Bab 22

662 37 0
                                    

Afeeya berjalan menuju ke bilik Ammara Aisya lalu pintu bilik diketuk perlahan.

"Come in.."Lembut suara itu menjemput gerangan di luar.Senyuman dihadiahkan sebaik sahaja wajah Afeeya terpacul dimuka pintu.

"Ada apa yang saya boleh tolong Cik Afeeya..?"panggilan hormat masih digunakan walaupun Afeeya lebih muda tiga tahun darinya.Dilihat wajah gadis itu sedikit berkerut seperti menahan sakit.

"Saya nak minta balik halfday harini Cik Aisya boleh tak..?"Perutnya yang memulas ditekan-tekan.Dari pagi tadi perutnya meragam sehinggakan dia tidak boleh turun ke lobi untuk membuat pantauan.

"Awak okey tak ni..?"Ammara Aisya bangun menuju kearah gadis itu yang sudah terhuyung hayang menahan rasa sakit.

"Perut saya sakit sangat.."Berkerut-kerut dahi Afeeya menahan rasa sakit yang menyucuk.

"Awak tak boleh drive macam ni..takpelah saya hantarkan awak ke klinik.."Ammara Aisya berpaling kebelakang mencapai tas tangannya.Lalu tubuh Afeeya dipapah perlahan keluar dari pejabatnya.

Dihidupkan enjin kereta sebaik sahaja tubuh Afeeya didorong masuk kedalam kereta.Kereta dipandu laju menuju ke klinik panel syarikatnya.

"Cik Afeeya..awak okey ke..?"Sesekali wajah polos Afeeya yang menahan kesakitan dikerling anak matanya.Hanya gelengan kepala gadis itu sahaja yang menjadi jawapannya.

Baru sahaja Afeeya diletakkan di ruangan menunggu klinik kedengaran telefon Ammara Aisya berdering nyaring.Dilihat sekilas gerangan pemanggil di skrin telefon.

'Tuan Lion'

Deringan telefonnya dimatikan tanpa dijawab.Laju tangannya menaip sesuatu diatas permukaan skrin.Pesanan ringkas dihantar pada Maaliq Iskandar memaklumkan situasi sebenar.

Wajah Afeeya yang berkerut menahan sakit direnung lama.Seketika nama Afeeya dipanggil lalu dipapah gadis itu masuk ke bilik doktor.

"Cik Afeeya..dah berapa lama ye awak sakit macam ni..?"Cuak muka Ammara Aisya memandang doktor lelaki di hadapannya.Afeeya masih lagi menekan perutnya menahan rasa sakit.

"Saya baru rasa teruk semalam..tapi pedih perut macam ni dah sebulan.."Kelihatan doktor lelaki itu mencatit sesuatu diatas kertas sebaik sahaja mendengar penjelasan Afeeya.

"Macam ni saya rasa awak ni ada simptom apendiks...nanti saya buatkan surat awak terus ke hospital ye.."Afeeya sekadar menganggukkan kepala.

"Cik ni kakak dia ke..?"Tergamam Ammara Aisya mendengar pertanyaan doktor muda dihadapannya.

"Eh tak..saya officemate dia.."laju dia membalas sambil merenung wajah Afeeya yang masih menahan sakit diatas kerusi.

"Okey ini suratnya.."Sehelai kertas yang dimasukkan kedalam sampul surat diserahkan pada Ammara Aisya.Tubuh Afeeya dipapah perlahan bangun dari kerusi.

"Takpe..saya tolong.."Doktor lelaki itu mempelawa dirinya untuk membantu memapah Afeeya keluar dari biliknya.

"Mana kereta..?"Doktor muda itu memerhati sekeliling apabila pintu klinik dibuka Ammara Aisya.

"Kat depan tu je.."dihalakan telunjuknya pada kereta yang diparkir berhadapan dengan pintu utama klinik.

"Eh Sya..okey tak Afeeya ni..?"Suara garau Azrul menegur dari belakang mematikan langkah Ammara Aisya yang sudah mendekati pintu kereta.Sempat dia menjeling wajah Maaliq Iskandar yang menuju kearah mereka.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now