Bab 28

689 44 1
                                    

Ammara Aisya tercegat berdiri di hadapan pondok sekuriti sambil menunggu kenderaan e-hailing yang dipesannya.Sesekali matanya yang menatap skrin telefon dilayangkan kearah jalan raya melihat kenderaan yang lalu lalang.

Dengusan kecil terbit dibibirnya apabila melihat tali kasut converse hitam putih yang dipakainya itu terlerai ikatannya lalu dia membongkok untuk mengikat semula tali kasutnya . Tiba-tiba telinganya menangkap deruan enjin kereta yang berhenti di hadapannya.

Matanya dilirik naik ingin melihat jikalau kenderaan e-hailing yang dipesannya sudah tiba.Tetapi hampa ternyata bukan namun kereta itu seakan pernah dilihat.

'Zarul'

Honda Civic hitam milik Zarul terparkir elok di hadapannya.Pintu di bahagian penumpang hadapan dibuka dari dalam.

"Kakk...!"Irfan Haris meluru keluar kearah Ammara Aisya.Lantas dipeluk tubuh kakaknya yang masih terpinga-pinga melihatnya.Pelukan berbalas kuat.

"Macam mana Ipan boleh mai sini nih..?"Ditolak tubuh Irfan Haris yang hampir sama tinggi dengannya.Mata  adiknya direnung sedalamnya meminta penjelasan.Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja muncul.

"Ipan mai dengan abang Zarul.."Sayu suara adik lelakinya yang berusia enam belas tahun itu menutur katanya.

"Mak dengan Ba tau..?"

Ammara Aisya menghela nafasnya perlahan melihat gelengan Irfan Haris.Pasti ibu dan ayahnya risau jikalau tahu adiknya sudah sampai ke Johor Bahru mencarinya.

Zarul yang baru sahaja turun dari kereta itu menuju kearah mereka.Dilayangkan senyuman manis pada Ammara Aisya.Lantas satu bungkusan ditangannya dihulur pada Ammara Aisya.

"Apa ni..?"Dijungkitkan keningnya pada Zarul sambil membelek bungkusan ditangannya.Wajah Zarul dan adiknya dipandang silih berganti.

"Maisarah yang bagi..nanti Sya buka lah.."Tangan sasa Zarul naik mengelus lembut belakang Irfan Haris sambil tersenyum ceria.

"Kenapa abang bawa Ipan datang sini..?Mak dengan Ba tak tahu..nanti diorang risau.."

Zarul tergelak kecil mendengar rungutan gadis di hadapannya.

"Jangan risau lah..Mak dengan Ba okay je tu..Abang bagitahu nak bawa Ipan jalan-jalan sementara cuti sekolah ni.."

"Tapi Mak dengan Ba tak tahu abang datang jumpa Sya.."Dengus Ammara Aisya.Dia tidak suka Zarul mengajar adiknya menipu orang tua mereka.Muka naif adiknya dijeling tajam.

"Takpela..bukannya Ipan ni datang dengan orang lain..datang dengan abang.."Mata Zarul melirik di sekeliling mereka.Tiada kelibat sesiapa selain Ammara Aisya.

"Sya sorang je ke..?Yana mana..?"

"Yana terbang pergi Qatar.."Balas Ammara Aisya ringkas.Dia hanya berseorangan harini ingin keluar membeli barang dapur tetapi malas mahu memandu.Kerana itulah dia tercegat menunggu e-hailing yang belum tiba dari tadi.Entah selalunya tepat sahaja tiba mengikut masa.

"Suami..?"Zarul melirik anak mata Ammara Aisya.Sudah hampir dua minggu peristiwa Ammara Aisya di nikahkan secara tiba-tiba itu berlaku.Angan-angan dia ingin memiliki gadis itu akhirnya terkubur.

"Err..kerja .!"Dilarikan anak matanya dari bertembung dengan mata Zarul.Tidak mahu lelaki itu mengetahui keadaan rumahtangga paksa relanya.Bahagia atau tidak bukannya masalah Zarul.

"Ohh..kalau macam tu jom kita keluar jap..Abang nak bawa Ipan ni ronda-ronda tapi tak tahu jalan..!"

"Err..Sya sebenarnya nak keluar beli barang ni.."Entah mengapa dia tidak selesa dengan pelawaan Zarul.Muka adiknya yang hanya menunduk ke bawah itu dikerling seketika.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now