintu bilik rawatan yang terdapat disitu.Mana tahu jikalau Maisarah muncul dari pintu yang lainnya.

"Ni mesti dia!"Bisik Azrul bersendirian apabila terlihat kelibat seorang lagi wanita keluar dari bilik rawatan.

"Assalammualaikum..Puan ni Maisarah ye?"Soalnya tanpa teragak-agak lagi kali ini memandangkan  wajah di dalam galeri telefonnya itu seiras dengan wanita yang berada di hadapannya kini.

"Ya,Saya Maisarah..Encik ni siapa?"Soal Maisarah kembali kebingungan sambil menggamit Syida yang setia menantinya dia ruangan menunggu.

"Saya Azrul..P.A Tuan Hadi suami Puan Masyitah.."Terang Azrul tenang sambil ibu jarinya dinaikkan menunjuk pada Tuan Hadi yang menunggu di hujung kaunter pendaftaran.

"Oh..Kenapa ye cari saya?"

"Boleh Puan Maisarah ikut saya..Kita pergi minum dulu di kafe bawah..nanti saya terangkan.."Anggukkan Maisarah disapa mata Azrul dengan senyuman lantas mereka bertiga beriringan kearah lif.Tuan Hadi telah pun lesap terlebih dahulu menuruni lif daripada mereka.

Meja kafe  yang telah berpenghuni dengan susuk tubuh majikannya dituju Azrul bersama dengan Maisarah dan Syida.

"Tuan.."Lamunan Tuan Hadi mati apabila mendengar sapaan Azrul.Lantas senyuman dihadiahkan pada Maisarah dan Syida sebelum dipersilakan mereka berdua untuk duduk bersamanya.

"Ada apa ya Tuan dan Encik cari saya?"Timbul kerutan di dahi Maisarah yang dari tadi tertanya-tanya tujuan mereka berdua ingin bertemu dengannya.Bimbang jika persahabatannya bersama Puan Masyitah turut ditentang Tuan Hadi seperti Maaliq Iskandar tempoh hari.

"Apa nama penuh awak ?"Ringkas soalan Tuan Hadi malas mahu berpanjangan bicaranya.

"Maisarah Imani.."

"Binti?"Soalnya kembali.

"Kelvin Abdullah.."Tersentak Tuan Hadi sambil merenung Azrul dengan wajah yang cuak.Nama yang pernah bermain dengan emosi hidupnya dahulu.

"Awak memang anak kandung Kelvin?"

"Bukan Tuan..Saya anak yatim.."Azrul terpinga-pinga mendengar penjelasan Maisarah.Tidak mungkin anak angkat berbintikan ayah angkat sendiri.

"Maaf Tuan..Nama saya tak berbintikan tapi nama penuh saya Maisarah Imani Kelvin Abdullah..."Tuan Hadi menghela nafasnya lega sebelum senyuman nipis terukir dibibirnya.

"Awak tahu tentang keluarga kandung awak?"Giliran Azrul pula bertanya memandang majikannya sudah kelihatan sedikit gusar.

"Saya cuma tahu keluarga kandung saya berasal dari Malaysia..Tetapi saya diberitahu yang mak ayah saya dah lama meninggal.."Terang Maisarah dengan jujur.Ketika berusia enam tahun memang dia sudah dimaklumkan yang dirinya merupakan anak angkat.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now