Bab 29

719 42 1
                                    

Suasana pagi di dalam bilik mesyuarat itu sedikit bingit dengan suara staf hotel yang rancak berbual menanti ketibaan Tuan Hadi dan Maaliq Iskandar yang masih dalam perjalanan.

Helen melirik wajah muram Ammara Aisya disisinya yang diam membisu merenung fail di hadapannya.

"Sya..kau okay..?"Disiku lengan Ammara Aisya yang membatu tidak bersuara.Pertanyaannya dibalas anggukan sahaja tiada sahutan suara.

"Kenapa?Kak Sya tak sihat ke..?"Giliran Afeeya yang berada disisi Helen pula bertanya sambil dijengul mukanya sedikit menatap wajah Ammara Aisya.

Chef Zuki yang bersama dengan mereka juga mengerling pada Ammara Aisya dari jauh.Gadis itu seperti berada di dalam dilema.Selalunya laju sahaja Ammara Aisya menghubunginya ingin mengadu tetapi kali ini berlainan.

"Tak lah.."Ringkas jawapan Ammara Aisya sambil matanya menatap jari jemarinya yang memutar pen diatas meja.Masalahnya kali ini sukar untuk dikongsi dengan mereka.Hanya dengan Yana sahaja semalam dia berbincang melalui panggilan telefon.

Seketika suasana bingit tadi bertukar sunyi apabila kelibat Maaliq Iskandar tiba bersama Azrul dan Lisa lalu dia mengambil tempat bertentangan dengan Ammara Aisya.Wajah muram suaminya dilirik naik mata Ammara Aisya.Tiada senyuman di bibir lelaki itu.Hatinya sudah berasa gelisah namun dibiarkan sahaja.

Maaliq Iskandar hanya diam merenung meja dihadapannya.Dari awal masuk ke bilik itu tidak sekalipun dia memandang kearah isterinya.Sesekali dia mengerling ke tepi melihat Azrul berbual dengan Lisa tentang tujuan mesyuarat diadakan.

"Tuan..nak tukar tempat ke..?"Maaliq Iskandar menghalakan pandangan matanya kearah Helen apabila terdengar namanya diseru.Digeleng kepalanya laju sambil melirik matanya pada Azrul yang tersenyum senget kepadanya.

Afeeya dan Azrul yang mengetahui tentang hubungan sah diantara mereka berdua saling berpandangan melihat pasangan itu yang dari tadi bersikap dingin.

Selepas sepuluh minit berlalu terlihat kelibat Tuan Hadi melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan senyuman manis.Sebaik sahaja dia mengambil tempat di hujung meja diantara Maaliq Iskandar dan Ammara Aisya dikerling anak matanya pada wajah anak dan menantunya yang muram diam membisu.

Sedetik dua dia menarik nafas lalu dihela nafasnya perlahan memulakan bicaranya.

"Assalammualaikum dan salam sejahtera semua yang  berada di sini..Maaf saya terpaksa mencuri sedikit masa kamu pagi ini..ada hal penting dan gembira buat kita semua yang nak diumumkan harini.."

Kesemua staf saling berpandangan dan berbisik sesama sendiri menanti pengumuman penting dari Tuan Hadi.Ammara Aisya dan Maaliq Iskandar masih lagi merenung meja dengan fikiran yang melayang entah ke mana.

"Saya nak umumkan yang saya sudah pun menerima menantu ye..InsyaAllah hari ini saya nak perkenalkan pada awak semua.."Itulah niatnya daripada awal ingin menjelaskan keadaan sebenar  antara Maaliq Iskandar dan Ammara Aisya supaya tidak ada lagi timbulnya fitnah selepas ini.

"Wahh..!"Terdengar seruan staf disitu serentak dengan bunyi gemuruh tepukan tangan dituju kepada Maaliq Iskandar.

Azrul dan Afeeya tersenyum berbalas pandangan dan masing-masing melirik pada dua manusia yang masih membatu diantara Tuan Hadi.Helen meneliti setiap wajah di dalam bilik mesyuarat itu ingin meneka siapakah isteri Tuan Maaliq Iskandar sebenarnya.Afeeya?

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now